home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Tuesday, August 31, 2004

ogos.....merdeka kah aku!

31 ogos telah pun berlalu. Byk perkara yg terjadi.

Ari sabtu pagi 28 ogos ari tu mak ngan adik2 zaza turun kl. Konon2 kami nak pegi sopping baju raya. Ye la karnival membeli belah dah nak abih tk lama lagi. Baik beli kain baju raya cepat2. tp kita manusia hanya boleh merancang. Tuhan yg menentukan. Saat2 mak naik naik bas ke kl, mak terima panggilan dari adik ipar di penang. Adik zaza kemalangan! Dia dimasukkan ke hospital. Yg pasti luka luaran tiada yg parah. Alhamdulillah! Tp adik zaza trpaksa tinggal di wad sbb pemeriksaan lanjut perlu sbb dia mengadu sesak nafas, sakit di bhg dada. Doctor yg bimbang jika dia ada kecederaan dalaman harus melakukan pelbagai lagi ujian.

Ujian tuhan! Terkejut zaza masa terima panggilan dari mak. Mak tanya samada dia patut batalkan aje dtg ke kl. Zaza mintak mak dtg jugak kl sbb kalau mak duk kt kampung pun dia tk boleh buat apa2. mak dan adik2 sampai kl petang sabtu. Mood nak pegi sopping hilang entah ke mana. Sentiasa berhubung dgn adik ipar di penang utk tahu perkembangan lanjut. Akhirnya zaza amik keputusan, zaza, mak dan adik2 pegi penang. Pagi2 ahad kami berempat naik bas bertolak ke penang. Sian kat mak. Dari perak ke kl dan dr kl plak ke penang dlm masa tk sampai 48 jam. Apa2 pun yg penting dpt tgk anak.

Dari jeti penang kami terus ke hospital. Nasib baik zaza dulu penah tinggal di penang. Jadi takdela hilang punca kalau dtg penang tuh. Nasib baik adik zaza tinggal kat hospital separuh swasta jadik takde halangan masa utk melawat. LEGA rasanya bila sampai hospital dan dapat tgk adik. Dia tkde apa2 luka yg parah. Selepas x-ray, ultrasound dan ct scan alhamdulillah doctor confirm dia tkde kecederaan dalaman. Sakit dada yg dialami mungkin disebabkan hentakan masa dia jatuh tuh. Nasib baik jugak adik ipar zaza tuh jenis yg berdikari. Jadi walaupun suami kemalangan dia tkde la tenggelam punca. Separuh hari kami lepak kt bilik adik zaza di hospital. Lewat petang baru balik ke rumah adik zaza.

Adik zaza dibenarkan keluar hospital ari isnin pagi 30 ogos. Zaza amik emergency leave la ari tu. Tengahari tu dpt panggilan dr bos. Dia bagitau ada keja penting kena buat. Dia tanya zaza mana zaza simpan dokumen since zaza yg jaga semua tu. Dia yg bersiap nk balik kampung trpaksa lewatkan sikit. Kelam kabut dia jadinya. Yelah keja yg selalu nya zaza yg buat tetiba dia trpaksa handle. Nasib baik cek sue keja ari isnin. Trpaksa mintak dia tolong bos zaza.(thank you so much cek sue). Jadinya w/pun zaza cuti tp kena gak buat keja.

31 ogos.

Beberapa minit selepas 31 ogos menjelma, ada satu sms zaza terima. Hati tersenyum mengagak ini mesti “wish” ari merdeka nih. Rupa2nya bukan. Bos zaza hantar msg. Mak dia ada di icu. Koma. Bos bagitau tentang kerja opis yg belum settle, mintak zaza handlekan. Zaza reply bagitau dia jgn pikir pasal keja. Cuma tumpukan perhatian pada mak dia aje. Lepas tu zaza antar msg pd semua kengkawan opis yg rapat. Minta semua tolong doakan mak bos. Nampaknya kebelakangan nih banyak sungguh dugaan yg menimpa. Lepas satu, satu dugaan yg mencabar minda dan hati.

akhirnya cuti di kl tk jadi. Kami adik beradik menghabiskan cuti di penang. Berkampung di rumah adik. Hanya adik zaza yg kt sabah tu aje yg tkde. Yg lain semuanya ada. Sian kat dia. Dia sorang aje yg jauh. Petang 31 ogos zaza bertolak balik ke kl.

Hari jumaat akn datang nih mak zaza akn menjalani pemeriksaan endoskopi di hospital. Sepatutunya zaza akan pulang petang khamis nih utk temankan mak zaza. Cuti pun awal2 lagi dah diminta. Sepatutnya bos zaza akan ada minggu nih, jadi zaza boleh balik kampung. Dgn perkembangan terbaru nih…………dia di kampung dia, tak tahu la samada zaza boleh balik kampung atau tidak. Susahnya bila hanya ada 2 org utk jaga dua department. Takde org lain yg boleh jadi back-up.

Mak yg tahu dilemma zaza ckp takpe la, tk balik pun tkpe sbb adik zaza ada. Tapi zaza tahu jauh di sudut hati, mesti dia akan rasa lebih lega kalau zaza dpt balik. Maklum zaza kan anak sulung. Lebih kurang mcm ketua pd adik2.

Rasa berat hati sangat nak pegi keja pagi rabu nih. Hanya tinggal beberapa jam saja nih. Terbayang kerja2 yg menanti, terbayang2 kesesakan kepala yg menanti.

Apa2 pun, tekad di hati walau sebanyak mana kerja yg menanti, petang khamis zaza akan tetap bertolak balik ke kampung. Insyallah!

p/s : terima kasih pd kawan zaza yg mengirimkan ini.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

119115 | posted by zaza at 10:08 | 3 comments

Friday, August 27, 2004

hari yg sedih utk saya!!!!!!!! (baca gaya citer sin chan)

Akhirnya hari yg zaza nanti dgn hati yg berat tiba jugak. Bos zaza antar surat notis bekerja 2 jam yg lalu. Dia dah bagitahu zaza pasal ni dah lama dah. Cuma dia belum letak tarikh yg tetap. Akhirnya ari ni ari jumaat menjadi pilihan dia utk menghantar notis. Berita ni blm jadik tergempar lagi sebab hari sabtu kitaorg tak keja. Big2 bos pun tak ada.

Yang pasti ari isnin minggu depan satu opis akan bercerita la nih. Setelah hampir 7 tahun bekerja di tempat yg sama, akhirnya tiba masa dia untuk mencari merasai kerja di tempat baru. Satu2nya bos zaza sejak 5 tahun yg lalu. Entah sapa plak lepas nih akan jadi bos zaza.

Sejak 2-3 bulan ni, dibebani kerja yg banyak, kemungkinan kehilangan bos alias sahabat yg baik, menghadapi kerja yg banyak seorang diri sbb bos kesibukan/kerisauan dgn kesihatan ibu, bos jarang di opis kerana kerap mengambil cuti menjaga ibu yg sakit di kampung membuatkan menjadikan zaza rasa tidak tentu hala sepanjang masa. Lemas dgn setiap permintaan, pertanyaan dari department2 yg lain, dari anak2 syarikat yg lain. Fikiran rasa macam kucar kacir aje… terlampau banyak perkara yg perlu diberi perhatian.

Bos kata nak cadangkan zaza utk ganti tempat dia bagi satu department, department yg lagi satu suh bos besar carik org lain. Huh!!!! Knowing this company………ianya samada yes! Zaza naik pangkat …. Tapi gaji tak berbaloi …… or ……department zaza nih akan dibubarkan ….. upah saja sykt kt luar yg buat.

Kenapa la benda2 nih jadi waktu2 gini. Zaza dah plan cantik je nak mula usha tempat baru seawal tahun depan. Sebabnya ada banyak lagi benda yg zaza kena settlekan sblm zaza berpindah kerja ke tempat baru. Ada azam yg nak dilaksanakan……………….

Ialah…….manusia merancang tuhan yg menentukan. Bos became the happiest person masa dia balik td. Happy after so many weeks worrying about his mother’s health.

Zaza pun hepi utk dia jugak. Zaza senyap aje bila tgk dia hepi2 tuh. Dia tk tau mcm mana gundahnya hati nih bila mengenangkan menggantikan tempat dia kena mengadap perangai bos2 besar yg lain selepas ni.

Semoga pengalaman selepas ini akan menjadikan zaza seorang yang lebih kuat lagi!
Dok menangis la plak bila type entry nih….. leceh betul!!!!

118621 | posted by zaza at 4:43 | 0 comments

Thursday, August 26, 2004

2-3 bulan kebelakangan ni bila bekerja kt opis, rasa pressure saja. Biasala kerja banyak. Tapi org lain pun banyak jugak keja kan. Bukan kita sorang aje. Cuma cara masing2 tangani masalah tensen kerja aje yg berlainan.

Tapikan paling tk best bila kita tensen pasal keja tapi kita tk leh nk citer kt org. tk leh nak ngadu kt org.tak leh ngadu kt kengkawan. Habih2 pun blh ngadu kata kerja banyak, kepala otak letih…… tapi bila nk citer lebih detail tak boleh sebab kerja kita melibatkan rahsia sykt, dan kengkadang tu libatkan keburukan org, libatkan kekurangan org…libatkan aib org …. Abih tu takkan kita plak nak citer kt org lain kan! Apa lagi…….telan je semua tuh ….. nampaknya lepas ni mmg kena seriously consider carik kerja kt tempat lain….. oh hati!! Sabarlah dikau….. beberapa bulan aje lagi ………..

118448 | posted by zaza at 3:04 | 0 comments

Wednesday, August 25, 2004

Besarnya tanggungjawab memikul amanah nih kan. Terutama sekali amanah pada kerja. Kita dibayar gaji oleh majikan maknanya kita telah diamanahkan oleh majikan kita utk kita melakukan kerja sebaik mungkin. Kadang2 zaza sendiri terlalai dgn amanah yg zaza pegang.
Terutama bila majikan tidak begitu mengambil berat hal ehwal pekerja, kita sbg pekerja yg tak puas hati mula la rasa nak kerja sambil lewa shj.

Tetapi sikap jati diri mesti kena kuat. Kengkadang bila zaza rasa mcm nak memonteng ke, curi tulang ke, apa2 ke, buat tu buat jugak tp bila rasa mcm dh lebih2, rasa bersalah mula la menyerang. Bagus jugak rasa bersalah, automatik brek akan ditekan, tk berani buat cincai lebih banyak. Buat sikit2 gitu2 je la.

Kengkadang tu bila tgk ada rakan sepejabat yg mcm takde rasa bersalah bila buat kerja lebih kurang, hati tertanya2….. diaorg ni tk rasa bersalah ke buat mcm tu…? Tapi tk penah disuarakan. Tp zaza ada jugak berbincang bersama rakan yg sehati dlm perkara nih. Dia pun berasa heran melihat org2 sebegitu blh bertindak sebegitu.

Cuma baru2 ni akibat terikut2 sikap kengkawan yg lain, rakan zaza nih pun dh mula menjadi kurang amanah kepada kerja dia sendiri. Dan yang lebih buat zaza rasa geram tuh tindakan dia tu menyebabkn zaza dn org lain jugak menjadi susah. Kerja tidak disiapkan mengikut masa yg ditetapkan. Hari ni zaza dan beberapa yg lain terpaksa balik lambat hanya kerana perlu menunggu dia menghabiskan kerja. Kami jugak ada hal lain yg perlu dibuat.

Zaza rasa hampa sgt dgn tindakan kawan zaza nih. Hampa sangat sangat hampa sesangat hampa lah!!!!

118263 | posted by zaza at 3:02 | 2 comments

Monday, August 2, 2004

kejap aje masa berlalu. dah pun masuk bulan 8. sian blog nih. bulan july ada satu aje entry. itu pun copy dari e-mail. masa datang dan pergi. kerja bertimbun-timbun. jarang sgt zaza berpeluang bukak blog. bila dh penat rasa malas nak mengarang dlm blog nih. ye la....sehari suntuk kt opis mengadap komputer buat kerja, bila kt rumah dh naik jelak tgk komputer nih.

minggu ni bos zaza cuti seminggu. patutnya zaza hepi la sbb bos takde. ini tidak. sebab bila dia takde, workload jadi melampau2 banyaknya. bkn kerja sendiri aje yg kena buat. keja dia pun zaza kena cover jugak. masa dia ckp dia nak cuti seminggu, zaza dlm hati rasa nak menangis. he couldn't have pick any suitable date! minggu ni ada byk sgt dateline yg zaza kena kejar. kerja opis, keja part time. semuanya serentak dateline nya.

dh kul 12.48 pagi. badan mmg dh penat sgt nih. tp rasa malas sgt nak tido. kan best bila kita penat2, bila tension2, ada org yg boleh dijadikan tempat utk meluahkan perasaan. takdela kena luah kat blog nih.

itu la....nak sgt keja mencabar. nih bila keja dh mencabar.........dah rasa nak nangis plak. apala...zaza nih!

hishhhhhhhh...tak boleh patah semangat.....kena buktikan pada diri sendiri dan pada org lain yg apa jua cabaran yg datang zaza boleh harungi!!!! chaiyo!chaiyo!chaiyo!

115537 | posted by zaza at 10:50 | 3 comments