|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
pergi ke alpha angle, konon2 nak bershopping la sikit. tapi mood untuk shopping telah hilang bersama angin lalu bila melihat jumlah bonus dan increment yg diterima.
langkah yg ingin di atur ke jaya jusco bertukar ke MPH. lebih baik beli majalah dan buku. habis RM85. puas hati.. tertarik dgn sebuah buku. "asam pedas gula melaka" karya norbi husin. buku menceritakan pengalaman pn. hajah norbi sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang guru hinggalah menjadi pengetua.
tertarik dengan buku ni sebab ramai rakan sekolah yang memilih menjadi guru. adik pun jadi cikgu jugak. setiap kali berjumpa dengan mereka, jarang betul mendengar cerita yg bagus. ada sahaja keluhan berkenaan anak murid, sistem pendidikan dan jugak perihal pengetua.
hari ini dalam sejarah sebenarnya. buku setebal 590 muka habis dibaca tidak sampai 36 jam. begitu khusyuk. hajah norbi antara pengetua yg terbaik. tapi yg terbaik hanya segelintir. dari keluhan rakan2, rasanya 3/4 pengetua mungkin tidak begitu.
bagus jugak beli pelbagai majalah. dari alpha angle, langkah dihayun ke kedai servis kereta. pertama kali terpaksa menunggu lebih dari 3 jam untuk kereta siap diservis. mujur ada banyak majalah. tidak la terasa bosan menunggu.
"eh, j kata gaji dah masuk la hari nih" - kawan
eh ye ke? baik aku check dulu. check kt maybank2u. eh! ye la gaji, bonus, increment dah masuk. tkde float der. dh terus boleh withdraw. - saya
eh!! kenapa jumlah nya sikit. patutnya banyak lagi.... - saya
terus hati yg berbunga kecil kembali kuncup sebelum ia betul2 berbunga.....
tangan lantas mencapai gagang tepon. ku interkom org yg berkenaan untuk bertanya lanjut. sayang orang yg dicari tiada. ku bertanya lagi, namun rata2 semuanya agak kecewa dengan apa yg diterima masing2.
bos tanya : puas hati? saya : tak boleh nak cakap selagi belum tgk surat detail kan jumlah yg diterima.
bos tanya lagi : kenapa? sikit? saya : ha'ah. sikit dari yg dijangka.
bos saya ambil kalkulator, mengira2. saya : menolong mengira
bos bagi penjelasan sikit mengapa jumlah kurang dari dijangka.
saya : tidak boleh menerima kesemuanya. tidak dapat sembunyikan air muka yg tidak puas hati. air mata pun hampir menitis. sebukla air mata ni. yg nak kuar tu apa pasal.
saya harus belajar bersyukur sebanyak ini sahaja rezeki saya untuk kali ini.
excerpt of email that i received from my HR
"We are committed to paying the Bonus and Increment in the Month of April. However an unintended consequence is that we will need to delay April payroll to 25 April."
happy...of course i should be happy right? mood was better but a little bit concern... salary is delayed 5 days. that means budget lari ma.... got to tighten the wallet for another extra 5 days.... hmmmm.........i believed i performed well last year. but does the management see it. how much will i be rewarded.... 25th april....i'm counting the Day..
dia : You seemed/looked so tense. Wassup?
saya : Biasa lah kerja banyak…. Deadline pun banyak….
dia : yelah...orang lain pun ada deadline, ada keje...tapi jgn le smpi sy pun kena jeling....ngeh!ngeh!ngeh!
saya : .................................
"blame it to the day. monday mood. boring mood. bad mood. wish could pour it all..... but unable to..."
ari ni kali kedua zaza tersalah sebut nama bos zaza. nak sebut nama dia, tersebut nama bos lama. kali pertama ia berlaku adalah beberapa hari yg lalu. aiseh!!! ntah nape tersebut nama bos lama. rasanya bos zaza perasan zaza salah sebut tapi dia tak cakap apa2. bukannya teringat bos lama pun. tapi ntah kenapa lidah ni gatal nak sebut. agaknya minda di bawah sedar punya pasal kot.
i wished i could have the same camaraderie that i had with my previous boss.
"eh! saya belum kenalkan lagi ya pekerja baru pada zaza. terlupa pulak. itula org kata, orang yang jauh diingat2kan. orang yg dekat lupa pulak. saya ingatkan zaza akan ambil inisiatif untuk kenal2 dengan orang baru."
hampeh tul bos wa. dlm gelak2 dia kena kan wa. spoil monday morningnya mood jek. zaza ni bukannya ramah gila. kalu org tak kenalkan, tk kuasa nak pegi terhegeh2 kenalkan diri. kerja wa pun banyak. tapi sebenarnya terselit perasaan boring...wa punya gaji tk naik lagi. minah yg baru masuk, gaji byk pada wa.
|