|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
My CEO asked my GGM Finance, I saw zaza nowadays always wear western attire to the office and seldom wears baju kurung. Is she getting married soon?
GGM Finance relay the query to zaza.
zaza – huh????? What is the relationship between attire and marriage?
Lewat petang ahad yg lalu, berborak dgn mak di telefon hampir sejam. Lega bila dengar suara dia yg dah semakin sihat. Seminggu raya yg lalu, mak dijangkiti selsema. Terus melarat ke demam. Dia asyik tidur sahaja. Jadi zaza tak kemana2 la. Duduk kt rumah aje. Plan nak bawak mak pegi jalan2 berhari raya terpaksa dibatalkan dengan kesihatan dia yg tidak mengizinkan.
Sejam berborak, bermacam2 topik yg keluar. Dari bab jiran pinjam barang tapi tak penah nak pulang kan, pakatan utk tidak meminjamkan barang lagi, orang di kejiranan kitaorg di jumpai mati dibunuh pada hari raya, baju raya yg tailor salah buat sampai la ke topik Eja dan Arash (pelakon tuh) dah kawin ke masih single. Heh heh heh….. dasat topik borak kitaorg. That’s my mother also known as my friend. My awet muda mak yg selalu org puji. Yg orang kata mcm my kakak instead of my mak. And it never fails to make me jeles at her.
Mana tak awet muda. Selalu tersenyum kt orang. Walaupun dia tak suka orang tu.
Aku plak……awet tua. Walaupun senyuman ku manis (org kata, bukan mendabik dada heh heh heh) tapi sungguh susah utk dipamerkan. Kadang2 aku rasa muka aku biasa aje. Tapi nanti kang kawan tegur. Eh! Napa masam je zaza. Laaa….aku rasa biasa aje. Then, kalau aku mmg tk suka seseorang tu, naturally it will show through my face. Kalau aku tension keja, pun akan terpancar kt muka the ketensionan aku tuh.
Kena selalu ingatkan diri…..senyum…senyum…senyum Bila aku susah nak senyum, selalu nyanyi kt dlm hati lagu senyum tuh. Macam ni…..
Senyum umpama titian dalam kehidupan Senyum lah dari hati Dunia mu berseri Llalaalllaaalllaaaa
Did I make you smile?
ini entry bulan pose. danchan buat perangai betul sepanjang bulan pose ari tuh.
Ahad 15 Ramadan 1427H
Carrefour
5 minit sebelum itu. Org di lorong sebelah menegur seorang lelaki Cina yg beratur di hadapan di lorong sama dgn aku. En.! Awak beratur di lorong express. Dah salah lorong ni. Sambil merujuk troli lelaki itu yg penuh. Lelaki Cina itu baru tersedar kesilapannya. Dan dia terus beredar ke lorong yg betul. Dengan berat hati tetapi tetap melakukannya. Walaupun dia telah beratur lama dan kini terpaksa beratur kembali. Hujung minggu di Carrefour dalam bulan puasa ni, beratur membayar barang lebih lama dari membeli barang.
5 minit selepas itu
Aku : (menegur cik kak di depan yg trolinya padat dgn barang). Cik! Ini lorong express (10 brg shj).
Cik kak tu : laaa….(tidak berganjak) Tak apa la. Saya dah beratur lama dah ni. Takkan nak beratur balik.
Aku : (dalam hati ; macam dia seorang aje yg beratur lama.) jangannn……nanti cashier tak kasi lepas punya. Dia mesti suruh pegi beratur lorong yg betul
Cik kak tu : membebel-bebel…..allaaaaa orang dah beratur lama dah nihh
Aku : diam. Malas nak bertikam lidah dgn orang seperti ini. Lantak ngko la. Yg kena halau kang bukan aku.
Cik kak tu : dah serba salah. Siap pegi tanya cashier tuh. Adik, ahkak dah beratur lama dah nih…sambil menunjuk troli dia yg penuh tu.
Cashier : tak boleh kak. Saya tak boleh terima. Ini kaunter express. Akhak kena pegi beratur lorong yg betul
Cik kak tu : ala dik, ahkak dah beratur lama dah nih (ye la ye la dia sorang aje beratur lama. padahal beratus lagi orang keliling yg dah beratur lagi lama dari dia). Hendak tak hendak, dia pun nak tolak la troli dia ke lorong lain.
Mamat batu api : tetiba mamat yg beratur di lorong ekspres sebelah boleh jadi batu api plak. Takpe kak. Ahkak beratur je. Dia mesti amik punya
Aku : (dalam hati) eh eh mamat nih…. Bulan2 posa jadi batu api plak. Nak aje aku tegur jangan jadi batu api. Tapi sbb bini ada kt sebelah, malas nak cakap apa. Sama aje laki bini. Lantak korang la
Cik kak tu : tak jadi tolak troli. Sampai giliran dia di kaunter, cashier tak nak terima barang dia. Cashier bertegas suruh dia pegi ke lorong yg betul. Ahkak tu dgn muka yg marah terus tinggal kan troli dia kt situ. Merajuk la konon. Tak tahu la dia terus tinggalkan troli tu dan balik atau pun pegi beratur kat belakang balik.
Sapa yang rugi? Dia jugak yg rugi. Sebab dah penat2 pilih barang, dah tak jadi beli.
Aku : suker ler sebab giliran aku nak bayar dah sampai……
|