home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Thursday, April 22, 2004

entah kenapa rasa malas sgt nak menulis. bukannya takde benda yg nak diceritakan. banyakkkkkk.....

102334 | posted by zaza at 1:27 | 5 comments

Monday, April 12, 2004

Hari sabtu yg lalu, zaza pegi bangunan persatuan. Sempena kewujudan ke 45, persatuan adakan kempen menderma darah. Sebagai seorang individu yg terpanggil dgn rasa tanggungjawab (cewah!) zaza pun pegi la menderma darah zaza yg tk seberapa nih.

Awal2 lagi sebelum nurse yg tukang cucuk jarum tu cucuk tangan zaza, zaza dh bagitau yg tangan zaza ni susah sikit nak cari salur darahnya. Surprisingly, ….. lega jugak sebenarnya….nurse yg bertanggungjawab utk kerja tu telah melakukan tugasnya dgn baik sekali. Sekali cucuk aje, dah betul dpt saluran darahnya. Lega hati zaza. Pasal bab jarum ni, zaza tak takut sgt. Malah zaza boleh tgk lagi masa doctor atau nurse nak cucuk jarum ke tangan. Cuma dah banyak kali terkena, doctor cari saluran darah zaza tak jumpa, tepuk tangan ni tepuk tangan tu tak jumpa jugak. Tu yg boring tu.

Ada sekali pengalaman zaza yg paling leceh la, zaza pegi klinik swasta ni. Dpt appointment dgn tuan punya klinik tu, pompuan, pangkat Datuk lagi. Maknanya mmg pengalaman tu banyak la. Tapi bila bab dia nak amik darah zaza, FAIL! Tk jumpa cari salur darah. Ikat tangan kanan, ketuk2 tangan kita tk jumpa. Ikat tangan kiri pulak, ketuk2 lagi pas tu siap cucuk tuh, tapi hampeh…tk kuar darah pun. Tak pasal2 dah berlubang lengan zaza ni. Ada la kut dekat 10 minit dia cari salur darah zaza tak jugak jumpa. Abih tangan zaza yg debab nih dikerjakan nya.

Last sekali dia terpaksa refer zaza pd doctor dia yg lain. Itu pun jenuh jugak. Nasib baik akhirnya berjaya jugak doctor tu cari salur darah zaza. Ishhhhh……..payah sungguh. Kalau la zaza ni jenis yg takut jarum, tentu la menangis2 bila jadik gitu……..nasib baik takk….

100106 | posted by zaza at 1:27 | 7 comments

Friday, April 9, 2004

Sekrg kul 5pm. Kat luar hujan sedang mencurah turun. Niat utk pulang awal terpaksa dibatalkan. Ialah, kalau naik kereta tu bolehla redah hujan. Ini naik kaki (heh heh heh….jalan kaki daaa..) maleh la zaza nak redah hujan tu walaupun jauh di sudut hati mmg nak redah je. Best oo mandi hujan. Tapi kt kl ni hujan asid adalah.

Ptg2 ni kalau hujan, yg sedapnya kalau dpt makan pisang goreng, cokodok, dan segala mcm cucuq la tk kirala cucuq durian ke, cucuq ikan bilis ke, jagung ke. Cucuq tu apa? Laa….. jemput-jemput tu.

Tetiba teringat pulak cokodok pisang kg. Baru. Setakat yg zaza pernah rasa cokodok pisang ni, yg kt kg. Baru la yg paling sedap dan lazat. Uih….esp bila makan panas2 tu….mmmmmm…..boypren hensem pun tk pandang dah….

Cokodok ni murah je. Satu ketul 10sen, rm 1 = 10 ketul la. Mmg laku sungguh cokodok ni. Bila zaza singgah beli, tgk bancuhan dia, mak aihh…. 1 periuk besau tu. Itu pagi, petang belum kira lagi. Kt gerai ni mmg jual kuih-muih macam2 dr pagi sampai ptg. Org pegi tak putus2 la. Dulu2 kita mkn kuih samada pagi atau pun petang. Sekrang ni boleh makan sepanjang hari. Kira2 macam nasi lemak jugakla.

Oh ya! Berbalik kepada cokodok pisang nih ……….(ialah tk dpt makan, cerita je la dulu). Utk mndapatkan cokodok yg sedap, yg penting dah tentula pisangnya. Zaza tk pasti la kedai tu bancuh pakai pisang apa. Bancuhan pisang ngan tepung, utk sedap kenala pisang lebih banyak. Selalu malas nk beli cokodok kt kedai lain sebab gigit sikit rasa mcm makan tepung aje. Cokodoknya besar tp zaza rasa 30% je pisang, yg lain semua tepung. Ishh…tk sedap langsung la. Tp kt kedai yg jual cokodok sedap nih, gigit sikit terus terasa pisangnya…pergghh! Sedang elok gitu, manisnya…..lembutnya…

Every 2 weeks zaza mesti beli cokodok ni bwk pegi meeting toastmaster. Beli rm5 = 50 ketul. licinnnnnn…. Kengkawan bangsa lain pun suka sgt. Ada sorang minah tu, kalau lama zaza tk beli, mesti dia tanya. “how come u didn’t buy the banana fritters today?””.

Ishhh dah lambat nih. Nak balik la. Boring duduk kt opis. Sorila kalu ada yg terliur pulak ye! Tapi kalu teringin nak makan cokodok sedap, bagitau zaza. Nanti zaza kasik map. Sorila….dia tk buat delivery.

99707 | posted by zaza at 3:32 | 5 comments

Thursday, April 8, 2004

To Chueija, zz, Carlos n the rest

http://www.toastmasters.org/find/results.asp?AREA=foreign&NAME=malaysia

Above is the url where u can read and know more about toastmaster. The list of clubs shown here may not include all the clubs in KL, PJ or Damansara but you can go to any of these clubs and the members will gladly attend to your queries.

As for the fee, it is very affordable even for a student.

For the 1st 6 months RM 130 (payable to TI – this include monthly magazine)

Gate fee RM 60 (payment go to the club – for
meeting’s refreshment, etc)
Total RM190

For every subsequent 6 months RM130

Note : Gate fee is different between clubs. My club, member is charge RM5 per month, thus a year is RM60.

99458 | posted by zaza at 2:12 | 3 comments

Wednesday, April 7, 2004

mak awak mak saya jugak.........(ishhh boleh ke?)

Kengkadang bila dah penat keja, zaza ngan bos zaza akan borak2 jap. Lepaskan penat. Org kata amik nafas jap. Just to ease the tension of never ending heavy workload.

Selalunya tukang cerita ialah bos zaza la. Zaza tukang dengar….memberi pendapat….
Hari ni punya cerita lain sikt sebab cerita pasal mak mentua. Seseorg yg zaza tk punyai. Zaza ada mak sorang je.

Best la dengar karenah dan perangai mak mentua nih. Bos zaza cerita pengalaman mak mentua keluarga terdekat dia. Bermacam ragam sungguh. Ada yg sangat2 kedekut, ada yg suka sgt berjalan, kalau pegi rumah anak menantu tu mesti nk suruh pegi bawak dia berjalan2. tak fikir samada anak menantu dia penat ke tidak ke. Ada yg suka berlumba2 menunjuk-nunjuk barang kemas, maka anak menantu kena amik la hint bila mak mentua dah sebut2 nak beli tu, isshhhhhhhh…..pendek kata mcm2 la perangai.

Selalunya lah kan yg nasib tk baik ni org pompuan la. Menantu perempuan dgn mak mentuanya. Uihhhhh…..ada je tak kena. Tapi ada jugak menantu perempuan yg dpt berbaik dgn mak mentua.

Bila dgr citer org yg dpt mak mentua tk best tu, Zaza yg dengar ni rasa lega pulak sebab zaza ada sorang je mak. Kadang2 tu terlintas jugak di hati kenapa la mak kita ni garang sgt (dulu2 la, masa kecik2). Tgk mak org lain tu ok je. Tapi bila kita dh dgr pengalaman org, baru la kita sedar sebenarnya mak kita adalah yg terbaik sekali utk kita.

Zaza dah sedar lama dah………. I love my mak. Senang….nak ke tepi boleh nak ke tengah pun boleh………. Zaza ngan mak boleh borak kt tepon ber jam-jam. Kengkadang tu kalau seminggu tk borak, bila dpt borak byk la ceritanya.

Lain-lain ibu, lain-lain perangainya……….. bila ibu-ibu ni dah tua…..ada jugak tingkahnya yg buat kita sbg anak hilang sabar, kecik hati, merajuk hati………...
Tapi kena la kita sbg anak bersabar shj. Dulu masa kita kecik2 ibu-ibu dah byk bersabar ngan kita, sekrg ni giliran kita la pulak.

EASY SAID THAN DONE huh?

99267 | posted by zaza at 3:39 | 2 comments

Tuesday, April 6, 2004

apa itu TOASTMASTER

Toastmaster bkn tuan roti bakar spt yg dikatakan oleh cek sue. (nk kena dia nih!)
Toastmaster ialah sebuah kelab di mana kita boleh belajar meningkatkan “ public speaking skill” kita dan jugak “leadership skill” kita. Ia amat sesuai utk org2 spt cik zaza ni yg kurang keyakinan diri utk berckp dlm bahasa inggeris di khalayak ramai. Biasa la bila time menulis ok je, bila nk speaking dgn org, ni yg buat ragu2. terutama di hadapan org ramai.

Kelab toastmaster ni ialah sebuah kelab international. Banyak negara di dunia yg mempunyai kelab ni. Ala……..negara amerika dan british tu pun ada byk kelab toastmaster ni. Walaupun org tu terer ckp bahasa inggeris tapi ramai jugak yg ada ketakutan utk berckp di khalayak ramai (fear of public speaking!). itu la fungsinya kelab ni.

Kat Malaysia ni pun ada banyak kelab ni. Di KL je ada lebih 30 kelab. Ada kelab yg terhad keahliannya pada pekerja, ada kelab yg keahlian terbuka pada sapa2 saja. Contoh kelab kt KL ni spt telekom, mid valley, bank islam, mim kl, kl sentral dan byk lagi la. Yg bestnya, boleh dpt ramai kawan. Sebab bila kita register jd member utk sesebuah kelab tu, kita boleh pegi kelab toastmaster mana2 saja.

Bagi diri zaza sendiri, zaza nampak peningkatan keyakinan diri zaza sendiri sejak jadi ahli kelab ni. Walaupun tk de la tinggi sgt tapi sedikit demi sedikit tu ada la. Yg paling best bila setiap kali zaza habih bg speech, komen yg zaza selalu dpt ialah “Zaza, u have a very sweet smile, pleasure voice, conversational bla….bla ..bla” uihhhh bangga tu! twink! twink! twink!
I wouldn’t know my strength if I had not join this club.

So, kepada sesapa yg berminat nak join, email le saya. Setakat ini yg zaza perhatikan, tak ramai org melayu yg join kelab ni. Kalau ada pun tak ramai yg aktif. Agaknya org melayu dah terer kot. Macam kelab zaza sendiri, out of about 40 members, hanya ada 3 org melayu termasuk zaza yg aktif. Tk kisahlah. Kengkawan yg lain pun best jugak. Kalu kt opis dikelilingi kengkawan melayu, bila join toastmaster, dpt bergaul dgn bangsa lain pulak. Balance la tu.

99159 | posted by zaza at 9:10 | 4 comments