|
Hari˛ dalam memenuhi helaian kehidupan, aku insan biasa yang tak boleh lari dari realiti yang bermacam rupa. Tuduhan, tomahan, pujian dan pelbagai lagi. Membuat aku seakan ranum sendiri. Walau aku sendiri tak pasti apa puncanya manusia di maya ni bersifat demikian. Menunding jari seakan dia insan yang cukup sempurna kurniaan Illahi. Entahlah. Sejak kebelakangan ini, otak aku seakan naik berkarat sendiri. Sekarat rambut aku agaknya. Hilang semua idea. Arrhh.. walau dah berkepuk tulisan dalam buku nota harian aku. Tapi haruskah aku kongsikan disini. Apa lagi yang aku mampu lakukan.Hanya sabar menahan segalanya. Ada diri yang kurang senang, ada hati yang tak tenang. Hakikat˛... Apa lagi mahumu... Mana hilang bahagia? Mana pergi segala? Dia...hanya dia yang merasa.. Cebisan dari nota semalam Bicara tentang hati Aku rasa seakan hampir mati Bicara tentang rindu Hati seakan ditusuk sembilu Haruskah aku menangis Untuk hati yang sepi Perlukah senyuman Untuk diri yang luka Pada siapa lagi Untuk apa lagi Pergilah.... Jika itu yang kau rasakan pasti Teruskanlah.... Jangan berpaling lagi Ini mungkin noktahnya Segala sengketa Bicara penuh curiga Terlerai segala Pasti kau kini lega Setelah ada hati yang mula sengsara
Jangan datang jika kau bakal hilang....
last modified Feb 14, 2005 at 6:39pm
|
bestnyer puisi kehidupan zz........
Dial lain dapatnyer lain  Tapi takleh gak nana, kalau aku jadi diorg surely aku serabut-serabas cam diorg gaks heheheh
ko patot dah gantikan usman awang, keris mas... yerler pandai buat puisi gurindam maen dam... naperler ko jadek Sec ek zz... adehhhh... cayunk ko!!
|