home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Tuesday, August 8, 2006

RM50

Hari sabtu yang lalu, zaza pergi pasar malam dgn seorang rakan. seperti biasa kalau ke pasar malam, memang jarang miss beli murtabak. malam tu tidur di hotel temankan kawan lama zaza yg datang dari kelantan.

selepas makan sekeping, bila nak membungkus balik, eh!! ada sekeping not RM50 terselit di celah2 bungkusan. aiseh, adik yg jual tu dah terbungkus RM50 dgn murtabak zaza la.

semalam, terpaksa la pegi ke pasar malam untuk memulangkan duit itu.

respon yang diberi? mak nya terkedu. dia kata patutla kutipan hari tu tak cukup. dia dah marah2 dah anak dia. duit yg zaza hulur, dia buat dek jek. agaknya duk kesal sebab marah2 anak dia. anak dia yg ambil duit tu dari zaza. bila zaza dah beredar, baru terdengar dia cakap terima kasih.

terasa jugak macam keikhlasan kita tak dihargai. tapi ya mungkin dia terperanjat, itu yg takde respon apa2 tu. apa2 pun tanggungjawab zaza dah lepas.

155701 | posted by zaza at 18:20 | 2 comments

Wednesday, August 2, 2006

jemputan kenduri kawen part 2

selalunya apa yang kita tak suka, yang itu la yg kita akan dapat.
kompim!! bulan 8 nih, setiap minggu ada majlis kawen yg harus di hadiri.
tak pegi, orang dah susah payah jemput.
kalu pegi, bukan setakat makan ayam daging rendang...makan hati pun iya jugak...
sabor je la........cobaan cobaan cobaan

155448 | posted by zaza at 21:09 | 0 comments

loceng amaran

pada saat ini loceng amaran kebakaran di opis sedang berbunyi dgn bingitnya, dah dekat 10 minit dah bunyik.
masa mula2 dengar tu, kami dengan pantas mengangkat handbag untuk turun ke bawah. alih2 diaorg kata testing bunyi je. hampeh tul. dah la takde amaran yg diberi kata nak buat testing.
orang tengah syok2 buat kerja tuh (cewwah.....)
adui la..sakit telinga..bingit tul bunyi nya, tak habis lagi tu.

tapi kan, kata la betul2 berlaku kebakaran, dah tak terasa bingitnya kan!

p/s : ujian darah tk kuar lagi...

155445 | posted by zaza at 20:38 | 0 comments