Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Thursday, March 10, 2005

bukan merajuk....

aku tak merajuk bukan jugak nak angkat kaki tapi....kadang² tu kesabaran kita manusia ni pon ada batasan nyer...

Kalau tak jumpa aku kat sini, cari plak aku kat Port baru aku ni.

Tapi barang lama tak mungkin kan aku buang. Still remain....


138636 | posted by zz at 3:14pm | 2 comments

Tuesday, March 8, 2005

teratai sepi..


Jika sedarinya dari dahulu lagi, ini tak mungkin terjadi. Tak mungkin ada rasa yang wujud dihati tika ini. Tak harus ada rindu yang berputik dengan sendiri tanpa disirami...tak mungkin ada hati yang bergolak sepi. Tak mahu ada jiwa yang sayu sendiri. Memang tiada jawapan diantaranya, ini yang dirasa. Wujud aku dikalanganmu, siapa tak terduga. Aku disambut mesra, pergi melangkah bersama rindu yang seakan membunuh hati, yang bukan aku pinta. Lantas aku jadi rindu begini, rindu semuanya. Rindu semalamnya. RIndu pada kenangan lalu. Rindu saat kita bersama yang tak pasti kan berulang kembali..

Bagaimana harus kutahan hati
Sekejap bersamamu
Cukup untuk melerai segala
Rasa yang terpendam
Rasa yang tak pernah padam
Rasa yang tak pernah kunjung datang
Yang hanya kau dan aku pendam

Dalam terpaksa langkah kuteruskan
Makin kian hampir langkah ini
Diteping perpisahan yang tak dingini
Kucupan mesra tanda abadi
Hinggap didahi dan tak berpaling lagi
Untuk teman, kau tetap disayangi

Bukan kerana benci
Aku melangkah pergi
Hati sememangnya tak kuat lagi
Teruskan langkah sepi
Seakan bermandikan airmata sendiri
Mengiringi tiap tapak kaki
Tak sanggup berpaling melihatmu lagi

Ku sedar adanya rasa dihati
Rasa yang seakan dibawa pergi
Rasa yang ada cebisannya disini
Tinggal bersama rindu semalam
Memori segala kenangan

Hilang semua kata, hati seakan bisu
Rasa yang membaca segala
Hanya kau dan aku yang tahu
Antara kita mula ada 'rindu'


138484 | posted by zz at 2:15pm | 5 comments

Thursday, March 3, 2005

hati yang merajuk.....

huhhh.................penat aku ngan blogs nie.. asyik meragam jer.. cam aku gak.

Dah berhari² aku tak membloggingkan diri, sampaikan rasa gian plak nak menulis, so hari ni aku kuatkan semangat upkan semula blogs ni. Hopefully ok. Hati aku yang rindu mudahan terubat. Yang membengkak kembali surut. Masuk kali ni dah dua kali blogs aku hancur, memula ngan Skali.com semua pic aku lesap bila Skali down. Pastu slowly aku upkan balik. Alih² fotopages plak buat hal, kononnya policy takleh link ke blogs lain. Kononnyerlah. Macam² hal lah. Banyak tu aku nak kena upload balik. Bebetul cam siot. Sudahnyer, hati aku tawar nak blogs. Untuk pertama kalinya dalam dunia blogging, sku shutdown jer blogs aku. Tapi sedeh betul. Penat aku menulis, gone camtu jer.....

Dan ada juga didorong oleh sebab² lain nape aku shutdown kejap blogs aku. Tapi sebab² tu biar aku simpan sendirilah ..
Dunia internet biasalahkan. Sabar zz....sabar. Sabar nyer pasal lah aku upkan semula blogs. Kalau tak sabar nyer hal, lama dah aku tinggalkan blogging ni. Tapi minat aku tetap ada. Tak buat gianlah pulak...gian nak menulis, kian nak lepaskan aper yang terbuku dihati. Apa jer lahhh..

Dari pagi aku ngandap cecacing(coding templete) yang buat mata aku jadi blur. Dah upload tetiba office plak blackout. Dah bergelap aku, upload setengah jalan ...huhhhh. Puas lah aku nak mula balik dari awal. Pagi ni awal giler aku sampai office, 5minlagi kul 7am aku dah terpacak kat office, walhal office hour kul 8.30 tuh. Tapi ape kan daya, pagi aku aku blur takleh nak buat apa². So petang ni percubaan aku berjaya.

sekarang ni aku sorang je kat office, dah macam subuh tadi. Sampai office aku sorang² jer. Takde orang pon kat office. Nak balik lah...esok leh blogging lagi.


138164 | posted by zz at 7:18pm | 4 comments

Thursday, February 24, 2005

Apakah yang anda rasa..?

1: Apakah yang korang rasa jika boss korang mula menunjukkan yang dia dah tak suka kat korang?

2: Tahan ke berhadapan dengan orang besar yang tak senang dengan kehadiran kita?

3: Masihkan boleh bertahan jika boss asyik maki hamun jer..?


137657 | posted by zz at 2:15pm | 3 comments

Tuesday, February 22, 2005

Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

Ni yang aku kata semalam, maybe tak semestinya betul....


137524 | posted by zz at 12:43pm | 0 comments

Monday, February 21, 2005

maybe tak semestinya betul....

Ape lagi aku nak cakap. Kalau org dah tak reti nak jujur dalam persabahatan ini payah, memang payah. Nak aku rejam, kesian plak. Aku sula, terasa zalim sangat aku nih. Tapi memang aku rasa kecewa sangat², bila kawan yang aku percaya tak jujur dengan persahabatan yang terbina selama 7tahun. Arrggghhh tension betul aku. Takpelahh dalam dunia ni berputar tak lama kejap nanti ko rasa gak... nanti ko mendapat gaks..
sedehnyerrr....

jap lagi lah sambung....takde mood

Aku jam 2.34PM
Aku baru pas makan, makan tah apa² tah tadi. Rasa cam taknak masuk dalam perut aku ni. Dalam kereta balik dari office, rasa cam nak terkeluar je semua yang aku telan tadi.Arrrhhh tension². Angin satu badan walaupun cuaca kat KL ni panas terik. Tapi aku dengan tak semena² berangin.

Ada ke patut..................
Dahlah aku kenal dia 7tahun, kurang setahun usia aku kerja kat sini. Kalau susah aku ler orangnyer...kalau ada masalah, aku gak ler orang dia ngadu. Alih² hari ini dia bagi aku bonus. Bonus yang dia kena kawen lagi 20hari dari sekarang. Pelik betul aku, walhal chat tetiap hari, cal pun salu, sms pun camtu yea. Haram dia taknak citer kat aku pasal ni. Susah sangat ker ko nak citer kat aku haaa...? Bukan aku tak tahu ko dah tunang.

Bukan soal aku jeles pasal dia nak kawen, tapi pasal all this while kononnya semua citer nak share...Kononlah. Aku pelik,pelik sangat ², dia jenis tak reti nak kasi tahu aku. Bila dah 'tersedak' camni baru nak inform. Ada kaaaaaaaa. Hissss... Untuk ko sahabat, tak baik ko. Masa tersungkur, tersepit aku lah orang yang kau cal. Citer ko semua dalam kocek aku ni haaa. Alih² ko buat aku cam gini.
Sedeh betul aku...walhal aku yang salu ko carik.

Apalah nasib....
semua yang indah yang aku perolehi..semuanya tak kekal....


137435 | posted by zz at 11:07am | 5 comments

Thursday, February 17, 2005

Sape yang menyamar jadi aku nih...?

Baru je aku nak duduk kat kerusi aku, tetiba plak telefon tempat aku berbunyi. Dan aku dengan takde moodnya angkat call tu merugut sendiri dalam hati. Sape lah call ptg² bute ni.
Tott..toottt.² <-- taklah seburuk ni bunyi tepon kat tempat aku..tapi akunak bunyi kan jugak.hehe

IdiotCaller: Hello, zz. Sorry the line was cut off. Ok, where r we just now..?
[aku jadi blur tetiba, tah bila tah aku cakap kat phone tadi. Tetiba plak ada org cal kata line cut off. Aku mimpi ke atau dia yang mengigau]

Aku: Excuse me..? what do u mean..? I didnt talk to anyone. I just came back to my place.

IdiotCaller: Just now I called you abt bla...bla...bla.....
[Suara perempuan cina pelat yang mula menerangkan tah apa² yang tak aku tahu pucuk pangkalnya. Arhhh mabuk limau mandarin koooo cino nih]

Aku: But I didnt talk to anyone just now miss. Sorry. R u sure u talk to me..?

IdiotCaller: Yea, Im talking to zz just now.
[Degil plak tu perempuan ni]

Aku: Yea I am zz, but I didnt talk to anyone just now. I was not at my place.
[Pelik plak aku, beriya² dia kata dia cakap ngan aku tadi walhal aku takde kat tempat tadi. Ape Kes?]

IdiotCaller: Hmmm ooo ok, but I talked to zz and I need to get bla bla bla.....
[Malas aku nak pk, aku layan jer lah perempuan tu. Minta some info abt manager aku yang gi outstation. Tapi pas jer dia dapat info yang dia nak tetiba dia tanya aku]

IdiotCaller: But am suprised your voice is so difference if compare with the voice b4 the line cut off.
[Aper lagi aku nak cakap.....diam lagi bagus, tak paham rupanya minah menoon nih]

Aku: I told you, I didnt talk to anyone just now but since you still looking for me I just attend you call. Thats it..! Seriously, I dunno which 'fella' talked to you then using my name. But nevermind, forget abt it.

IdiotCaller: The person whos picked up the call told me she is 'zz'. Suddenly my conversation with her cut off becouse Im using my mobile and the coverage not that good. And your sound totaly difference.
[Dalam hati aku. Aper lah cino ni, buat aku tak senang hati plak. Aku dah kata aku tak cakap ngan sesape. Tak paham agaknyer. Bengonglah tu...Kena duke kot.]

Aku: Nevermind. Not a big deal. Sorry Ive to go. Im middle of something else. Bye

IdiotCaller:...but am not ..hmm oook. Bye

Apa Kes ni..?Sape plak yang menyamar jadi aku nih.....arrhh memacam hallah dalam office ni. Nak sangat jadi aku ke heheh..Biol!!!!!!!! Meh datang then dok tempat aku ni ha. Pastu buat kerja aku yan berlambak ni. Jadi sangatlah aku.
Gilooooooooooooooooooooooooooo..agak² sape ek...rasanya aku tahu kot....maybe tapi aku tak tuduh. Tuduh tu lebih teruk dari membunuh.

Tapi membunuh hati aku lagi teruk dari segala....


137209 | posted by zz at 6:32pm | 4 comments

Wednesday, February 16, 2005

what say u....

Man give luv for sex
Women give sex for luv


137070 | posted by zz at 7:49am | 7 comments

Tuesday, February 15, 2005

Tuhan...jadikan aku insan yang tabah...

Hari² dalam memenuhi helaian kehidupan, aku insan biasa yang tak boleh lari dari realiti yang bermacam rupa. Tuduhan, tomahan, pujian dan pelbagai lagi. Membuat aku seakan ranum sendiri. Walau aku sendiri tak pasti apa puncanya manusia di maya ni bersifat demikian. Menunding jari seakan dia insan yang cukup sempurna kurniaan Illahi. Entahlah. Sejak kebelakangan ini, otak aku seakan naik berkarat sendiri. Sekarat rambut aku agaknya. Hilang semua idea. Arrhh.. walau dah berkepuk tulisan dalam buku nota harian aku. Tapi haruskah aku kongsikan disini. Apa lagi yang aku mampu lakukan.Hanya sabar menahan segalanya. Ada diri yang kurang senang, ada hati yang tak tenang. Hakikat²...

Apa lagi mahumu...
Mana hilang bahagia?
Mana pergi segala?
Dia...hanya dia yang merasa..

Cebisan dari nota semalam
Bicara tentang hati
Aku rasa seakan hampir mati
Bicara tentang rindu
Hati seakan ditusuk sembilu
Haruskah aku menangis
Untuk hati yang sepi
Perlukah senyuman
Untuk diri yang luka

Pada siapa lagi
Untuk apa lagi
Pergilah....
Jika itu yang kau rasakan pasti
Teruskanlah....
Jangan berpaling lagi

Ini mungkin noktahnya
Segala sengketa
Bicara penuh curiga
Terlerai segala
Pasti kau kini lega
Setelah ada hati yang mula sengsara

Jangan datang jika kau bakal hilang....


136955 | posted by zz at 9:33am | 3 comments

Monday, February 14, 2005

Happy Valentines zz...!



Hari kekasih..
kekasih..kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...
kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...kekasih...


136866 | posted by zz at 7:36am | 2 comments

Wednesday, February 9, 2005

blogs goblok!!!!!!!!!!


136687 | posted by zz at 3:56pm | 2 comments

Wednesday, February 2, 2005

kau semalamku....

Apa lagi yang indah selain disayangi dikasihi.
Apa lagi yang perlu dalam diri jika tidak kasih sayang dan perhatian.
Hanya itu yang aku mahu dan yang aku tahu tika ini..tak ada lainnya.

Ya..Tuhan, bagaimana harus aku teruskan pejalanan ini tanpa ketabahan darimu untuk hatiku. Aku rindu dia....aku rindu semalam bersamanya...arrhhh.

|||B dear.....this for you|||

Take Me As I Am
Could you be the one for me this time
Or could you just be the many million faces I've seen
Could we makeover this love affair
To an epic romance
Or should we just leave it all to chance

Is it true they say that love is blind
But aren't it the eyes to first to tell your heart how it's feeling
So c'mon, let's stop this game
Of who and what to blame
Let's take this ride
Maybe who knows

I wanna be the last you'll loved
All that you need
I've never be the one to change the way
The way that you are
I'll never be the one to fit
Your whims and your fantasies
Baby just take me as I am

Why wouldn't love just give us a sign
Points us to the way that that leads to joy no regret
Some fall in love in life but be the last one to know
The love we have isn't love at all

aku hilang bicara....


136291 | posted by zz at 8:07am | 3 comments

Wednesday, January 19, 2005

Tulahhh lain x kalau nak buat pk 10000x huhhh.....

Insident 10 January 2005.

Berlaku kat office ni, entah apa punca. Angin tadak ribut pon tadak. Alih² secretary boss aku tetiba keluar dari bilik boss hempas file yang dia pegang lalu meraung² cam orang mati laki. Semua orang kat floor ni pandang aku. Yealah salu yang rajin buat bising kat sini aku jer..Tapi bukan aku yang meraung tu..! Masa tu aku tengah leka buat kerja kena plak baru balik dari Kuala Muda. Sendiri mau ingatlah bz aku camner. Sampai tak sempat nak buat aper walaupun aku sempat update blog heheh

Memandangkan aku orang yang paling dekat dengan bilik boss dan juga secretary baru dia so aku pon selambakan diri tanya dia what happen. Yealahh bukan aku sorang semua orang kat sini terkezut beruks heheh...Dia cakap ngan aku dia nak benti sambil nangis² dengan penuh perasaan gitu. Then aku cuma boleh suruh dia bertenang lebih² aku tak reti. Pas jumpa dia aku terus masuk dalam bilik boss, terus aku tanya dia apa yang dah jadi.

Then boss aku jawap:

"She changed my scheduled without asking me...! I got board meeting at the same time. That meeting is compulsary for all the VPs. Then now she changed the schedule and arranged another meeting with outsides..!"

Suara boss aku macam biasa jer, tak marah². Tu yang aku pelik apsal secretary dia leh kuar then nangis². Hmmm dah aku dengar camtu aku terus ambik diary dia then aku cakap biar aku yang uruskan. Then dia ok balik senyum kat aku...

jap jappp....nak toilet ...sambung sat lagik

9.16am
Cam siot aaaaa Akira....heheheh tadi pas gi toilet aku gi cafe. Lapor tapi nasi goreng yang aku makan tu memang tak sedap langsung. Boduslah org cafe tu.Bute napsu makan agaknya.

Ok nak sambung citer ni....
Lepas aku ambik diary boss aku tu terus aku kuar, dalam masa yang sama secretary tu dah siap packing nak blah. Dengan muka masam dia angkat barang² dia terus blah tinggalkan office. Bengang nyer pasal sampai blazer, ada barang² lain ngan kunci kereta dia pon dia tertinggal...

Aku masuk balik dalam bilik boss aku, aku cakap kat dia yang secretary dia dah pergi. Boss aku reply " let it be" hmmmmmmmmmm
tak terkata aper aku bila dia kata camtu. Kesimpulannya aku ler yang kena jaga schedule dia balik jadi secretary dia hmm.....

Cuba korang teka,
aper jadi keesokkan harinya......jeng jeng jenggg............

134936 | posted by zz at 7:37am | 4 comments

Friday, January 14, 2005

aku yang bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

B
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z


134608 | posted by zz at 5:50pm | 7 comments

Thursday, January 13, 2005

Kontrak aku di KKM tamat hari ini..

Cont..08/01/05

Kontrak aku disini sampai hari ini saja, dijangkakan aku akan berangkat pulang ke KL hari ni. Cuma tak tahu pukul berapa next batch nyer team tiba di KKM.Pagi lepas sarapan, ronda bilik² gerakan aku terus update dalam portal. Hari ni nampak agak kelam-kabut sikit we all kat sini sebabnya CEO syarikat nak datang. Cuma kami diminta supaya tidak memberitahu sesiapa akan kehadiran beliau. Low profile gitu.

10am Perkarangan Sek. Keb. KKM
CEO syarikat kami tiba dengan driver dia, tapi kali ni bukan naik Mercedes-Benz. Dia naik kereta syarikat yang paling buruk sekali. Punyalah taknak orang tahu sampai sanggup dia naik kereta buruk tu. Heheheh

Beliau dijadual bermesyuarat dengan pegawai² daerah di KKM. Is more to Bumiputra nyer issue.Pastu dijadualkan melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa. LUNCH TIME. Memang salah satu dari agenda beliau kesini untuk lunch bersama² sukarelawan syarikat. Heheheh yang best nyer beliau terpaksa join we all makan nasik bungkus tapi best lauk dia. Yealah kan masakan pure orang kampung mana sama dengan masakan kat KL nunnn..semuanya dah tak asli. Yang paling best tengok CEO kita org terpaksa makan dalam Lab. kat sekolah heheh...okay lah kan kena lah berkorban sket. Tu kira okay lah tu dari kena makan kat tepi longkang..
Pas makan dia gi melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa.Pastu menyampai sumbangan dari syarikat dan juga sumbangan peribadi beliau kepa mangsa.

Rutin we all reporter² yang ada cam biasa. Lab memang we all punya. Takleh nak cakap apa lahh. Aku dijadualkan balik petang ni tapi dah kul 5ptg batang hidung sorang batch aku pon tak nampak. Huhhhh giler punya kerja. Aku tak kisah nak extend lagi tapi kalau leh tu biarlah balik kan. Aku dah rindu kat tilam bantal aku kat umah. Dan aku tambah rindulah pada orang² yang berkenaan...paham² jerlahhhhh

Jam 5.30pm
Batch ke3 sampai, semuanya staff² dari anak syarikat. Aku tak berapa kenal sangat. Ada pon sorang dua je yang yang kenal. Tugas aku diambil alih oleh Mael. Dan seterusnya aku tak pasti. Process penyerahan tugas antara aku ngan Mael memang dah settled semalam lagi since we all buat sesama. Jadi dia pon paham ape tugas dia seterusnya.

6pm KKM
Aku masih tersadai kat sini, kakak² yang satu batch ngan aku tah ghaib kemana. Konunnya nak ambik langkah bijak lah tu just stay bersama mangsa² lain TAPI lain plak jadiknya. Aku nyaris² ditinggalkan, bukan apa yang aku risaukan kalau nak aku extend pon tak kisah cuma bag pakaian aku dalam kereta yang diorg naik. Huhhhh aku nak bengang lahhh. Bila aku cal diorg, barulah diorang cakap yang diorang on the way back. Huhhhh sekali lagi aku angin satu badan. Nak taknak diorg kena pusing balik amik aku. Whatever IS..!!!!! I dont care. Tinggalkan aku tapi barang aku angkat balik. Aper cerita ...

Jam 12am
We all dah ada disekitar Kuala Lumpur. Yeaaa KL "Im back"....


134370 | posted by zz at 8:00am | 0 comments

Wednesday, January 12, 2005

Jadi runner mmg nampak senang tapi memenatkan sebenarnya..

Oleh kerana aku diletakkan di Kumpulan 2, jadi tugas aku salah satu darinya ialah runner. Dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan lain untuk dapatkan maklumat terkini. Bawak balik maklumat yang dikumpul ke bilik gerakan sendiri (Lab. Sekolah) then draft semula untuk dihantar ke hq @ upload terus ke dalam portal.

Actually day 1st beroperasi aku takde authority untuk upload terus ke portal, jadi nak jadikan citer pagi² lagi VP aku dah suruh secretary dia cal aku. Alahaiiii........sampai sini carik aku. So aku citer kat dia dari A - Z. Esoknya....

08/01/05 Sabtu
Rutin hari pagi breakfast dulu apa-apa hal pon. Mael member aku satu office sampai malam tadi. Jadi dia lah yang membawa utusan diraja dari hq membenarkan aku meng'upload' dari KKM. Heheheh sukanya....tak yah email-email lagi. Terus jer upload dari sini. Huhhh lega.. Tapi banyak gak step yang perlu dipelajari dari si-cikgu Mael ni.

Mael si-cikgu segera..!
Sampai jer pagi tu, dia mulakan dengan breakfast kat dalam bilik gerakan jer...Heheheh biasalah mamat tu.Breakfast kami hari ini Roti canai yang boleh dimakan seberapa banyak yang kami nak. Hehehe...menembam lagi lah camnie.

Mael mula mengajar aku camner nak kendalikan portal tu. Punyalahh laju nganjor orang, hiss tak leh dicontohi langsung kalau ditakdirkan dia jadi cikgu. Hehehe nasib baik lah boleh tangkap apa yang dia ajor. Kalau nak ikut dalam buku panduan yang dia bawak, alamatnya sampai hujung tahunlah baru aku khatam.

Cikgu segera aku ni, memang nampak rock sket tapi rock alim lah hehe. Since Mael ada, aku tak payahlah gegiler nak jadi runner. Cuma aku sempat menemu-ramah dan membantu mangsa² takat mana yang termampu.....Mendengar mereka berkongsi cerita. Sedih pon ada. Rileks zz, jangan terlalu emosional.


134322 | posted by zz at 4:02pm | 0 comments

Tuesday, January 11, 2005

Catatan KKM..

07/01/05 Cont..

Dari awal lagi kami sukarelawan dibekalkan dengan sleeping bag masing². Kesimpulan yang kami perolehi tentunya tiada tempat tidur yang sempurna bakal disediakan untuk kami. Ye lah nama pun sukarelawan kan. Itu memang dah dijangka dan kami semua memang tidak mengharapkan apa².Tidak juga mematahkan semangat kami untuk terus membantu sebaik mungkin.

Sebelum malam menjelang, kami diberitahu kami akan bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Satu lagi pantai yang berhadapan dengan laut yang dilanda Tsunami pada 26 Dis lalu. 1 chalet yang diminta untuk dikongsikan seramai 5 org sukarelawan lain. Alhamdullilahh....tidak seperti yang aku gambarkan sebelum semasa aku dalam perjalanan kemari. Aku gambarkan yang aku akan tidur kat mana² jer dengan sleeping bag tu..

Seawal 4.30pagi. Aku orang yang pertama bangun dari tidur. Banyak sebab-musababnya. Aku tahu bahawa aku sering mengambil masa yang lama untuk menyiapkan diri. Jadi untuk tidak mengganggu yang lain aku mengambil langkah untuk bersiap awal. Kalau dah siap nanti senang sikit walaupun aku tahu aku bakal terlelap sementara menunggu 'kakak²' tu semua bersiap.

7.30am
Kami semua dah berapa disebuah warung dipinggir pekan berhampiran untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak beraneka lauk, sedap tapi yang buat tak sedap bila makanan dah habis minuman aku dan Faz Dragon tak sampai². Sabor jer lah. Kalau ikutkan hati memang aku dah hilang mood untuk minum tapi aku ni masih berfikiran waras lagi. Tak mahu dikatakan keanakan dan kurang sopan ditempat orang.

Disana aku secara tidak langsung bertukar wajah. Hehehe bukan tukar jadi alien tapi penampilan. Dari seorang yang suka akan kecantikan kepada seorang yang berpewatakkan ala² jantan. Dengan Khakis dan baju 3 lapis lagi, membaluti tubuh aku. Pagi di KKM memang terasa dinginnya. Kena pula kawasan tu dengan pantai.

Selesai sarapan, kami terus bergegas ke Sek. Keb. KKM. Aku ditugaskan untuk membuat rondaan keseluruh bilik² gerakan untuk mendapatkan maklumat statistik terkini disemua penempatan mangsa. Dan mengumpulkan seberapa banyak maklumat untuk dimasukkan kedalam portal yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Seramai 22orang sukarelawan dari syarikat kami dan dipecahkan kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1
Menjalankan aktiviti gotong-royong membantu mangsa-mangsa bencana membersihkan kawasan kejadian dan perumahan persendirian. Sukarelawan terpaksa bermandi lumpur dan selut semasa proses pembersihan dijalankan. Bau busuk dan amat menjijikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun semua itu bukan penghalang bagi sukarelawan ini untuk meneruskan misi mereka bagi membantu mangsa-mangsa Tsunami.

Kumpulan 2
Ditugaskan untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan dengan bencana yang berlaku. Menemu ramah mangsa-mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara seperti sekolah, dewan, masjid dan sebagainya. Disamping itu, sukarelawan juga turut menemu ramah sukarelawan dari agensi-agensi lain untuk mendapatkan maklumat seperti bantuan dan sebagainya untuk dilaporkan di bilik gerakan. Sukarelawan juga merakamkan gambar-gambar tempat kejadian untuk dikongsikan di Portal.

Kumpulan 3
Kumpulan ke 3 sukarelawan ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar asas pengunaan internet didalam Unit Internet Bergerak. Bas ini diletakkan berhadapan bangunan Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Perkhidmatan internet ini diberi percuma kepada kanak-kanak mangsa Tsunami di kawasan Kuala Kota Muda. Ini mengalakkan pengunaan internet dikalangan pelajar-pelajar. Sambutan yang diterima amat mengalakkan sehingga kumpulan sukarelawan ini terpaksa membuat jadual KHAS untuk memastikan keadaan terkawal. Unit Internet Bergerak ini dibuka setiap hari sehingga Jam 10malam.

Jangan kata aku tak buat kerja kat sana tau...heheh


134211 | posted by zz at 6:13pm | 3 comments

Monday, January 10, 2005

Kawasan bencana seperti tapak PESTA

07/01/05 (Jumaat)

Jika disini Jumaat dan Sabtu adalah seperti hari Sabtu dan Ahad jika di Kuala Lumpur. Sukar untuk ditafsirkan. Mengapa sesetengah pihak mempuyai sifat yang agak kurang menyenangkan penduduk setempat. Seolah tak punyai fikiran yang waras. Secara tidak langsung KKM kini menjadi satu lagi tempat perlancungan baru dinegara ini. Tapak bencana yang dibanjiri oleh ratusan kereta dan pengunjung yang rata² hanya datang untuk bercuti dan mengambil gambar. Lebih menyedihkan lagi mereka beramai-ramai hanya datang bersiar-siar daripada datang untuk membantu para sukarelawan yang sedang bersungguh-sungguh membantu mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Kehadiran mereka ini cukup memilukan hati mangsa-mangsa disini. Dengan berpakaian cantik, bagaimana harus untuk menjebakkan diri dengan selut dan lumpur...? Bergelumang dengan bau yang cukup meloyakan..?

Berduyun-duyun bas rombongan datang ke tapak bencana. Sehingga pihak Polis, Tentera dan Rela terpaksa menahan kenderaan yang terus-terusan membanjiri tapak bencana. Sekatan jalan terpaksa dilakukan di pintu masuk Kg. Tepi Sungai dan Kg. Pulau Sayak. Pengunjung yang kelihatan bangga berada disana sedikit pun tidak menunjukkan sikap-sikap simpati malah bergembira seoleh sedang berpesta bersuka-ria. Gerai-gerai makanan entah dari mana datangnya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Demi memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkunjung di KKM.

Kini tapak bencana jadi tapak pesta, kesedihan mangsa ombak besar Tsunami langsung tidak dirasai pengunjung yang tiba. Mana hilang rasa simpati. Mana pergi keinsafan diri...


134032 | posted by zz at 12:05pm | 4 comments

1st nite @ Kota Kuala Muda

06/01/05 (Khamis)

Malam dikawasan perkarangan Sek. Keb. Kota Kuala Muda(SKKKM). Seumpama ada pesta keramaian. Terlalu ramai kanak² berkeliaran seumpama siang dan malam tiada perbezaan. Mangsa² Tsunami di KKM ditempatkan di 8 buah penempatan sementara seperti dibawah.

1. Sek. Keb. Kota Kuala Muda (2,652 org)
2. Surau Kg. Sg. Yu (50 org)
3. Dewan Kg. Sg. Yu (220 org)
4. Surau/ Dewan Kg. Paya (350 org)
5. Dewan Kg. Telok Amboi (180 org)
6. Dewan Pulau Sayak (80 org)
7. Sek. Keb. Hj. Kundung/Hj. Sulaiman (735 org)
8. Bangunan Warga Mas (11 org)

Jumlah mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara setakat 07/01/05 ialah 4,278 orang dan sebanyak 1,048 buah rumah yang terlibat.

Hanya 11 org mangsa yang didapati meninggal dunia akibat bencana Tsunami pada 26 Dis 2004.

12 Kampung dari Daerah Kuala Kota Muda terlibat ialah :

1. Kampung Paya
2. Kampung Masjid Kuala
3. Kampung Hj.Kudong
4. Kampung Telok Nipah
5. Kampung KEDA Kuala
6. Kampung Sg. Muda
7. Kampung Kepala Jalan
8. Kampung Hujung Matang
9. Kampung Padang Salim
10. Kampung Sg. Yu
11. Kampung Pulau Sayak
12. Kampung Sg. Meriam.

Statistik² mangsa di penempatan sementara akan berubah dari masa ke semasa. Bagi mangsa yang rumah mereka masih boleh digunakan, mereka dibenarkan pulang kediaman masing² jika didapati rumah mereka selamat untuk diduduki. Dan mangsa juga masih boleh terus mendapatkan bantuan bekalan keperluan dari bilik² gerakan dimana nama mereka didaftarkan.

Rawatan kesihatan percuma dari Jab.Kesihatan disediakan untuk semua mangsa². Bekalan ubat-ubatan juga disediakan oleh pihak Jab.Kesihatan.

Mangsa² terpaksa mengunakan tandas sekolah, pili² air yang terdapat dikawasan penempatan, tandas surau/masjid berhampiran untuk mandi dan sebagainya. Pihak DBKL juga menyediakan 'Tandas Bergerak' untuk membantu mangsa².

Banyak syarikat² swasta dan badan kerajaan menghantar petugas/ sukarelawan bagi membantu mangsa² yang terlibat. Senari seperti berikut.

1. Tentera
2. Rela
3. Polis
4. JPA
5. Bomba
6. Jab. Kesihatan
7. Majlis Perbandaran Sungai Petani
8. Persatuan Bulan Sabit Merah
9. JKR Air
10. Jab. Kebajikan Masyarakat
11. Pendidikan (Kaunseling)
12. Medical Army
13. Bomba Sukarela
14. JPA (3) Perak
15. MIMOS Berhad


134014 | posted by zz at 10:25am | 0 comments

Saturday, January 8, 2005

Salam dari Kota Kuala Muda

06/01/05 (Khamis)
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kuala Muda, Kedah bermula jam 10 pagi. 2 buah Perdana dan 1 GTi meluncur keluar dari perkarangan pejabat. Perjalanan yang memakan masa yang terlalu lama membuatkan aku rasa 'kematu' dalam kereta. Nasib baik ada Faz Dragon kalau tidak sure aku mati kutu dalam kereta sepanjang jalan. Dahlah "tokdalang' agak pendiam. Kalaulah pergi dengan bas tentulah lagi haru. Tiba di perkarangan Sek.Kebangsaan Kota Kuala Muda hampir jam 4ptg. Dan aku masih lagi tak lunch walaupun dalam perjalanan kesini kami semua berhenti makan di perhentian Tapah. Emmm...masa tu aku tak lapar lagi. Tapi now memang aku tengah lapar...!!!! arrrgghhh nak makan..

Lepas lunch dikawasan berhampiran dengan sekolah dimana we all bakal ditempatkan, misi we all bermula...

Lawatan ke kawasan Projek Pembinaan Penempatan Baru (RUMAH SEGERA) & Kawasan Pembuangan Sisa Bencana.



Sila click pada image untuk image yang lebih terang dan besarrr..
Lihat saja pada gambar diatas. Ibarat rumah kotak @ pon lebih tepat lagi rumah segera. Hanya mengunakan papan 'plywood' nipis sebagai dinding rumah cukup menyedihkan. Rumah penempatan ini kini baru 25peratus siap dibina.

Satu lagi gambar iaitu di Kg.Tepi Sungai. Tempat pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa bencana. Luar dari apa yang dijangkakan. Terlalu kotor, penuh dengan lalat dan bau yang cukup menjijikan. Yang tinggal hanya kawasan perumahan yang telah musnah...

Oklah aku dah penat...to be cont later sementara tu leh visit FOTO ALBUM
penat siott......nak balikkkkk


133893 | posted by zz at 3:12pm | 0 comments

Tuesday, January 4, 2005

Boss released me to go to Kuala Muda...

Apatah memula kata takleh gi...

Pagi tadi before aku dapat tahu yang quata dah penuh, aku fwd email tu kat Boss untuk dapatkan approval dia untuk benarkan aku pergi.

[Email aku pada Boss]
To: MY Boss
Time: 8.07AM
Subject: For Your Approval
*********************************************************************************************************************
Nak proper punya pasal so aku raise email for approval nak join company nyer committee untuk buat kerja² kebajikan. Walapun aku tak tahu camne aku kat sana kalau dibenarkan pergi. Tapi tak kisah, hati aku tetap nak pergi gak.

*********************************************************************************************************************
[Reply yang aku dapat]
To: zz
Time: 8.54AM
Subject: Re: For Your Approval
*********************************************************************************************************************
zz,
I appreciate your sincere and great intention to contribute. However, as we are pouring with applications for RA placements
I can't afford to release you for the time being.

If this could be any concolation, pls bear in mind that though we may not be physically there to help, there are many other
ways for us to contribute.... the least being berdoa for them in our everday prayers....

Thanks.

ada ke patut

*********************************************************************************************************************
[KESIMPULAN MASA TU]
Dalam hati aku takde chenta lagi tapi aku sedang berduka hati sebab tak dapat nak pergi then quata dah penuh pulak....huhhhh hilang mood aku nak buat kerja hari ni. Kena pulak pagi lagi ada plak email yang kurang menyenangkan hati aku. Sampai aku tak go thru that email..(sorry). Aku merajuk sendiri, then mogok tunjuk muka 1cent sambil buat kerja. Sampailah ke tengahati. Lunch hour. Aku kuar then lambat balik office. Majuk punya pasal sebab tak dapat pergi.

*********************************************************************************************************************
[Email yang tak disangka²]
To: zz
Time: 3.30PM
Subject: Voluntary work
*********************************************************************************************************************
zz,

Based on further discussion with VP, you are released from your official duty at the office starting from tomorrow until Friday so that you can go to Kuala Muda for the above purpose.

Pls 'return' to me the outstanding tasks that you have been requested to complete.

Thanks

*********************************************************************************************************************
Tercapai gak niat aku nak buat kerja kebajikan untuk Tsunami ni..Quota yang penuh pagi tadi ada 1 khas buat aku. So tounching...huhh alhamdullilahhh mudahan apa yang aku nak buat ni berkat hendaknya. Yang penting niat aku baik.

dahlah ada orang kata yang ni 'jahat'....baguslahhh aperpon aku syukur...


133384 | posted by zz at 6:13pm | 6 comments

hmm....boss tak release

Arrrrrhhhggggggggggg....!!!!!! kalaulah aku kuat nak ajer aku gegarkan building office ni. Biar sekali lagi gempabumi berlaku tapi gempabumi yang kat TPM. Sakitnya ati akuuu....!!!!!

Semalam satu email dari manager Public Communication team sampai kat mailbox aku. Dia send to all employee. They looking for volunteer for Tsunami Disaster Victims kat Kuala Muda. Aku nak pergi. Masalahnya sekarang email tu sampai pukul 6.01pm semalam then masa tu aku dah balik...Apsallah aku balik awal, salunya lewat. Then this morning bila aku email kat diorang untuk pendaftaran. Diorg kata quata dah penuh....bebetul cam siot

Hhhmmmmmmmmmmm....apsallah aku boleh terlepas peluang camni. Sedih betul..


133296 | posted by zz at 9:39am | 0 comments

Monday, January 3, 2005

hati aku tak se'lancar' jalan raya hari ni...

Sesiapa yang ada simpan BOMMMM leh campak kat bomm tu kat aku. Biar hancur tinggal jari jer....


133207 | posted by zz at 11:47am | 4 comments

Friday, December 31, 2004


Year 2004 is coming to a close. A brand new year is here, another year filled with expectations, resolutions, fears and forecasts. A year that will disapoint many, surprise some and make a few really happy. My sincerest wish is that everyone will be happy, and share a moment of joy, peace and understanding.

Be good and always be + C yaaaaa in 2005...!(heheheh cam lama jerk)


132908 | posted by zz at 5:40pm | 6 comments

Jumaat lagi...[sharing]

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter, ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali
ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu.

Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya
berukuran 6.5 Richter. Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'.

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilayah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa.

Adakah semuanya ini 'coincidental'? Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya?

Pada pagi 26 Disember 2004,
Di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku
tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan. Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi,tsunami,ribut,twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya.

Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah,
janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Ameen


132819 | posted by zz at 8:59am | 6 comments

Wednesday, December 29, 2004

Perrrrrggghhh....x ingat nyer

SEKSI GILER LIPS nih...Jangan ingat aku ni 'LESBO' plak ek. Aku sekadar menghargai kurnia tuhan jerk. Setiap insan ada lebih dan kurangnyer tersendiri. Baik kita sedar maupun tidak. Tapi yang penting kita jangan riak. Tak elok riak² ni. Guna sebaik yang mungkin. Itu yang eloknya. Tengok lips ni perrgghhh seksi betul...puas aku cari kat internet, tup-tup ni yang paling seksi sekali yang aku jumpa tah aper tah sampai aku leh terpk nak cari lips yang paling seksi heheh..

Andailah dalam dunia Islam ni takde haram dan halal, maunya aku bikin satu badan ni. Kasi modify semuanya biar kasik cantek. Pastu letak tatoo sket hehe Sape tak suka cantek kan Hehehehe
Bila aku pikirkan balik, hidup seorang perempuan ni semuanya duit. Dari hujung kaki dia sampai hujung rambut. Mana dengan pencuci muka, cream muka, losyen badan, shower cream, make-up, perfumes, accessories, baju, kasut, handbag dan memacam lagi lah. Dan dari tahun ke tahun wang hantaran tu makin rancak meningkat. So sendiri mau ingatlah semua tu. Salu kalau tiap bulan aku beli kasut, ada jerk suara-suara sumbang dok perli² aku. Walhal kasut tu bukan mahal mane pon. Sajer jer nak cari pasal lahtu. Tu sebablah perempuan ni banyak halkan...Teliti sangat terutama masa shopping heheheh dan aku pon tak terkecuali
Actuallykan aku sebenarnya tengah takde kojer nak buat. Dah berapa kali dah nguap..so jadi lah camnie...


132642 | posted by zz at 5:33pm | 4 comments

Yea...diri

Cahaya pagi yang terlupa
Sendiri bersama bayanganku
Lalu indera terbuka kaku
Mencari ertinya hidup

Kudengar, kusyairkan
Kulihat, kulukis dan kuukirkan
Kedendangkan semua warna-warni hidup
Demi memahami nikmat dunia
Bayanganku, kau, dia dan apa sahaja

Siangku tak pernah terlupa, langit mulai berubah
Syairku memekakkan telinga
Lukisanku mengeringkan airmata
Ukiranku mematahkan pena
Warna-warni itu kini kian pudar berdebu
Bayanganku, kau diam tanpa bahasa
Walau kekal masih disisiku

Hujan yang turun tak terelak
Melunturkan jiwa lalu hampa
Terkurung di malam bintang tak berkertip

Kaki rapuh, lenganku remuk, menatap kosong
Tuntun aku ke cahaya kecil
Bayanganku, gelap dan masih adakah kau?

Janji bangunkan aku
Jika aku tertidur
Saat kabut cahaya kabur
Walaupon tubuhku kian terkubur
Bila pagi hadir kembali


132573 | posted by zz at 7:59am | 2 comments

Tuesday, December 28, 2004

arrggghhhhh....!!!

"aku rindu hari lalu
2 hati bersama bersatu
indah benar berkasih denganmu
sukar luput dibenakku
x mungkin berulang, itu aku tahu
yang nyata aku gagal menghargaimu
aku hilang kasih laluku
kerana diri, kasihku pergi berlalu
terbiar sepi kasih ku kematu
tiada punca bicara terus membisu
lenyap sendiri terkubur sepi
tiada meninggalkan sebarang tanda
kasih kita hanya utk sewaktu"


132536 | posted by zz at 5:53pm | 2 comments

Monday, December 27, 2004

kalau dah perempuan....


Kalau dah perempuan tu perempuan gak kan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki nak dihiaskan. Heheheh.....sabar jer lah..

132404 | posted by zz at 12:03pm | 5 comments

Tuesday, December 21, 2004

nak tulis tapi tak tahu nak tulis ape...

ulu aku pernah terbaca satu buku ini, berkisah hakikat kehidupan masyarakat sekeliling gak. Tentang lelaki....perempuan dan macam². Aku tak ingat dah tajuk buku tu tapi aku masih ingat ada beberapa ayat yang agak menarik minat aku dan sampai hari ni, masih jelas dalam ingatan aku. Berbunyi camni..

"Hakikat yang tak kita sedari. Kejayaan seseorang sebenarnya bertulang belakang kan seseorang yang amat disayangi, contohnya teman wanita/lelaki/suami atau pun isteri. Kerana semangat dan dorongan dari mereka maka terciptanya haluan menuju kejayaan..!"

"Dibelakang kejayaan seseorang lelaki berdirinya seseorang wanita dan disebalik kejatuhanya juga berdirinya seseorang yang bernama wanita"

"Orang-orang yang hebat dan berjaya bukanlah terdiri daripada orang yang selalu memiliki hal-hal yang terbaik dalam realiti kehidupannya. Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka"

Aku tahu dan paham semuanya, tapi kenyataan hidup yang memaksa kita untuk sentiasa menyiapkan diri untuk memulakan sebarang perhubungan. Bagi yang tak biasa, mungkin sukar untuk menerima semua perubahan. Agak merimaskan dan macam-macam lagi. Sukar untuk menerima sesuatu yang agak janggal dalam kehidupan. Demi sayang, paksa diri untuk melakukan sesuatu yang pada hakikatnya bukan atas kerelaan sendiri dan akhirnya memakan diri sendiri...Dan jangan heran bila perasaan sayang bertukar menjadi benci satu hari nanti dengan tak disedari apa dan dimana silap dan salahnya..entahlah

KAWANLAH SELAGI ADA HATI
BERCINTALAH SELAGI ADA YANG SUDI
GEMBIRALAH SELAGI ADA TEMAN DISISI
INGATLAH TEMAN SELAGI TERASA IA BERERTI
CARILAH TEMAN SEHIDUP SEMATI...


131837 | posted by zz at 11:08am | 6 comments