|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
a few office mates were rewarded by company for "so called" good performance. as a friend, i do not have anything against them. as a colleague, as quite a keen observer, i wonder what are the yardstick used by the company to reward them. i work side by side with few of them thus i know how they really performed. i am really dissapointed.........
loner = recluse, hermit = orang yang suka bersendirian
aku masuk kategori "loner" ni ke? selepas seminggu berhempas pulas di tempat kerja, aku lebih suka menghabiskan waktu hujung minggu berseorangan di rumah. berehat, menonton tv, membaca segala bacaan yang tertunggak tak kisahla novel, majalah dan juga suratkhabar lama yang memang aku simpan jika tiada masa untuk membaca.
jarang sekali keluar berjumpa kengkawan. bukan apa. malas nak berkomunikasi dengan orang. lebih suka diam seribu bahasa. jika di khalayak pun aku lebih gemar membiarkan orang lain yang berbicara. kecuali jika bertemu teman-teman lama yang sekepala barula rancak berbual.
am i a loner? ya kut! tapi belum tahap kritikal lagi. okey la tu
macam mana orang ada kesabaran untuk kemas kini blog mereka ya? orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu helah... aku la tu kot...
banyak yang hendak diperkatakan tapi pelbagai alasan menghalang untuk aku menulis. tak apalah. bila dah tak tahu di mana nak diluahkan perasaan, baru la aku akan menulis.
yang pasti, aku lebih suka berkata-kata dengan diri sendiri
|