home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Monday, July 31, 2006

ujian darah

hari sabtu yg lalu pegi bplab buat ujian darah setelah tertangguh sekian lama.
bahana kurang exercise sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.
sudahla payah mencari salur darah. darah pula mengalir keluar begitu lambat sekali. lambat tahap maksima.
akibatnya untuk mendapatkan jumlah darah yg diperlukan, 4 kali tusukan jarum di 4 tempat berlainan terpaksa dilakukan.
adoi!!! sakit la kena cucuk. nasib baik macho.

keputusan belum keluar lagi. mungkin esok.

155352 | posted by zaza at 23:26 | 2 comments

Tuesday, July 25, 2006

kehilangan

aku : dengar berita pasal hani mohsin meninggal tiba2 pagi tadi, terus teringat arwah abang kau.dia pun dulu tinggal kan kita tiba2 je.

dia : dia dah lama takde tapi aku selalu macam ada banyak cite nak cite kat dia macam dulu macamdia ada tapi jauh

aku : tetiba plak air mata menitik bila baca msg ngko. Nasib baik tak melarat. Kalau dulu2, menangis sampai tertido. dah lama ya. dah hampir 7 tahun

dia : hidup lawan mati. hilang mesti berganti walau tidak serupa

aku : .....................................

155150 | posted by zaza at 20:58 | 0 comments

Monday, July 24, 2006

kenangan

Diam tak diam, dah 14 tahun rupanya aku menjadi penghuni bandaraya kuala lumpur.
Dan yang lebih tepatnya, dah 14 tahun aku menjadi penghuni di kg. baru. Dari aku belajar sehinggalah sekarang bekerja, kg. baru lah menjadi saksi segala pahit manis aku di sini. Seorang gadis merantau, menjadi seorang yang berdikari, menjaga diri sendiri.

Aku menjadi matang seiring dengan Kuala lumpur yang berubah sedikit demi sedikit.

Banyak kenangan manis di sini terutama kenangan semasa menjadi pelajar di kolej. Tetapi banyak kenangan itu telah tersimpan rapi di suatu tempat di bahagian otak aku ni yang aku sendiri tidak tahu di mana ia berada. Pelupa sebenarnya. Ialah semakin tua, semakin banyak yg dilupa.

Pengalaman menggunakan pengangkutan awam selama 12 tahun menjadikan aku seorang yg agak arif segala jalan2 di kuala lumpur nih. Malah menjadi lebih arif dari mereka yg dilahir dan dibesarkan disini. Justeru itu bila aku sudah mula memandu, tiada masalah untuk aku memandu di bandaraya kl nih.

Selama 12 tahun, bas menjadi rakan pengangkutan yang begitu akrab dengan aku. Dari zaman bmw (bas mini wilayah) dgn tambang 50sen dan kemudian naik ke 70 sen, zaman tiket bas berwarna warni hinggalah zaman intrakota dengan tiket sivik standard yg tak cantik tu, semuanya dah pernah ku lalui.

Teringat pertama kali aku tersalah naik bas mini waktu hendak pulang ke asrama kolej dulu. Waktu itu merupakan pertama kali aku bercuti setelah belajar di kl. Dari kampong, aku turun di puduraya. Waktu tu, pasar rakyat kt sebelah puduraya belum dibina. Apatah lagi lrt star tuh. Bayang pun belum ada. Dibelakang puduraya tu masih lagi merupakan jalan raya bagi bas dan kereta lalu lalang..

Masa tu baru teringat yg aku lupa nak belajar ambil bas yg mana untuk ke kg baru. Tapi aku tahu chow kit tu tak jauh dari kg. baru (mcm la chow kit tu kecik, sebelah menyebelah ngan kg baru). Jadi aku dgn konfiden naik la bas yg ada tulis chow kit. Naik bas no. 25. kg. pandan – puduraya - chowkit

Tapi kenapa bas ni makin lama makin keluar jauh dari kl. Aisehman!!!1 aku tersalah amik bas la. Patutnya di seberang yg satu lagi. Ini aku tunggu bas di sebelah yg keluar kl. Gabra sungguh masa tu. Dah la sorang2. tapi aku berani. Tak main la nangis2 nih. Buat muka macho. Mana boleh tunjuk muka risau.

Makanya aku ikut la bas tu sampai penghujungnya. Sampai kat hujung, bila orang dah takde baru la aku tanya konduktor macam mana nak amik bas ke kl balik. Fuh!! Lega!!! ingatkan dah selamat la. Naik bas balik ke kl.

Sampai di chow kit aku pun turun la. Tahu tak dibhg mana aku turun. Nun di jalan laut sana. Jauh gilers tu dgn kg. baru. Dah la bwk beg besar. Mahu tak mahu aku heret jugak la beg besar tu. Masa tuh dah lewat petang. Aku selamba je redah lorong chow kit la haji taib la……sorang2 heret beg besar. Jalan kaki sampai ke jalan raja alang, tempat hostel aku. Masa lalu kt lorong2 tuh, orang2 di kawasan tu perati jek…tahu2 je la kan lorong2 tu terkenal dengan apa. Tapi aku tawakal je la. Tak berani pun tengok kiri kanan. Pandang depan jek. Jeling sikit2 je. Oooo…macam ni rupanya lorong hj taib.

Adoi la penatnya……

155125 | posted by zaza at 2:47 | 2 comments

Tuesday, July 18, 2006

Sederhana tetapi meriah

Definisi "sederhana" diaorang

Kenduri kawen di klcc
Perarakan pengantin naik kereta kuda di klcc
Kenduri kawen di kuala lipis
Baju kawen ditempah dari 5 pereka ternama yg mnjanjikan baju kawen bak puteri dan cinderella, kain dibeli dari luar negara
Kasut kawen dah tentu bukan dari vincci
Mekap rupa, seorang ternama di malaysia, seorang lagi dr indonesia
Wedding planner seorang kerabat diraja

Rupanya ini definisi sederhana mereka.

Umpama langit dan bumi bezanya jika dibandingkan dgn majlis kawen aku nanti. Eh bila agaknya kenduri aku tu ya!
Oh tak tahu bila. Sebab aku belum ketemu jodoh ku lagi. Bujang kah atau duda kah atau suami org kah

Apa2 pun aku kembali pada agama ku. Jodoh ajal maut semua ketentuanNYA

155022 | posted by zaza at 18:15 | 1 comments

Sunday, July 16, 2006

Gol & gincu

Kalau lelaki yg saya sayang sangat2, yg saya harap akan menjadi teman seumur hidup sy tiba2 mengaku dia m'punyai HIV +, apa yg patut sy lakukan?

Pentingkan diri sendiri. Tinggalkn dia. Sy ingin punyai zuriat sy sndiri. Sy tidak mahu dijangkiti.

Atau pun tetap kekal brsama dia. Sy sayangkn dia. Mana mungkin sy biarkn dia kseorangan.

Mujur sy tidak perlu lalui ini. Mujur sy tidak perlu buat pilihan. Siapa tahu masa depan.

154995 | posted by zaza at 19:28 | 0 comments

a wedding again

I'm getting tired attending friend's wedding celebration nowadays. Alone, surrounded by friends with their partners easily changed my mood from cheerful to depressed. I hate this feeling.

154992 | posted by zaza at 19:16 | 0 comments