home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Tuesday, March 29, 2005

kesedihan ku

Apa yang patut di lakukan bila kita mendapat tahu yang orang bercerita mengenai kita di belakang kita.
Bersemuka dengan orang itu? Marah2 orang tu? Atau….
Pendamkan saja….

Hujung minggu yang lalu, zaza baru dapat tahu, rupa2nya ada orang bercerita, mcm mengutuk pun ya jugak pasal zaza. Terdiam, tidak percaya, marah, tak puas hati…apa lagi…semuanya bercampur baur…. Yg geram nya, zaza tk berkenal rapat pun dgn mereka2 ini. Cuma pernah bercakap sepatah dua kata. Jadi apa hak mereka untuk mengata pasal zaza sedangkan zaza tak penah pun masuk campur hal mereka?

Memang dah suruh kawan menyiasat dr pada mana mulanya berita bodoh tu. Tapi setelah 2-3 hari berfikir secara rasional, zaza suh kawan zaza jangan siasat lagi. Biarkan saja benda tu berlalu. Biar la orang nak kata apa pun. Mmg la tk nampak luka di badan tapi luka di hati….

Itu kalau org yg kita tak baper kenal yang mengutuk kita. Apa pulak yg patut di rasa kalau kawan yg kita anggap sahabat baik kita pulak yg mengumpat kita.

Luka di hati jadi lagi besar kan. Rasa marah geram tu jgn sebut la.

Selama ini bila orang mengutuk sahabat2 kita ini, kita sentiasa mempertahankan mereka. Kita tak bagitau pun pada dia yg org dok kutuk dia. Kengkadang kita plak yg kena sindir bila kita pertahankan kawan2 kita nih. Tapi kenapa diaorg pulak boleh buat kita macam nih?
Ni yang nak nangis nih…….

139619 | posted by zaza at 22:52 | 3 comments

Monday, March 28, 2005

kegembiraan ku

Alhamdulillah…..sepanjang tidak berkesempatan untuk mengemas kinikan blog nih….banyak jugak perkara yg berlaku dalam hidup ini. Tetapi yg paling best dah tentu la dapat khatam quran.

Hari selasa minggu lepas secara rasmi berjaya khatam quran setelah sekian lama belajar dari mula mengenal huruf, cara betul membunyikan huruf hingga la ke tajwid. Dulu2 masa sekolah dah pernah khatam quran tapi tidak sempurna kerana ilmu tajwid kurang sangat2. tapi kini puas sebab boleh membaca quran dengan yakin kerana ada ilmu untuk membaca.

Kami sekelas khatam bersama2. siap order pulut kuning (thanks mizi) dan bunga telur tu. Puas hati jugak sebab ustaz yg mengajar kelas iqra dulu pun dapat bersama2 menyertai kenduri yg kami adakan.

Tapi pengajian tidak terhenti selepas ini. Dari sekarang hingga la hujung bulan 5 kami perlu menghadiri kelas ulang kaji. Sebabnya awal bulan 5 nanti ada peperiksaan untuk mendapatkan sijil. Insyallah jika ditakdirkan ada zuriat kelak, dapat la zaza ajar ilmu tajwid pada mereka.

Hajat yang kedua zaza ialah untuk membeli kereta untuk kegunaan mak zaza. Akhirnya hajat telah pun dapat dilaksanakan. Insyallah, dapat la mak berkereta ke kelas mengaji esok lusa. Tak perlu lagi naik motor meredah hujan.

Cuma selepas ni kewangan akan agak terhad tapi tak mengapa sebab duit habis ke jalan yg betul. Puas hati sebab dapat menyenangkan mak sebelum dia tutup mata dan juga sebelum diri ini tutup mata.

Terselit di sebalik kegembiraan ini, ada juga kedukaan yg melanda. Itu cerita kemudian hari. Yg penting fokuskan pada kegembiraan, bukan pada kedukaan, baru la ceria di hati.

139486 | posted by zaza at 2:36 | 1 comments

Wednesday, March 2, 2005

kesian kat saya

A WOMAN IS LIKE A TEA BAG...
YOU DON'T KNOW HOW STRONG
SHE IS UNTIL YOU PUT HER
IN HOT WATER

mmg dlm hot water skrg. strong ke saya? entah ler..strong kot
tunggu air jadik sejuk dulu la baru tahu strong ke tidak

138089 | posted by zaza at 2:50 | 0 comments