|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Hidup saya sentiasa diselubungi dgn dugaan. Dugaan datang setiap masa. Dugaan ini yang menjadi kayu ukur samada diri adalah seorang yg tabah atau tidak. Alhamdulillah setakat hari ini setiap dugaan yg datang saya tempuhi seadanya mengikut kemampuan diri.
Tiada tempat mengadu, membuatkan diri kadang2 rasa penat sesangat kerana harus menanggung seorang diri. Lalu bila diri sudah tidak tertahan berdepan dugaan, airmata pasti akan berjujuran.
Tidak mungkin saya mengadu pada ibu tersayang. Cukup sudah kerisauan dia terhadap anak nya ini. Tidak perlu saya tambah kerisauan yg ada. Teman! Memang saya punyai teman. Tapi tidak semua dugaan itu dapat saya ceritakan kepada mereka.
Sejak diri menerima tanggungjawab baru di tempat kerja, dugaan datang silih berganti. Bagaimana harus saya cerita pada teman sedangkan semua itu adalah rahsia yg harus dijaga. Sudah kerap kali airmata tumpah. Di rumah dan juga di tempat kerja. Paling saya tidak suka bila airmata tumpah di tempat kerja. Saya tidak mahu teman tertanya2. bagi saya airmata adalah rahsia. Ia tidak harus dilihat orang lain.
Kelmarin airmata tumpah lagi! Hingga ke hari ini hati masih berduka lagi. Dugaan ditempuh kali ini agak besar. Mencabar kesabaran hati. Perlukah saya menunggu di sini. saya sayang tempat ini. Jika saya pergi, bermakna saya mengaku kalah. Sejarah membuktikan saya seorang yg tabah. Saya akan bertahan selagi saya terdaya.
Hanya DIA sahaja yg tahu hati yg gundah ini. Hanya pada DIA sahaja saya berserah
|