|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
2007 berakhir hari ini. waktu-waktu terakhir selalunya orang gunakan untuk melihat kembali peristiwa2 yang telah berlaku sepanjang tahun. aku pun nak lihat la balik apa yang dah berlaku.
sekejap je masa berlalu. seperti tahun2 yang lalu, tahun ini aku lalui sendirian lagi. masih belum ketemu pasangan hidup. tak tahula pasangan hidup aku ni pegi mana. dia cari aku kat mana ntah. sampai sekarang tak jumpa2 lagi aku. aku plak malas nak cari2. takpe, aku tunggu lagi.
yang gembiranya, impian nak bawak mak naik kapal terbang telah pun tercapai. impian untuk pergi bercuti ke tempat lain selain balik kampung pun tercapai. saat2 bercuti selama 10 hari di Sabah akan aku kenang sampai bila2. apatah lagi bercuti bersama mak dan adik2 tersayang.
yang belum tercapai, impian untuk bawa mak pergi menunaikan umrah. pengumpulan duit masih lagi berjalan. duit tambang dah lepas, tinggal kumpul duit poket je lagi. sekarang nih tengah memikirkan masa yg sesuai sahaja.
adik pompuan aku dah jumpa pasangan hidup nya. dahpun selamat bertunang. insyallah tahun depan berlangsung la akad nikahnya. dapat la cincin langkah bendul sebentuk. aku pakai sehari je buat tunjuk kat kawan opis. lepas tu simpan. tangan aku ni tak betah pakai cincin lama2. mungkin sebab bukan cincin tunang/kawin sendiri kut.
dulu masa adik lelaki no. 2 kawen, aku emosional betul. ye la. adik lelaki dah kawen. kakaknya tak kawen2. muka aku masa majlis kawen tun memang muka taik la. masam lebih pada cuka. orang pun tak berani tegur. menyesal plak bila fikir2kan tapi apa nak buat benda dah lepas.
kali ni aku dah ok. walaupun jauh di sudut hati rasa sedih sebab dh takde geng tapi aku dah boleh kontrol. dah alah bisa tegal biasa.
hmmmm apa lagi yang best ya? oh ya! impian aku nak beli rumah belum tercapai. hajat hati tu besar sangat. nak beli rumah yg agak mahal di kawasan yg agak bagus tapi tak sedar budget tak setinggi mana. jadinya tak cukup2 lagi duit aku nih. tengok pula la tahun depan macam mana.
walaupun agak banyak peristiwa gembira, aku pun banyak menangis jugak tahun nih. banyak betul aku kehilangan tahun nih. hilang makcik-makcik dan pakcik. orang kata tak elok terlalu kenangkan benda2 sedih nih. jadi tak payah la cerita banyak2.
kalau baca balik post yg aku buat tiap2 kali bulan ramadan, menyedihkan ada, stereotaip pun ada, kelakar pun ada. asik benda yang sama. balik2 citer pasal bukak posa sorang2. agaknya bila la aku boleh tukar citer kepada "tahun nih aku tidak keseorangan lagi" heh heh heh heh mesti saper2 yg kenal aku mesti baca entri tu 3-4 kali untuk memastikan kesahihan nya. mungkin kah impian akan menjadi realiti......kita tungguuuuuuuuuuuuuuu
sekian sahaja secara ringkas kehidupan di 2007.
selamat datang 2008.
moga apa yang aku cita2kan selama ini akan tercapai pada 2008.
keluarga, kerjaya, peribadi bla bla bla
|