home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Thursday, February 23, 2006

hari ni dapat baju baru

hari ini, sewal pagi waktu bekerja, saya dapat hadiah baju.
kawan ofis yg bagi pada saya. tima kasih ya baby. tima kasih daun keladi. lengkali kalu ada baju xtra, bagi la lagi.
berkobar2 esok pagi nak pakai baju tu pegi kerja.
tapi bila dah menjelang waktu maghrib, dan saya masih di ofis menghabiskan kerja, hilang semangat berkobar2 tu.
penatnya aku!!!!!
lagi penat bila memikirkan beban kerja esok yg menunggu...

takpe!!! think positip..think positip....think positip....
esok pakai baju baru......semangat mesti mau ada....

152072 | posted by zaza at 3:45 | 0 comments

Thursday, February 16, 2006

rezeki

kebetulan betul ya...kata2 org kengkadang tu betul.
mata kanan petanda mendapat benda baik.
ku sangka kan tiada apa2 kerana sudah lama mata kanan bergerak2.
malam tadi tidak disangka2 saya dapat berita gembira.
hutang kad kredit sudah langsai dibayar. tapi bukan saya yang bayar. bukan juga sugar daddy yg bayar.
wang dikreditkan oleh universiti luar negara dimana adik saya sedang menuntut sekarang.
wang itu adalah deposit untuk asrama adik yg saya bayar melalui kad kredit tahun lepas. sepatutnya wang itu dipulangkan oleh kementerian kepada adik saya.
jadi saya memang tertunggu2 adik saya mendapat balik duit itu jadi dia boleh pulangkan pada saya dan saya akan menjadi kaya 200 pound kembali. wang tunai yg ditunggu, hutang yg dilangsai.
tapi yg tak seronoknya, hutang kad kredit tidakla sebanya mana.
akibatnya sekarang kad kredit saya menunjukkan akaun saya terlebih bayar.
nampaknya terpaksa la saya zazzzz kan kad itu bagi memastikan jumlah yg lebih itu tiada. mana ada bank yg suka akaun kad kredit pelanggan mereka terlebih bayar.

dan lagi satu berita baik yang ku terima....ada kawan yg dengan murah hati ingin membelanja saya makan. makan dim sum. Jangan jeles ya SN heh heh heh heh...
hari ahad ni kami berempat akan bersenang hati makan buffet dim sum percuma sepuas hati....nyum...nyum...nyum...

ya....dalam suka ada terselit juga dukanya....
semalam demam & selesema. hari ni pun demam tapi dah lega sikit.....cuma selesema masih ada.
dah lama tak sakit...badan kekurangan vitamin C la nih.
tiada istilah cuti kerja sebab kerja sedang banyak.
tkpe...ujian nih sikit aje.....berbanding orang lain!!

151891 | posted by zaza at 3:00 | 1 comments

Tuesday, February 14, 2006

semasa berada di dalam lif untuk turun makan tengahari tadi, seorang rakan memberitahu bahawa rakan yg seorang tidak turun makan kerana menyimpan duit untuk hari perkahwinan pada bulan 8 ini. Dia mengikat perut walaupun lapar semata2 untuk menyimpan duit.

Balik dari membungkus makanan, kawan menegur zaza, beg plastik makanan yang dibawa tidak menggambarkan kekeringan wang yg sedang dilalui. itu la zaza. pasal makan untuk diri sendiri, tak kedekut langsung. duit habis untuk makan tak mengapa.

sebab itu zaza dan yg seorang itu berbeza. dia kecil orangnya dan kurus. zaza plak besar orangnya dan gemuk. dia rela mengikat perut kelaparan dan zaza pulak tidak pernah rela mengikat perut. hasilnya, dia cute orangnya dan zaza pulak comel dengan tersendirinya heh heh heh heh

151725 | posted by zaza at 1:15 | 2 comments

Wednesday, February 8, 2006

citer hujung tahun lepas - bila hati tengah retak

Mak amat dh smpai seru utk mnunaikn haji. Sy dn comei djemput ke rmh amat utk knduri doa slamat. Smasa brsalam utk pulang, sy pohon pd mak amat utk doakn agar sy brtemu jodoh sy segera.
Hari ini sy ingatkan amat mskkn doa sy dlm list doa yg mak dia akn bawa ke sana. amat ckp dgn sy, ekau jgn terasa pulak, mak aku pesan ngan aku suh ekao dn comei diet.
Lidah sy trkelu bberapa saat. Sy mnjawap" dh agak mak kao akn ckp gitu". Apa yg sbenarnya ingin lidah ini mnjawab ialah "kalu lelaki tu sukakn sy sbb sy kurus, blh belah la". Mak amat pn pandang luaran ya. Sama saja mcm lelaki d luar sana.
Tetapi krana mnghormati mak amat sy terima saja nasihat dia.
Sy dgn comei mmg trkilan jugak dgn nasihat tu. comei ckp org yg tk berada dlm kasut kami, org tu tkkan faham masalah kami
Sy ckp ngan comei, sy mmg tk leh terima nasihat yg ssenang hati suh sy diet jika dia sndiri tk penah gemuk.
Sy selalu brkata2 dgn diri sndiri. Aku ingin kurus sbb kmahuan diri sndiri. Tidak brbaloi jika aku ingin kurus hanya utk mmbuat lelaki buka mata dan trtarik pd aku. Lelaki sperti itu tidak layak djadikn suami.. Mmandang paras rupa lebih dr sekeping hati yg trsembunyi.
sy selalu mngukur baju di badan sndiri. Ah aku sndiri punya byk klemahan.
Tkpe la amat, pesan doa ku itu tak perlu kau sampaikan. Ibu mu juga tk perlu smpaikn doa ku. Kasihan ibu mu, trlalu byk doa dn harapan org lain yg dia perlu bawa. Ada rezeki, akn ku bawa ibu ku dan doa ku sndiri ke sana.

151631 | posted by zaza at 19:48 | 1 comments

dah jumpa balik

malam tadi saya gelak sorang2. paspot yang disorok telah dijumpai kembali. dijumpai di tempat yg memang digunakan untuk menyorok barang tetapi tempat itu la yang paling akhir sekali saya selongkar untuk mencari paspot.

semalam merupakan kali kedua saya selongkar dua almari saya semata-mata untuk mencari paspot yg disorok. kali pertama hari sabtu sebelum tahun baru cina. kegawatan mencari paspot membuakan saya lewat pulang ke kampung dan terpaksa menjadi salah seorang pemandu yang tersangkut dalam kesesakan yg teruk di lebuh raya utara selatan.

semalam kali kedua saya geledah almari tapi lebih bersabar kerana tiada apa nak dikejar. dan ironinya semasa menggeledah almari, saya asyik teringat kata hati masa mula2 menyorok paspot, nanti mesti akan lupa kata mana sorok paspot nih. dah awal2 kata lupa, lupa lah dia.

akhirnya teringat balik kt mana sorok paspot. dan yang pasti bukan dalam almari yang dh dua kali selongkar tuh.

151622 | posted by zaza at 17:54 | 2 comments