|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Ari ni zaza kena marah dgn md. Semlm kena jerit ngan ggm finance.
Semlm ok lagi lepas kena jerit. Kira2 mcm msk telinga kiri kuar telinga kanan la. Kena biarkan keluar terus. Kalu simpan kat hati, sian la
.. sian pulak kt hati
.. dh la hati tu kecik aje
.. Semalam lepas keja, ada kelas mengaji lepas kelas mengaji sambung pulak dgn kelas toastmaster. Lepas abih kelas ngaji ingat dh malas nk gi toastmaster tapi sbb dh janji dgn kawan yg mintak tolong, terpaksa jugak melangkah ke sana. Meeting abih dh pukul 10pm. Kawan zaza komen kata zaza bercakap mcm tk bermaya, gaya cakap org letih. Zaza terkejut jugak bila dia ckp gitu. Zaza tanya dia, ketara sangat ke keletihan tuh. Dia ckp ya. Aiseh!!! Lepas nih kena pegi masuk kelas berlakon la pulak. Zaza ingat kan zaza dh cover baik punya. Memang la letih sesangat.
Ari ni kena marah dgn md plak. Dh dekat abih waktu kerja pulak tuh. Masa mula2 kena tu ok lagi. Mcm tkde perasaan la kiranya. Tapi lama2 sedih la pulak. Nak nangis pun ada. Terkebil2 pejam celik mata tak nak kasi nangis tp dia degil nak kuar jugak air mata tuh. Ye la
badan dh letih, otak dh letih
. Apa lagi emosi pun senang la terguris
. mcm tulih pantun pulak!
Minum air nk sejukkan hati
.. tk jalan! Taip entry nih, nak luahkan rasa gundah
. pun tak jalan Amik air sembahyang, pegi smbahyang asar, baca quran 2-3 ayat
baru smbung balik keja
baru lega rasanya.
.
Bila kita susah
.. ada org lagi susah dari kita
Bila kita kena marah
ada org kena marah lagi teruk dari kita
. Ggm finance jerit kat kita
. sbb dia pun dh kena jerit dek bos dia
.. Md marah kita
. sbb dia pun dh nak kena marah dgn bos dia
Kerja kita dibanding kan dgn ex bos kita
.. ye la dulu bos kita, kita yg tolong dia
.. Sekarang kita tkde penolong
. terkejar sana terkejar sini
.. Apa2 pun
. mmg kita yg salah
.. Memang patut kena marah punnnnnn
Ari ni 13 september. Dlm masa 2 minggu ni banyak betul yg berlaku dlm hidup zaza dan juga org2 yg terdekat dgn zaza. Ada cerita sedih ada jugak cerita gembira.
Cerita sedih…….. mak ex bos zaza meninggal dunia, ayah adik ipar zaza pun baru meninggal dunia, kereta pertama keluarga zaza yg dibeli oleh arwah abah telah pun selamat di jual (akhirnya!). walaupun berat hati rasa nak lepaskan kereta tu, tetapi tetap trpaksa dilakukan jugak.
Cerita gembira, kawan zaza yg jauh lebih muda dari zaza tapi dok risau jodoh dia tak sampai2 telah pun berjumpa prince charming dia, insyallah tak lama lagi berdua lah dia, cek sue plak dah booking kereta, bulan puasa ni nampak nya pergi berbuka di luar naik kereta baru la (itu pun kalu dia nak tumpangkan). Zaza pun dh booking kereta jugak. Keberanian nak bawak kereta tu dh hampir cukup. Tgk la…insyallah bulan depan cukup la keberanian tu kot. Insyallah jugak minggu ni zaza naik pangkat lagi. Ganti tempat bos zaza. Kalu betul jadi, maknanya dlm masa tak sampai 3 bulan, zaza naik pangkat 2 kali berturut2. hah……ada ke org lain mcm zaza nih. Tapi berita gembira ke nih? Berita menakutkan pun ada jugak. Mencabar pun ada jugak. mampukah aku???? Tapi yg sebenarnya, zaza dok tunggu, agak2 berapa banyak gaji dinaikkan!!!!!!
3 ½ bulan dari sekrang, tahun 2005 bakal menjelma. Pejam celik pejam celik…….dah nak masuk tahun baru. kalu awal tahun ari tu, rasa malas nak pasang azam sbb takut tak terbuat, tapi setakat bulan 9 nih, alhamdulillah beberapa azam yg telah dipasang niat bertahun2 lamanya, tercapai dan akan tercapai jugak.
Walaupun begitu, ada jugak perkara yg tk tercapai lagi ……… takpe…usaha tangga kejayaan…… kena berani aje!!!
|