|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Malam hari jumaat minggu lepas, adik arwah kesayangan telefon. Mak dan ayah dia terlibat dalam kemalangan minggu sebelum tuh. Kereta mereka berlanggar dengan lori balak. Terpempan seketika.
Mak dia cedera ringan. Tapi ayah dia cedera agak teruk. Kesemua anggota badan bahagian kanan teruk. Kepala di tusuk kaca cermin, telinga koyak rabak, tangan patah, kaki patah pangkal peha, badan dipenuhi habuk kaca. Kereta yang dinaiki remuk teruk.
Dia ceritakan pada zaza dari mula kejadian, apa yang berlaku sehinggalah seminggu kemudian. Bagaimana selepas kemalangan, mak dia menyangka ayah dia telah tiada jika dilihat dengan kecederaan dan darah yg berlumuran. Bagaimana dia bergegas dari pasir gudang johor meredah kegelapan malam untuk balik ke kampong di Kelantan sebaik menerima berita kejadian. Bagaimana setibanya dia di hospital, dia sendiri tidak dapat mengecam mak dia jika bukan kerana baju yg dipakai. Disebabkan luka telah bertukar menjadi bengkak. Paras rupa bertukar. Tak terbayang gelodak yg melanda di hati nya ketika itu.
Syukur alhamdulillah, selain kecederaan luaran, mak dan ayah dia tidak mengalami kecederaan dalaman yg teruk. Namun disebabkan usia yg agak lanjut, tempoh untuk sihat semula pasti mengambil masa yg agak perlahan dan lama.
Dan aku pulak….sebaik menerima berita itu, terus terlintas kenangan lalu. Kehilangan arwah kesayangan. Dan kini hampir kehilangan mak dan ayah dia. Terasa ingin terbang ke sana. Untuk melawat dan membantu mana2 yg patut. Sudah lama aku tidak bertemu mereka. Kali terakhir sewaktu perkahwinan kawan lama ku ini, adik arwah kira2 dua tahun yg lalu.
Masa tu rasa ralat jugak sebab tidak sempat melawat ke kubur arwah sebelum pulang ke kl.
Sehingga kini masih merancang hari yg sesuai untuk bertolak ke sana. Ketiadaan teman untuk menemani aku dari kl ke Kelantan membuatkan hati berbelah bagi.
Di saat2 inilah, hati pasti akan merasa susah dan ralat… kenapa la aku masih belum punyai pasangan….
Perasaan sedih bertamu kembali ke hati. Aaarrrggghhhh…aku mesti lari dari perasaan ini
Minggu lepas
Kawan opis : ala, hari ini saya kena berbuka sorang2 la. Ada hal. Tak sempat pulang berbuka di rumah
Zaza : (menyampuk!) ala…. Saya nih tiap2 hari pun buka sorang2. tak kisahpun
Kawan opis : Awak tu lain. Awak dah biasa berbuka sorang2
Zaza : terdiam…….. nak kecik hati pun ya jugak. Ye ler .. kiter tahu la kiter tk tinggal ngan famili. Kawan utk berbuka pun takde. Padan muka haku…tu la sapa suh menyampuk!
Yup! Buat kesekian kali nya, zaza sambut Ramadan berseorangan. Berbuka…bersahur …..sorang2 di rumah.
Jika sebelum2 nih memang rasa sayu, syahdu, nak menangis aje bila berbuka sorang2 tuh. Tahun ni dah tk rasa sayu dah. Orang kata alah bisa tegal biasa. Dah menjadi kebiasaan. Rasa sayu, syahdu….. dah tak melekat di jiwa. Malah rasa seronok pulak berbuka sorang2 nih. Masak apa yang kita suka. Makan apa yang kita suka. ambil masa menikmati makanan kita. Tidak perlu berbicara perkara yang sia-sia.
Adakah Ramadan tahun depan begini jugak. Entah lah. Entah kan sempat entah kan tidak……….
½ gelas susu low fat 2 biji tamar 1 gelas besar air laici tanpa gula ½ biji betik 2 biji sweet potato rebus (kecik aje saiznya) Cucur udang cicah sambal ikan bilis
Sempoi aje menu berbuka kelmarin. Tapi kenyang yg amat. Alhamdulillah. Setakat ni sajian berbuka dan bersahur semua di masak sendiri. Sebab nak makan sorang aje, tak payah masak beria-ia. Lauk satu jenis. Sayur sikit. Dah cukup. Zaza jarang pegi pasar Ramadan. Bila sesekali teringin makan kuih, baru pegi. Jimat ke? Jimat la kot. Tapi duit yg dijimatkan tu habis kalau berbuka di luar. Setakat nih baru sekali berbuka di luar. Makan di Kenny Rogers KL Sentral.
|