|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Fahrin akhirnya dapat tahu yang ako sayangkan nasha. Tapi disebabkan fahrin, ako rela korbankan perasaan cinta dia. Ako jugak suruh nasha korbankan perasaan nasha demi fahrin kawan mereka.
Di hari pertunangan nasha dan fahrin, fahrin pengsan sebelum sempat ditunangkan. Dia pura2 hilang ingatan. Keadaan kesihatan fahrin makin teruk. Dia selalu diserang sakit kepala yg kronik. Nasha tidak percaya yang fahrin hanya hilang ingatan sahaja. Dia rasa fahrin menyembunyikan sesuatu.
Rupa-rupanya fahrin mengidap kanser otak. Dia menyembunyikan penyakit dia itu sekian lama dari kawan2 dia. Setelah dipaksa, barulah dia mengakui tentang penyakit nya itu. Nasha dan ako merasa sungguh sedih.
Fahrin berlakun seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Dia sering melaga2kan ako dan nasha sebagai pasangan yg paling sesuai.
Akhir…… fahrin semakin tenat. Fahrin beritahu nasha yg dia sangat sayangkan nasha. Tapi dia tahu nasha sayangkan ako. Dia juga tahu yang ako sayangkan nasha. Fahrin kesal kerana ako sanggup korbankan cinta dia pada nasha kerana fahrin. Fahrin kesal kerana ako tidak merebut cinta nasha dari fahrin. fahrin pinta ako dan nasha berkahwin sebelum dia menutupkan mata buat kali terakhir…………. Tamat.
Cerita dihabiskan begitu sahaja. Adakah ako dan nasha akan berkahwin? Adakah fahrin akan meninggal dunia…………?
Lega rasanya drama ini sudah tamat. Benci menunggu kesudahan dari minggu ke minggu. Geram melihat sikap ako yang beralah sebelum berjuang. Masih ada lagi kah sahabat seperti itu. Berbaloi kah kita korban kan hati dan perasaan kita demi orang lain? Bolehkah seorang perempuan mengahwini seorang lelaki yg tidak dikasihi sedangkan orang yang dikasihi di depan mata.
Orang selalu berkata …… pilihlah org yang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia…..
esok 1 ramadan. alhamdulillah panjang umur, ketemu lagi kita. pagi2 lagi bila buka email, zaza dah ketawa sorang2. sorang kawan sekerja zaza yang di sarawak dengan niat yang ikhlas telah menghantar email kepada zaza dan beberapa rakan lagi. email mengenai jadual berbuka puasa.... tapi masalahnya jadual yang dia antar tu ialah jadual berbuka puasa bagi zon MIRI Sarawak. hampeh tul!!! nak buat apa jadual untuk Miri. zaza ni di KL. yg lenglain plak ada yg kt terengganu... marah tul kawan zaza yg kt terengganu...siap balas email dia tanya kenapa tak hantar jadual negara China ke Europe ke..... zaza ketawa sorang2 kt dlm bilik..... belum puasa lagi dah mamai....hahahahahaaa.....
dah reda ketawa, tingat plak diri sendiri. puasa tahun nih, 80% hari, mcm biasa zaza akan keseorangan bila tiba waktu bersahur dan berbuka. rakan serumah ditukar ke Johor. tinggal sengsorang balik. huhuhuhuhu........sedey nya... everyday, after work everybody shall be rushing home to breakfast with family.... me.... taking my own sweet time going back home.
|