home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Sunday, January 30, 2005

hati

Dah lama teringin nak mandi sungai tapi sampai skrg belum tercapai lagi hajat di hati. Hari tu pegi bukit frazer diaorg pegi tempat air paras buku lali. Kita ni poyo la nak mandi. Terkilan hati.

Hari sabtu rasa boring sangat2 terutama memikirkan pasal kerja. Tiap2 hari pun pikir pasal kerja yg tk surut2 dengan deadline yg mengekori rapat setiap minggu.

Terasa ingin sangat pergi ke hulu langat. Di sana ada banyak sungai tapi dulu2 selalu pegi pun sg congkak aje. Teringin rasa nak menjelajahi sungai2 yg lain. Memandu di jalan kampong yg sejuk mata memandang. Gerai2 buah di pinggir jalan. Itu ingatan yg dulu. Lebih 5 tahun yg lalu. Harap2 situasi damai tu masih kekal.

Dengan mood yg tak berapa baik, fikiran yg runsing, tension, rasa hanya ingin membisu tanpa perlu berkata2 sepanjang perjalanan itu membuat hati terpikir, kawan yg mana perlu ku ajak untuk menemani. Kawan yg sesuai. Yg tahu bila perlu berkata2, bila perlu diam sahaja . puas ku fikir.

Kalau di ikutkan hati ingin saja memandu sendiri. Tapi daerah itu telah terlalu lama tidak disinggahi. Tempat asing. Biarlah seeloknya pergi tidak bersendiri.

Tapi tk ku temui kawan yg sesuai ku ajak pergi. Nampaknya keinginan di hati terpaksa ku simpan lagi.

Jam 230 pagi, hantar sms pada sepupu. Ajak dia pergi menemani jika dia tidak bekerja. Sepupu ku ini ku tahu pasti akan sudi menemani jika kakaknya ini mengajaknya. Tapi memang telah ditakdirkan bukan rezeki ku untuk pergi. Dia tidak dapat menemani.

Tengoklah. Hari selasa nanti. Tidak mustahil aku kan pergi biar pun hanya bersendiri. Tawakal di hati. Menjaga diri sendiri. Yang pasti aku perlu keluar dari daerah ini. Biarpun hanya untuk seketika.

136005 | posted by zaza at 6:32 | 3 comments

Saturday, January 29, 2005

hujan

Setelah berhari2 (berminggu kot) hujan tak turun kt kg baru, petang sabtu semalam turun jugak hujan akhirnya.perrrggghhhhhh……sejuknya alam.

Berdiri di beranda dapur, melihat titik2 hujan yg turun sedikit2, lama kelamaan titik hujan menjadi lebih kerap dan lebih lebat. Tempias makin ketara. Biarlah baju basah sedikit asalkan zaza dpt rasakan hujan tuh. Mmmm….dah lama tak main hujan. Kalu ada org yg ternampak zaza kt beranda tuh mesti ingat tk baper betul. Ye la….tersenyum senyum sengsorang, suka sebab hujan turun.

Langit menghamburkan air sehabisnya. Hujan menjadi sangat lebat. Tempias sehingga membasahi beranda yg luas dan ke ruang tamu. Basahlah. Tak kisah.

Ada hati yg berkeluh kesah. Tapi lega sedikit bila terkena tempias hujan.

135998 | posted by zaza at 23:20 | 0 comments

Thursday, January 27, 2005

wind of change

Wednesday, 26th jan 05, meeting lasted for more than 5 ½ hours. I was totally exhausted. 10am – 3.40pm, throughout lunch hour. Everybody in the meeting didn’t take any lunch. We only took sandwiches at 3pm. Wow!!!!.

After the meeting ended, I waited impatiently for the clock to strike at 5pm. Felt like wanted to fly home and rest. The brain was jammed. So many things happened in the meeting, important things.

Would a wind of change breeze thru my office after this, I wondered to myself. But definitely the coming days would mean more busy days for me.

Yup! I packed up my things few minutes before 5pm that day. When the clock strikes 5.00 I was on my way to go back. But I did the mistake of stopping at my colleague’s room. The boss called me. He delegated works to me which he supposed to do but he himself hardly has time to do it. We discussed things that happened in the meeting.

In the end I only came out of his room at 6pm. Aiyah!! As usual la went back late.

Today, I’m still having the after effect of yesterday. Lethargic. But still got to finish work.

One hour before office hour ends, I received an e-mail from another boss. We have urgent work coming in starting tomorrow to be done by independent party. Several head of departments must be available at anytime starting tomorrow, throughout Saturday, Sunday and Federal Territory Day. There goes my weekend and public holiday. Must remain in town.

Ala la la la tok ala la la la tok……..

135795 | posted by zaza at 6:10 | 0 comments

Monday, January 24, 2005

Women are like apples

Women are like apples on trees: the best ones are
at the top of the
tree.

Most men don't want to reach for the good ones
because they are afraid
of falling and getting hurt. Instead, they just
get the rotten apples
from the ground that aren't as good, but
easy.......

So the apples at the top think something is wrong
with them, when in
reality, they're amazing. They just have to wait
for the right man to
come along - the one who's brave enough to climb
all the way to the
top of the tree.

YA KE???????

135578 | posted by zaza at 20:26 | 3 comments

Tuesday, January 18, 2005

sakit

dari hari ahad yg lalu, badan rasa tk sihat. bila badan tk sihat, dgn minda sekali terbabit jadi tk sihat. satu benda yg paling malas bila tak sihat ni ialah jumpa dokto.
diaorg ni adalah org terakhir sekali yg akan pergi berjumpa.
keja opis berlambak yg amat. semua pun urgent. tk sihat pun kena buat kerja.
dah banyak hari tido tk pakai kipas langsung. aircond kt opis pun tk dipasang.
hari nih rasa sihat sikit. (sikit jek!). harap2 2moro bertambah baik lagi kesihatan. sbb esok nak kena drive balik kg.

bila time2 sakit gini, kalu ada cek abang yg mcm watak fahrin dlm salina tu, kan ke besh!

134951 | posted by zaza at 18:14 | 3 comments

Monday, January 17, 2005

salina

kawan zaza dah jatuh cinta ngan watak fahrin dlm citer salina. zaza pun mcm dah tersuka jugak...hehehhee...
tapi ada lagi ke spesis mcm watak fahrin tu kt malaysia nih.
macam dah pupus jek!

134853 | posted by zaza at 21:48 | 0 comments

Tuesday, January 11, 2005

anak sulung

Waktu makan tengahari tadi jadi waktu meluahkan perasaan. Kawan zaza yg tengah sebuk buat persiapan kawin, meluahkan perasaannya kat zaza. kesian kat dia

Sbenarnya zaza, cek sue and so, kami 3 orang ni merupakan anak sulung dlm keluarga masing2. ingat senang ke jadi anak sulung nih. Susah tau! Tambah2 bila anak sulung tu pompuan.

Tanggungjawab yg besar. Kriteria2 menjadi anak sulung:-

1. berani
2. kena mengalah selalu
3. berdikari
4. jadi tukang dengar luahan perasaan dari parent
5. jadi tukang dengar luahan perasaan dari adik2
6. bank
7. tempat melepaskan marah bila adik2 tk dgr cakap emak bapak
Dan sebagainya

Bukan nak mengadu tapi kadang2 tu rasa macam tak tertahan lagi.

Antara kami bertiga, zaza rasa zaza yang paling betuah. Memang berat masalah yang ditanggung tapi masalah2 tu membuatkan zaza jadi kuat. Bila dengar luahan perasaan dari cek sue dan so, rasa kesian kat diaorg. Tapi nak buat macam mana. Marah sekali pun, keluarga tu ajelah keluarga kita. Bukan boleh tukar ganti.

134304 | posted by zaza at 21:50 | 2 comments

Monday, January 10, 2005

saya yg berdikari..........

Satu perkara yg zaza belajar semenjak tinggal berdikari ialah untuk melakukan kerja2 yg selalunya orang lelaki yang akan buat. Tapi bila dah tinggal sendiri, mahu tak mahu kena jugak la buat sendiri. Tapi bagus jugak sebab tak perlu menyusahkan orang lain. Apa kerja2 tu yek!!!

1. tukar mentol lampu
Kalu difikirkan takut, memang takut jugak nak tukar lampu nih. Ialah takut kena kejutan letrik. Tapi takkan tiap kali mentol terbakar, zaza nak kena panggil sepupu zaza datang rumah mintak tolong tukarkan. So belajar la tukar lampu sendiri.

2. panjat tangga
Kalau diikutkan, memang zaza takkan panjat tangga. Gayat tuh. Tapi nak buat macam mana. Lampu yg nak di tukar, mak aih!!! Tinggi tu. Terpaksa jugak panjat tangga. Baguih jugak. Hilang gayat.

3. betulkan paip pecah
Dulu masa arwah abah ada, dia yg settlekan semua nih. Sekarang nih kalu nak tunggu adik zaza buat, alamat bertahun la. Takkan benda kecik nak panggil orang. Belajar jadi mcgyver ler. Heh heh heh….terer jugak zaza nih.

4. tukar tombol pintu
Kejayaan yg terbaru. Berjaya mengganti tombol pintu yg rosak. Tombol pintu tu mmg susah nak di pasang. Tingat masa mintak tolong mizi tukarkan tombol pintu rumah dulu. Berpeluh-peluh dia buatkan sambil mengomel2. kali nih tak nak susahkan dia lagi.
Mintak tolong adik buat. Hampeh……kena kakak jugak campur tangan. Akhirnya berjaya!!!!

Kawan2 zaza pun ramai yg zaza tahu tak pernah buat benda2 gini. Yelah selalu masing2 ada adik la abang la, bapak la, cek abang la, pakwe tersayang la yg bila2 masa boleh datang membantu. Tapi sebab zaza nih tinggal jauh dr orang tersayang, cek abang tkde, yatim pula…….maka terpaksa la menyettle sendiri. Tak sabar rasanya nak menunggu masa boleh menyusahkan cek abang tanpa rasa bersalah. Tak perlu bersusah payah membuat sendiri.

134101 | posted by zaza at 9:22 | 1 comments

Wednesday, January 5, 2005



aku ingin sekali mengiyakan apa yang kalian ingin tahu. tp nampaknya renjis2 dipilis belum lagi sampai masanya. masih jauh perjalanan ini. cerita itu hanya lah sebuah mimpi di tahun baru. (mungkin bahana tidur di atas bukit yg sejuk)

mungkin ia akan jadi kenyataan tahun ini. mungkin juga tidak.

itu kerja tuhan. hanya dia yang tahu.

mungkin kalian akan bertanya......tidakkah aku hampa bila aku terjaga? hhhmmmmm.............tidak dinafikan memang sedikit hampa. tapi tidak terkejut kerana seperti yg aku kata ia tk mungkin terjadi..............

133628 | posted by zaza at 17:57 | 7 comments

Sunday, January 2, 2005

Tiba2 dia menghulurkan kad jemputan kahwin kepada ku. Dgn rasa teragak2 aku mengambil kad itu. hati ku rasa berdebar2. dia akan berkahwin! Tapi dgn siapa? Ku intai kad itu sedikit. Tak mampu rasanya untuk membaca kesemuanya. Hatiku pasti akan luka.

Apa yang menanti di dalam kad itu membuat aku tergamam. Gambar bakal pengantin di dalam kad hanya mampu ku lihat sekali imbas. Rasa tidak percaya menyelubungi hati. Tak mungkin! Mana mungkin! Dia hanya tersenyum melihat reaksi ku. Tiada sepatah perkataan yg keluar dari mulutnya. Dia berlalu pergi. Aku masih terkaku di situ. Benarkah apa yg mataku lihat? Tidak bermimpikah aku ini!

Aku ingin merasa gembira sangat. Namun akal ku tidak membenarkan. Mungkin itu hanya khayalan.. akal ku berkata2………….

Aku masih terasa di awang2an…….

Ke esokkan hari,aku masih tidak dapat percaya sepenuh hati bahawa dia yg selama ini aku sayang dari jauh….., kasih sayang yg hanya bertepuk sebelah tangan,,,,, melamar aku menjadi surinya. Dia tk mungkin akan suka kan aku lebih dari sahabatnya. Itu yang aku tahu selama ini. Telah ku paksa hati ini menerima kenyataan itu. kami tak mungkin menjadi lebih dari seorang sahabat.

Mungkin kad itu hanya satu permainan….

Tiba2 aku terdengar suara kecoh di luar. Aku melihat dari tingkap bilik. Dia datang! Bersama dengan segerombolan orang. Rombongan meminang! Dia melihat kelibat ku di tingkap. Dia tersenyum bila melihat ku tertanya2. hati kecilku enggan membenarkan apa yang aku lihat. Dia yg faham apa yg aku ingin tahu masih tersenyum dan dia menganggukkan kepala. Mengiyakan apa yg hati ku masih enggan percaya. Ya! Dia datang untuk menyunting ku. Dia menunjukkan hadiah itu kepada ku.

Aku terduduk di birai katil. Rasa gembira, rasa tidak percaya, rasa debar, rasa ingin menangis dan bermacam2 perasaan bersilih ganti melintasi hati.

133179 | posted by zaza at 18:36 | 11 comments