Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

Kawasan bencana seperti tapak PESTA

07/01/05 (Jumaat) 
 
Jika disini Jumaat dan Sabtu adalah seperti hari Sabtu dan Ahad jika di Kuala Lumpur. Sukar untuk ditafsirkan. Mengapa sesetengah pihak mempuyai sifat yang agak kurang menyenangkan penduduk setempat. Seolah tak punyai fikiran yang waras. Secara tidak langsung KKM kini menjadi satu lagi tempat perlancungan baru dinegara ini. Tapak bencana yang dibanjiri oleh ratusan kereta dan pengunjung yang rata˛ hanya datang untuk bercuti dan mengambil gambar. Lebih menyedihkan lagi mereka beramai-ramai hanya datang bersiar-siar daripada datang untuk membantu para sukarelawan yang sedang bersungguh-sungguh membantu mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan. 
 
Kehadiran mereka ini cukup memilukan hati mangsa-mangsa disini. Dengan berpakaian cantik, bagaimana harus untuk menjebakkan diri dengan selut dan lumpur...? Bergelumang dengan bau yang cukup meloyakan..? 
 
Berduyun-duyun bas rombongan datang ke tapak bencana. Sehingga pihak Polis, Tentera dan Rela terpaksa menahan kenderaan yang terus-terusan membanjiri tapak bencana. Sekatan jalan terpaksa dilakukan di pintu masuk Kg. Tepi Sungai dan Kg. Pulau Sayak. Pengunjung yang kelihatan bangga berada disana sedikit pun tidak menunjukkan sikap-sikap simpati malah bergembira seoleh sedang berpesta bersuka-ria. Gerai-gerai makanan entah dari mana datangnya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Demi memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkunjung di KKM. 
 
Kini tapak bencana jadi tapak pesta, kesedihan mangsa ombak besar Tsunami langsung tidak dirasai pengunjung yang tiba. Mana hilang rasa simpati. Mana pergi keinsafan diri...

last modified Jan 10, 2005 at 03:20pm


[ add a comment ]

hmmm.....sensitivity tu kurang kat diorang nih yea...setakat melawat, rasa cek sue mengeruhkan lagi keadaan..memenuhkan tempat jek..orang nak clean up, dia bersuka ria mcm pusat pelanconganot spot plak...

anyway, congrats zz sebab dapat membantu...

134291 | posted by helpmeout on 11:24am

zz dalam kumpulan 2.

134284 | posted by zz on 10:42am

hmm alahai...

memang tak patut lar depa2 tuh, tapi tak boleh nak salah depa jugak... dah keinginan nak tengok dan melawat tu lebih tinggi dari nak membantu... ntah lar, macam mana dgn zz, takde ke gambar yg tengah pegang mop atau tengah mencuci pingan mangkuk ke...

134135 | posted by acr75 on 8:31am

mana gamba ko takde pun?? ko tolong buat apa
selamat plak kucing tu eh.. mesti kucing tu dah lari naik atas bumbung..

134051 | posted by akiranagasaki on 2:05pm