home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Wednesday, May 19, 2004

Semalam, waktu lunch zaza kuar. Masa nk balik opis, zaza balik naik bas intrakota. Org yg depan zaza masa nak naik tu kata dia letak rm3.20. tapi drebar bas kata duit tu tk cukup singgit. Biasa la, penumpang suka lipat2 duit. Drebar bas tk nak bagi tiket selagi org depan zaza tu tak bayar lagi singgit. Org tu pulak kata dia mmg letak rm3.20. takde kurang. Waduh……waduh…waduh…. Zaza ni dok terpacak la depan mesin duit tu tunggu diaorg bertekak. Bila dah agak lama, drebar bas tu mcm beralah la jugak, jadi dia suh zaza masukkan duit. Jadi kitaorg yg selebihnya ni dpt la naik bas jugak. Ingatkan benda tu habih kt situ aje. Rupa2nya tidak.

Org yg tadi tu tk puas hati sbb drebar bas tak nak kasi tiket. Dia dh bising2. drebar bas tu pun hangat hati, naik baran, dia marah2 balik org tu. Jadinya bertekak la dua2 org ni dlm bas. Betul2 tepi tempat duduk zaza. Siap sampai nk bukak uniform, drebar bas tu ajak org tu turun bertumbuk kat luar bas. Org tu rupa2nya naik bas tu dgn mak dia. Terpaksa la mak dia sabarkan org tu, bila tk jalan, dia pi sabar kan pulak drebar bas tu.

Org kt luar bas tu tgk aje. Org kt dlm bas termasuk zaza, pun tk campur. Sebabnya kebanyakkannya semua pompuan. Takkan nak kacau org lelaki gaduh kot. Zaza rasa mcm nak turun bas aje, tunggu bas lain. Tapi kang lambat plak sampai opis balik. Jadi zaza duduk senyap2 sambil pandang luar. Malas nk tgk org bergaduh. Kesian jugak kat mak org tu. Anak dia tu keras kepala sama macam drebas tu jugak. Sama2 baran, nak tunjuk keras kepala masing2. lama la jugak sementara nk tunggu diaorg tu reda. Sampai ada satu mamat ni, naik bas tanya apa yg terjadi. Mamat ni badan besar la jugak, lagak jalan macam SB je. Pas tu baru la reda. Drebas bas tu pun bawakla bas. Ingatkan abih kt situ……laaaaaa tk habih lagi….

Sambil bawak bas, org tu dgn drebar bas masih dok lawan bertekak. Drebar bas tu bengang, dia buat brek mengejut. Abih semua org tersorong ke depan. Nasib baik masa tu zaza dlm kedudukan bersedia (cewah!) jadi takde la jadi apa2. kakak Indonesia kt belakang tu beli buah 2-3 plastik. Habih buah2an dia terlajak ke depan. Ish…ish….ish…..bertuah punya perangai drebar bas. Pas tu zaza perati drebar bas tu mcm padamkan suis aircond. Punya la panas. Nasib baik la opis zaza tk jauh. Kejap aje dh sampai. Zaza tk tahu la apa kesudahan yg berlaku. Bas intrakota tu menghala ke cheras. Kebetulan org tu pun nak pegi cheras jugak. ……..panas la org yg kt dlm bas tuh.

Itu la kalau rasa marah tu tk dpt diatasi. Dari apa yg zaza dengar org tu dah boring n marah sbb diaorg tunggu bas tu dah berjam-jam. Mana tk melenting org tu. Yg drebar bas tu pulak, dia pun agaknya penat, jadi membara la bila org buat degil. Dia membebel kata……”org2 ni tahu komplen aje, ……” agaknya dia pun dah fed-up mendengar penumpang tak habis2 komplen.
zaza jugak yg bersabar ari tu...........

106752 | posted by zaza at 4:56 | 1 comments

Tuesday, May 18, 2004

Baru-baru ni, kawan zaza sempat bertanyakan zaza tentang aktiviti yang zaza lakukan bila dah habis waktu kerja. Zaza ceritakan sedikit sebanyak. Hampir setiap petang ada saja aktiviti zaza. Kadang2 hampir setiap hari zaza balik rumah selepas waktu maghrib. Tapi kadang2 tu bila rasa macam dah penat sangat2, boring nak buat apa2, boring nak jumpa orang, pukul 5.15 zaza dah balik rumah.

Kawan zaza cakap, bagusla zaza sentiasa ada aje benda atau pun orang yg zaza jumpa. Kira2nya terbuka jugak la minda. Eh! Ye ke? Memang tak dinafikan, bila berjumpa lebih ramai org, kita dapat luaskan pergaulan, tambahkan pengetahuan. Tapi semua benda2 yang dilakukan semua tu, semuanya bersebab.

Bila kita sentiasa ada benda yg perlu kita lakukan, kita sentiasa sibuk, maka kita tak ada masa nak fikirkan benda2 yg kita tak ada.

106580 | posted by zaza at 3:36 | 4 comments

Saturday, May 8, 2004

cerita drebar teksi

Ari ni zaza pi convocation utk course yg zaza amik tu. Last year pegi attend as a graduate, tp kali ni pegi saja tolong jaga booth toastmaster. Tp yg ini bkn nak citer pasal tu tp nak citer what happen masa on the way ke pwtc tempat convo tu.

Zaza naik teksi dari kg. Baru ke pwtc. Zaza ni bkn nya jenis peramah. Selalunya bila dlm teksi tu mmg zaza mendiamkan diri aje la. Kalau sepatah yg driver teksi tu tanya, sepatah la zaza jawab.

Drebar teksi tu agak peramah jugak org nya. Dia tanya zaza keja ke ari ni and zaza ni org mana. Zaza pun jawab aje la. Pas tu dia tanya bilangan huruf nama zaza. Zaza ckp ajela….10. dia pun buat la kiraan ngan tangan dia. Dia kata apa yg dia buat tu utk saja2 aje. Tk boleh percaya sgt. Dia kata dia ikut kiraan tajul muluk. Apa2 je la. Tapi zaza pun bkn nya percaya pun.

Lepas dia kira tu dia ckp la………….. dia kata zaza punya character mmg bagus cuma ada satu KEBURUKAN. Zaza ni mmg bkn org yg cepat marah, jarang marah, sentiasa aje cool tp bila zaza dah marah zaza akn susah nak lupakan benda tu atau pun org tu. Kira macam zaza ni pendendam jugakla. Eh! Ye ke?

Entah la! Sikit2 tu betul la kot. Mmg ada satu dua perkara yg mmg sampai sekrang zaza masih tk lupa. Apa yg org buat pada zaza. Tp takde la sampai berdendam, nak balas balik.

Pas tu kan, drebar teksi tu ckp lagi, dia kata zaza pernah putus cinta. Aik! Zaza ckp kt dia bercinta pun tidak mcm mana nak putus! Dia kata mustahil tak penah bercinta. Zaza tanya la, yg dia maksud putus tu bila? Kalau “50” tahun lepas ada la….heh heh heh…..tapi tu bkn putus. Itu tk kesampaian….tak kisahla………………..

Lepas tu dia kira lagi. Kali ni dia ckp …………….. “sekarang ni mmg ada org yg sukakan awak”…………..

HAH? Ada org suka kt zaza? Terus zaza ketawa kecil. Pas tu zaza ckp kt drebar teksi tu…”haaa ……… yg ini mmg saya tak percaya!”

Takpe la dia kata. Benda2 mcm ni mmg banyak tak betul dari yg betul. Dia buat pun saja2 aje. Jgn percaya. Akhirnya sampai la kat pwtc. Habih cerita.

After so many years being single, alone, ………….. I’m so used to the fact that men would never like me more than a friend. It is just like an impossible thing to happen! That is why, whenever someone said that there might be a man out there who really likes me (more than a friend) …… I would just laugh cynically ……………….

104927 | posted by zaza at 7:53 | 6 comments

Friday, May 7, 2004

Pernah tak korang rasa diri “helpless” sesangat. Terutama bila melihat segala titik peluh korang yg korang usahakan selama ini hilang begitu sahaja, di curi org.

Mesti rasa sedih sesangat kan.

Agaknya macam tu la apa yg bos zaza rasa sekarang. Rumah dia dah dimasuki pencuri kelmarin. Bila dia balik aje dari kerja, dia tgk habis barang kt dlm rumah dicuri org. Cuma benda yg besau2 aje yg tinggal. Yg lain habis dicuri. Walaupun barang2 kecil yg hilang, tp benda2 tu la yg lebih berharga.

Pagi2 tadi dia tepon zaza bagitahu yg dia emergency leave sbb nk settlekan pasal kecurian ni la. Terkezut zaza masa dia bagi tahu rumah dia di masuki pencuri. Mana tak terkejut, ptg kelmarin sblm balik keja, kita org borak2. dia ada la cerita masa dia balik kampung cuti panjang baru ni, dia siap temankan wife dia pegi beli barang kemas kt sana. Alih2 dengar barang2 kemas tu semua dah di curik.

Isk……isk…..isk….. tak tahu la manusia pencuri ni. Nak kerja yg senang dpt duit aje. Makan hasil titik peluh org lain. Takde hati dan perasaan langsung. Niat di hati tu rasa mcm nak suh aje bos zaza tu pegi cari bomoh yg boleh tolong org dptkan balik barang yg dicuri tu. Tapi zaza plak tak kenal bomohnya.

Ada tak baca dlm paper ari ni, cerita pencuri ni. Dia pegi mencuri kat kedai. Tapi sbb panik, dia tk dpt mencuri tapi tangan plak yg putus ditetak oleh tuan punya kedai.

104703 | posted by zaza at 2:09 | 2 comments

Thursday, May 6, 2004

Best kan! Sekarang ni musim hujan. Sejuk je alam nih. Tapi yg tak bestnya kalau hujan waktu opis hour nak abih. Alamak! Terpaksa tunggu dulu sampai hujan berhenti. Org yg bawak kereta mesti boring kan. Kat kl nih, kalau hujan je, jalan mesti jem punya.

Sebab tu la zaza pikir byk kali samada nak tukar kerja atau tidak. Sayang sebab kalu tukar tempat kerja dah tentu kena naik turun pengangkutan awam. Leceh tuh. Kalu bwk kereta plak, alah…kurus la kaki zaza sebab asik kena exercise tekan minyak tekan clutch. Kalau sekarang ni best. Jalan kaki. Walaupun penat, walaupun peluh mencurah2, walaupun bedak yg disapu di muka abih bila sampai opis, yg zaza tahu, dlm 20 minit, zaza dh tentu sampai rumah (insyallah!).

Oh ya! Bercakap pasal musim hujan tadi, satu benda yg mesti ada dlm beg zaza ialah PAYUNG! Benda ni mmg barang wajib yg patut ada dlm beg zaza. Tapi yg kelakarnya zaza jarang pakai. Kecuali hujan la. Tapi kalau waktu panas, biarla panas tu terik membakar, payung tetap ada di dalam beg. Malas la nak bukak payung. Rela kulit hitam drpd bersusah payah pegang payung.

Satu ptg nih……kira tgh kira jam dan minit utk balik la sebab dh penat sgt kerja. Kebetulan hujan plak. So kena lepak opis dulu. Ada la kawan zaza sorang nih, dia singgah tempat zaza jap. Nak borak2. dia merungut la sikit. Dia kata leceh la hujan. Tak boleh nak balik lagi. Oh ya! Kawan zaza ni lelaki. Dia ada kereta tp lebih senang guna lrt. Jimat masa, jimat wang dan jimat tenaga katanya. Zaza pun cakap la kat dia. Kau kan dah tahu sekarang ni musim hujan. Bawak aje la payung. Senang. Hujan rintik2 tu boleh la redah aje.

Nak tahu dia kata apa? Hishhhhh.panas betul darah zaza bila dgr jawapan dia. Dia kata lecehla. Org lelaki yg pegi mana2 bawak payung ni….MCM PONDAN AJE! Menyirap darah! Dlm hati mengucap panjang. Pikir diri ni pompuan aje…..tak boleh nak ckp kurang ajar balik.

Eh! Mmg kebanyakan org lelaki yg pikir diri tu “lelaki” rasa jatuh taraf ya kalau bawak payung nih? Abih tu kira rela diri tu kuyup drpd pakai payung? Geram …... geram ….. geram…. Bila dah hujan lebat…..tahu pulak merungut! Kalau di ikutkan hati, mmg macam2 perkataan buruk yg zaza nak sebut….. tp sabar aje la. Tak berbaloi.

104515 | posted by zaza at 9:18 | 2 comments

Speech yg kt bwh tu adalah speech no. 8 zaza utk meeting toastmaster baru2 ni. Amacam? Ok dak? Isshhhhh……pecah kepala zaza memikirkan tajuk apa yg patut zaza prepare utk speech tu. Kebetulan speech no. 8, zaza kena guna props……..itu la yg paling susah. Memikirkan prop apa yg patut zaza gunakan. Dlm byk2 speech yg zaza dh buat, speech ni la yg paling sikit preparation yg zaza buat. Hari sblm meeting tu barula zaza final kan speech zaza tu. Jadinya….sepanjang hari bekerja sblm waktu meeting tu, zaza asik menghafal speech tu.

Lega rasanya bila dah deliver speech ni. Not bad jugak tepukan yg zaza dpt (hahahahhaa….bila lagi nak perasan!) tapi ada satu remark dr kawan zaza. Lepas meeting dia jumpa zaza. Dia cakap “I didn’t expect a person can be so passionate about calendar!”
Huh!……..dia tak tau……. Zaza ni idakle passionate pasal kalendar sgt, tp disebabkan dah tak tau nk guna props apa……..zaza belasah aje guna kalendar tu sbg tajuk. Kebetulan mmg zaza ada koleksi berbagai jenis kalendar. Tapikan….bila zaza kena buat speech ni, baru zaza realize yg setiap kalendar tu mmg mempunyai makna tersendiri dlm hidup zaza nih!

104463 | posted by zaza at 3:01 | 1 comments

Table of months, weeks and days.

Table of months, weeks and days. Anybody know what it is? Yes! It is a calendar. Everybody knows what is a calendar. Almost every household has at least one calendar. Almost every person owns at least a calendar. So, it is like one of our basic necessary item. Quite an important item but one we always tend to overlook the importance of it.

Why? Because most of the time we get it for free? Or because most of the time we only used it when we want to check the day of the week of the month? Have we ever pause a while, and think the goodness of the calendar to us, the thing that it reminded us of?

Today, I would like to share with you a few types of calendars that are in my possession and the value that it gave to me.

The first one is this. Anybody here that does not recognize this type of calendar? As far as I can remember, this type of calendar has been in existence since I was in school days.
I got this from this textile shop when I went there to buy clothes to make baju kurung for hari raya for my mother. I ended up going there twice because I didn’t buy enough to make baju kurung for my mother. Of course they only give me calendar, once the first time.

Second calendar is this calendar. It’s a table calendar. I got it from pusat pungutan zakat. I’ve received it for the past 3 years now. Zakat is actually a form of income tax under the Islamic law and I make a monthly salary deduction to them. Whenever I saw this calendar, it reminds me of the obligation that I have to do whereby the small amount of money that I gave to them will be given to others that need it.

The third calendar is this calendar. A pocket calendar. Very easy to carry. This was given by the Malaysian association for the blind. My company made a small contribution to them and as a token of appreciation they gave this together with the receipt. It reminds me of never forget to support others who have less than us.

The fourth calendar is this. The biggest in my possession. This was actually not given directly to me. This calendar was given by my company’s client, MSE to my GMD. But because he received so many calendars every year, his secretary decided to give out one of it to me. The first time was 3 years ago. When I saw it, I fall in love immediately with the design. The user friendlier design. I practically booked this calendar from my friend, the secretary. I told him no need to give to the GMD just give it to me. Well he did. I’ve got it for the past 3 years now. Whenever I saw this calendar, I would be reminded of my good friend that gave it to me.

The final and fifth calendar is this small calendar. It’s a very unique in the sense that it does not have any expiry period. It can be adjusted according to the month that we are in irrespective of the year. This calendar was actually ordered by my company as a corporate gift to the shareholder at our EGM in 2000. that was the first EGM of a public company that I attended.

So ladies & gentleman, there goes my calendars. Every type of the calendar reminded my of something or some event that happened in my life. It never fails to make me smile whenever I saw the calendar. Maybe yours could be the same.

Calendars reminded us the event, the special dates, birthdays, anniversary, occasions that are important for us.

So ladies & gentlemen, never overlook your calendar. And to quote word that usually associated with calendar - “MARK YOUR CALENDAR!”

Don’t forget to “MARK YOUR CALENDAR!” for your next toastmasters meeting, next speeches and next meeting roles………..

104462 | posted by zaza at 2:56 | 0 comments