|
Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter, ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu. Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya berukuran 6.5 Richter. Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'. Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa. Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilayah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa. Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa. Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat.. Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa. Adakah semuanya ini 'coincidental'? Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004, Di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda.. Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan. Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi,tsunami,ribut,twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya. Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!
Ameen
last modified Mar 8, 2005 at 03:40pm
|
His ko ni ... jangan ler menakut kan aku... tah tah aku dah takde kot masa tu.....
26 Disember 2005 apa akan berlaku plak :o??
ni peringatan buat kita semua
ehem...baru sampai ke sini...salam perkenalan..manusia itu adalah insan (insan=pelupa) maka Allah turunkan peringatan bagi manusia..siapa yang ambil peringatan, dia akan ingat, tapi kebanyakan manusia lazimnya akan terus lupa....
Hye kelopaksakura....
eh eh ehh...blogs zz lah ni...tak curi mane pongg hehehe alah dah title pon [Sharing] zz cuma berkongsi apa yang zz ketahui.
mana ko dapat kejadian2 26 tu? org bg ker... berdasarkan soal selidik sendiri. aku baru jer tgk benda tu kat dlm tv3 semlm, berita. ko ker yg bagi kat diaorg?
gambar tu...
dr kiri, efah, aku, dalila, nana, jad(lelaki), dayah. napa??
well... cantik bg blog ni.... mana dapat?
|