home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Thursday, January 26, 2006

selamat tinggal kawan

kejap lagi nak pegi makan kat restoran nelayan titiwangsa sempena perpisahan dengan kawan opis.
walau kelak jauh di mata, di hati masih akan tetap dekat.
sampai bila....entah la...
masa yang akan menentukan.
ada orang berkata jauh di mata, akan jauh di hati jugak.

151379 | posted by zaza at 3:24 | 0 comments

Monday, January 23, 2006

mata kanan berkedip2.... nothing of significant event happened.

151332 | posted by zaza at 17:44 | 0 comments

Thursday, January 19, 2006

mata

se awal pagi ini....mata kanan ku berkedip2...bergerak2.....
ianya begitu nyata.
sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kerja ku.
kata orang.....mata kiri berkedip2, akan menangis atau berlaku kematian atau juga ada sesuatu yang kurang elok berlaku
kata orang juga...... jika mata kanan yg berkedip2......sesuatu yang baik dan gembira akan berlaku.....

dan selalunya mata kanan saya amat jarang sekali berkedip2....

dan yang pasti, aku tahu mata aku tidak sakit...

tidak mengapa........... ku tunggu sahaja la....
whatever will be, will be....

151245 | posted by zaza at 18:51 | 2 comments

Wednesday, January 18, 2006

Saya pernah berkata pada diri saya. Jika jodoh saya ditakdirkan bukan dengan dia dan jika ditakdirkan dia bertemu jodoh dengan orang lain, saya mungkin akan bertukar tempat kerja. Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan dia.

Kemudian lama kelamaan saya dapat menerima hakikat yang memang mungkin dia bukan untuk saya. Dan bila saya sudah mula dapat menerima hakikat itu, saya merasa tenang.

Dia mungkin ditakdirkan hanya untuk menjadi sebagai kawan saya yang boleh juga dikatakan kawan baik saya.

Saya mendapat perkhabaran bahawa mungkin dia akan dipindahkan ke tempat lain. Perasaan saya…………… sedih…….saya akan hilang kawan. Saya akan kehilangan satu-satunya kawan lelaki yang rapat

Perasaan lain……………. Entahlah…. …

151194 | posted by zaza at 3:45 | 2 comments

Banyak jugak perkara yg berlaku dalam bulan 12 yg lalu. Walau hanya ada 1 entry, tapi sebenarnya banyak sangat yg nak diluah dan diceritakan. Cuma masa tak mengizinkan. Tapi bila ada masa, danchan ni pulak problem.

Bulan 12 saku di poket mengalami musim kering yang teruk. Mak demam berpanjangan membuatkan saya risau dan saya balik kampung setiap minggu. Duit habis pada minyak dan tol. Duit simpanan yg tk seberapa dikeluar dan dibelanjakan.

Tapi bila difikirkan kepenatan mak membela dan menjaga saya seumur hidup ini, apalah sangat duit yg habis itu kan. Apatah lagi bila pulang, dapat melihat riak kegembiraan pada wajahnya walaupun dia risau anak daranya membawa kereta sorang2.

Teringat waktu dulu masa arwah abah sakit. Saya pulang setiap minggu menaiki bas ekspres. Kepenatan kerja di pejabat dan dirumah membuatkan saya terus terlena sebaik sahaja menaiki bas. Dan saya dapat mengadap abah masa dia menghembuskan nafas yg terakhir.

Mak dan abah merupakan orang yang paling penting dan berjasa dalam hidup kita. Jangan la kita biarkan kesibukan kerja menghalang kita dari mencurahkan bakti pada mereka.

Kerana itu juga mungkin saya belum bertemu jodoh di usia begini. Supaya saya dapat mencurahkan bakti sepenuhnya, pada ibu saya tanpa perlu merasa serba salah untuk menjaga hati orang lain.

151193 | posted by zaza at 3:36 | 0 comments