Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Monday, November 1, 2004

aarrrrggghh...!!aku benci mimpi yang tak habis..

ah masuk bulan November, oleh kerana Selangor tak berkerja hari ni so pagi ni traffic smooth even though aku kelewatan. Keluar rumah dalam kul 7.45am then aku sampai jam 8.05am. Kalau tiap² hari cam ni kan best. Office aku dalam kawasan Kuala Lumpur so kenalah kerja yang tak bestnyer keluar je dari kawasan ni kat traffic light depan tu dah area Selangor....huhhhh teruk betul..!

Tekak aku sakit dari malam tadi, nak gi clinic tapi...ermmmm malaslah nak story buat sakit hati jerrr...Apa pun semalam tido dengan hati yang panas membara. Kalau dicampak ais batu maunya ketulan ais tu cair terkena aku yang panas ni.

Arrrhhhh...aku benci kalau dapat mimpi yang tak habis jalan cerita. Walaupun tu hanya mimpi tapi aku tetap senang dengannya. Dahlah jalan cerita dalam mimpi tu hilang camtu jer sebab aku terbangun nak sahur then tak dapat plak balik mimpi tu bila aku tidor balik pas sahur. Tulah antara penyebab aku kelawatan hari ni. Dan hari ni aku memang takde mood nak kerja, ingat jap lagi aku nak amik MC @ pon EL je....mungkin MC kot sebab aku dah lama tak MC.
CITER Mimpi semalam..
Aku harap sangat agar ia berulang, sebab aku nak habiskan perjalanan dalam mimpi tu.Rasa macam sesuatu yang menarik dengan journey tu. Entahlah kan...mainan tidor ni kadang tu menarik dan kadang tu mengerikan. Tapi yang ni best, aku jadi RIDER hehehe...moto besar merah color, Cagiva Mito. Dulu tu memang fava aku, bawak motor lelaju tapi aku bukan minah rempit dan oleh kerana tu aku exdent sampai nyawa aku tinggal sendiri 50-50 masa tu walaupun masa tu pakai helmet LTD original cousin aku...tapi tuh dah lama sgt dah. Kenangan tu tak kan aku lupakan sampai bila². Kenangan aku sumpah seranah nurse kat sepital yang bangang sebab tarik kain yang melekat kat luka aku. Kenangan bermandikan darah. Kenangan kulit kepala aku koyak, kenangan tu gak lah meninggalkan setem kat kelopak mata dan lutut aku ni haaa. Sampailah sekarang.! Tapi kepala aku tak 'weng' tau hehehe

Boduzlah network hari ni, dari tadi aku tggu gambar Cagiva Mito ni tak upload² lagi. Buhsan betul...

SOKLAN HARI NI..
Apa kowang buat kalau satu pagi dalam perjalanan kerja tetiba ada orang stop kereta kowang..walhal kowang tak buat silap tuh..sebabnya memang ada cuma nak tahu reaction kowang jer..
Berani betul dia ni.....blupsss..!


126552 | posted by zz at 10:01am | 5 comments

Wednesday, October 27, 2004

arrhhh...."sorry"

Fasting month, not much xtvt yang aku boleh buat kat office ni. During lunch time tersandar kat tempat aku sendiri sementara boss plak mmg tu time dia tido dalam bilik dia. Aku mmg tak boleh nak lelpa mata kalau kat office, tak kiralah penat camner sekali pon. Ermmm sejak semalam kepala aku macam nak pecah, pas sahur tadi masih sakit lagi....errkk..!

Sakit kepala ni maybe sebab aku berhujan kot semalam errmm entahlah. So hari ni aku tak byk bergerak sangat..takut tumbang tak pasal².Blupss..!

Bulan ni gaji masuk lambat dari kata 27hb alih² 29hb pulak....ermm biasalah semua orang naik angin. Nasib baik aku tak sangat. Takkan aku nak hamun orang payroll lak kan. Sabar jer lah bulan² puasa ni. Muka² kat office ni semuanya 'toyer' jer.....takde selera langsung aku tengok.

This saturday aku dah buat appointment dengan Dr. Wahab Sufarlan kat Ampang Puteri nak buat check up. Dah lama betul aku tak gi. Lately ni badan rasa lemah sangat...kena pulak cuaca tak menetu then hujan je salu. Actually mmg aku yang degil pon bukan salah sape.....aper pon hari sabtu ni aku pergi jumpa Dr. Wahab jumpa Dr. Wahab...jumpa Dr.Wahab jumpa Dr. Wahab...yeaaahh..!

Arrhh....boleh ke kita jadi manusia yang sempurna dalam dunia ni, tak banyak sikit pun jadi manusia yang tak menyakitkan hati insan lain...memang aku akui sukar. Tapi hari ni aku terpaksa berbuat demikian demi menjaga hati dan perasaan aku sendiri. Ini bukan bermakna aku hanya mementingkan diri aku sendiri. Maaf aku gagal kali ni untuk kawal diri tapi aku terpaksa. Harap aku tak terus dipersalahkan dan terusan jadi mangsa keadaan sekeliling.

Aku taknak menangis lagi, tambahan pulak bulan puasa sekarang ni. Aku rindukan mak ngan ayah kat kampung, rindu sesangat. Semalam dah post kan kad raya kat diorg tapi tu kad raya dari company. Esok nak beli yang lain pulak, nak post lagi sekali. Yang ni 'beli' punya bukan free. Memang rutin aku tiap tahun buat camtu so that nanti bila aku balik aku nampak kad tu kat umah. Suka sgt. Mood raya tak terasa lagi tapi kat office ada yang dah bergasak tukar ring phone. Tu tak kira lagi lagu rasa yang berkumandang kat office ni. Errmm.

2 hari sudah, aku terkena. On je radio kat dalam kereta alih² takbir raya...alahaii sayunya. Sape lagi punya CD raye ni. Sape lagi lah punya kerja kalau bukan 'Baba Razzi' aku sorang tu. Huhhh..!

huhhh...nak kena tarek tingge dia tu....pastu tindik pakai subang yang leh goyang² tuh.

huhhhh


126021 | posted by zz at 3:45pm | 5 comments

Tuesday, October 26, 2004

cerita mimpi

KAU HADIR DALAM SINAR SAMAR MALAM
KABUR WAJAHMU SEBALIK KELAM
KEJAR AKU SENDIRI INGIN MENDAMPINGIMU
WALAU AKU TAHU TAK MUNGKIN IA BERLAKU
KERANA BAYANGAN ITU HANYA SEKETIKA UNTUKKU
YANG SERING MENJADI IGAUAN LENAKU
YANG TERKADANG LENYAP WALAU BARU SEKEJAP MELINTASI
TIAP KALI HATI MERINDU
DALAM KEGELAPAN MALAM AKU MENANTIMU
HADIR PENGUBAT RINDU NAMUN TETAP SAMAR
ITU CUKUP MENGUBATI SEGALA LUKA
LUKA HATI YANG SERING MERINTIH
WALAU AKU TAHU INI SEMUA HANYA MIMPI
MIMPI YANG BUKAN NYATA
YANG TAK PERNAH JEMU MENJENGGAH SABAN MALAMKU
DENGAN SENYUM YANG CUKUP AKU RINDU
MERAWAT SEGALA YANG TERBUKU DIKALBU

kepala aku sakit.....!!!!!!!!arrhhhhh aku nak bercinta dengan hantu barangkali.


125873 | posted by zz at 4:38pm | 0 comments

jangan kau lupai diriku....(Click on pic)


125828 | posted by zz at 10:48am | 2 comments

Monday, October 25, 2004

SCIENTIFIC EXPLAINATION ( Kalau rajin bacalah)

Halal & Haram dibuktikan dengan penemuan saintifik.
Good scientific explanation (Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words of Halal and Haram; what do they mean? (Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-perkataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halal and that which is not permissible is termed Haram and it is the Quran which draws the distinction between the two. (Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example? (Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health. (Ya.Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98percent of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination. (Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan
kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98percent dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui system perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam. (Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact. (Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (Jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung,hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan-lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan
menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine. (Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually,apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon(pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you.Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon.(Sebenarnya,ada bahagian daripada
Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible
sendiri dalam Leviticus,chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu.Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases. (Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2percent of its total uric acid content, the remaining 98percent remains as an integral part of the body. (Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2percent daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98percent lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)

it may answer some of their questions especially when the non-Muslim ask. To awaken interest and kindle enthusiasm is the sure way to teach easily and successfully...


125715 | posted by zz at 11:03am | 3 comments

Thursday, October 21, 2004

.....sooo meh describe color blogs

Kebiasaannya orang akan salu buat andaian sendiri lebih lagi dalam pemilihan warna dalam kehidupan harian. Cam blogs kita gaklahh....macam² color ada. So hari ni metelaah zz tak bz ni, jomm kita describe blogs² berdasarkan sedikit panduan dibawah...pastu tengok diri akan kesamaannya. Mungkin tepat.

BIRU
Biru menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai.

Tersenarai dalam color yang zz minat. Okaylah kira orang yang suka sgt kat biru ni mmg tak rugilah dibuat pasangan hidup sebab setia dan boleh dipercayai..heheh jangan ada yang kembang idun yea bulan² pose ni
HITAM
Hitam mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.

eh ehhh....color aku...! heheheh tumpang lalu ..

HIJAU
Hijau merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.

tak suka² "Qua" lah color ni.

JINGGA @ OREN
Jingga adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.

Color Zahid hehe, okay gaks color ni kalau kena dengan gabungan putih. Nampak cool.

UNGU
Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.

laaa patutlah logo company tempat aku berkerja berkonsepkan ungu...huhh ni rupanya makna dia.

MERAH
Merah merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.

panaslahhh....

PUTIH
Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.

Color aku gaks suke sgt kat color putih.

KUNING
Kuning mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham.

eeii color penipuan koooo, hisss tak suwailahh. Diantara color yang paling buruk didunia selain hijau tadi.

CEceceee
* Merah = agresif, aktif, motivasi, keberanian
* Merah Jambu = simpatik, romantis, dan feminim
* Biru Tua = damai, konstruktif, kooperatif, integratif, focus
* Biru Muda = konsisten, teguh
* Kuning = toleransi, ringan, cepat, inspirasi
* Hijau = alami, perhatian, empatis
* Abu-abu = mandiri, konsentrasi, stabil, kritis
* Hitam = formal, potensial, kekuatan penuh. misterius
* Orange = energik, happy, friendly, aktif-kreatif
* Ungu = peka, harapan, obsesi, spiritual
* Coklat = selaras warna tanah (kira semula jadilah ni)
* Peach = lembut, kreatif, perhatian, sentimentil


125316 | posted by zz at 10:57am | 5 comments

Wednesday, October 20, 2004

Jom main HeliKoterrr heheh (click kat gambo tu) ....!!


125132 | posted by zz at 9:35am | 5 comments

Monday, October 18, 2004

Cuti raye dah approved..."Yessssssaaaaa.....!"

Dear zz,
Your leave application has been approved.
Employee Name : zz
Leave Date : 12/11/2004 - 19/11/2004
Leave Type : Annual Leave
Reason : Cuti Raya

[Sharing] Insyaallah

Al-Qayyum,
Al-Majid,
Al-Wajid,
Al-Wahid,
Al-Ahad,
AS-Samad,
Al-Qadir,

Baca dan sebarkan ke tujuh2 nama ALLAH ini pada 7 orang, INSYAALLAH keinginanmu akan tercapai...amin


124896 | posted by zz at 3:07pm | 3 comments

Friday, October 15, 2004

1 tawunlahhh...

Well, is zz's weblog besdaylah this month and also hari ni cukup setahun aku balik headquaters office. So far, aku happy kat sini. Alhamdullilahhh...working environment, ppls and the rest semuanya ok. Tak sakit kepala sangat, tak cam dulu asyik pressure je...but sometimes aku rindu kat semua yang dah aku tinggalkan. Rindu gi breakfast, lunch ngan geng 'sekepala' yang tak jemu layan kerenah aku ni...macam-macam lagik. Thks gaks kat 'orang' yang memula kenalkan aku ngan 'danchan' ni. Kalau tak aku tak terjebak ngan dunia blogging ni. Hrrrmmm.....life here more relexing. Jauh berbeza dulu ngan sekarang. Tapi reality nyer mmg aku rindu kalian semua kat sane...!

Sempena ulang tahun blogs ni..
Many thks untuk

Unsunghero - Thks dude jebakkan aku kat sini dan thks sebab banyak support aku ... dengar/layan songeh aku heheh...miss ya

Acr75 - Thks gaks sebab rajin melayan nak buat itu ini. Kalau ada anugerah akulah insan yang paling layak terima anugerah insan paling banyak 'songeh' hehehehe

KasorrGa - Thks gak sebab kekadang terjebak ngan dunia belakang tabir ni heheheh. Jangan bangga diri lelama sangat nanti tambah nembam hahahah
Bloggings released banyak benda yang patut dan tak sepatutnya ada dalam kepala aku ni. Errrmmm kat situ gak aku melepaskan geram dan menarikan jemari aku ni, yealah kan aku suka menulis. Anyway dalam diam dah banyak sangat entry aku kat sini. Terlalu banyak dan pelbagai kisah. Ikut mood dan cara yang aku suka, tak kiralah aper orang nak kata. Blogs aku, aku punya suka. Ramai gaks aku kenal melalui blogs ni. Kenal nama tapi tak kenal rupa pon ada. Tak jadi hallah. yang penting takde niat yang tak elok. Thks pada semua yang always support aku. Dari mental dan fizikal....adik baru setahun jagung banyak lagi yang perlu belajar..sooo rajin²lah menyinggah sini lagi okehhhhhh......

pose ni.....pose...


124548 | posted by zz at 3:20pm | 5 comments

Thursday, October 14, 2004

Selamat Berpuasa semuanya....!!!!!!!!



Most beautiful word : ALLAH
Most beautiful song : Azan
World's perfect encyclo : Al-Quran
Best xercise : Solat
Best Diet : FASTING...!

Takpe paling lewat 1st day pose je, buka jam 7.02petang yang lain semua awal seminit dua..
Sooooo marilah mari kita mendietkan diri.....pas pose meh buat appointment ngan aku okehhhhh...!!! kita tengok sape yang lebih 'membiak' bulan² pose ni.

nak balik dahhh bye......


124432 | posted by zz at 5:28pm | 1 comments

Wednesday, October 13, 2004

...msg from monash

People, it has been said, can be placed in three classes:

1. The few who makes things happen.
2. The many who watch things happen.
3. The overwhelming majority who have no idea what has happened.

which class is yours?


124266 | posted by zz at 4:59pm | 2 comments

zz's of the day...

Heheheh......wat da fresh morning 2day ...seeejukkk sgt. Errmm as usual, from Keramat to Jalan Jelatek then to Jalan Ampang not really jammed. It just some ppls make my 'kepala' jammed on the road.Middle road of Jalan Ampang I saw something interesting, nice view of KLCC building. Just half of it, the rest dalam kabus..! I really hope that I could snap few photos for my owned collection. Is sound kewl but is just a dream of mine bcos my camera not with me that time....tak apalahh maybe next time. I really hope that. Im thinking of someone who's like to keep all this beautiful scenery. Not just snapping, his also keeping all the photos in their owned album. Just for that's..! wasting? I dunno, maybe their habits like that. Who's care rite there's lots of character in this word stage.

Yesterday no me
Erma...unexpected incident, my finger was injured went I tried to cut something on my company tag, non stop bleeding . .( dammit..! berdenyut tak ingat since last nite until now. Couldn't sleep well..!! arrhhhhh....tension². So everyone can see my finger berbalut. Lucky jari telunjuk if jari hantu im sure semua org kena F*ck kalau buat hal hehheee.

Working environment today
Im more and more comfortable today, the main reason bcos of 2 person who's are always make myself "complicated" was on Medical leave and EL. (I can't be liar, that's the truth) Heheheh wachaaaaa...!!!! I can enjoy working today (only todaylahh) the rest okay, no problems. I was thinking to take mc this morning but cancelled since 2 person already absent today. Ive no choice to be at the office today. I don't wanna have any problems if all the key person not around. Just have my rest at my place.... that's my agenda of the day. Is sooooo cool today at the office, everyone looks like 'malas' and just stayed at their places keep quite facing monitor. Hehehe maybe sitting there for nothing and wait for lunch time.hehehee

what could I do next...?????


124226 | posted by zz at 12:13pm | 0 comments

Tuesday, October 12, 2004


124044 | posted by zz at 2:34pm | 0 comments

Monday, October 11, 2004

..the story of recruitment xtvt....

Recruiting people in your organisation?? Here's your guidance:

Does your Company have a problem in recruiting the right person for the right chair? If yes, try this simple experiment.

Put around 100 bricks in some particular order in a closed room with an open window. Then send 2-3 candidates into the room and
close it from outside. Leave them alone and come back after 6 hours, and then analyze the situation:

If they are counting and recounting the number of bricks - PUT THEM IN ACCOUNTS DEPT.

If they have messed up the whole place with the bricks - PUT THEM IN THE ENGINEERING DEPT.

If they are arranging the bricks in some other order - PUT THEM IN PLANNING.

If they are throwing the bricks at each other - PUT THEM IN OPERATIONS.

If they are sleeping - PUT THEM IN SECURITY.

If they have broken the bricks into pieces - PUT THEM IN INFORMATION TECHNOLOGY.

If they are sitting idle - PUT THEM IN HUMAN RESOURCE DEPT.

If they are clinging onto the bricks - PUT THEM IN TREASURY.

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has moved - PUT THEM IN SALES.

If they have already left for the day - PUT THEM IN MARKETING.

Last but not least...

If they are talking to each other and not a brick has moved - PUT THEM IN TOP MANAGEMENT CELL.

hehehhe how is it... usefull rite. Okay then is time to Balikk...


123884 | posted by zz at 5:52pm | 0 comments

Morningg........

Is Monday morning...bored, I didn't feel the mood of Monday Blues. Since woke-up this morning till now, felt like something came cross my mind. Don't know wat was that.! The truth, Im not in the mood this morning...

Today is not my day just true to understand. I'm not in the mood today I hope you understand.

I can't write, I cannot think
My head is pulling me down and make my mind jammed
I can't write as usual anymore

I'm out of control thinking of myself
That I'm not so self assure
To find what was mingle my mind
And myself middle on what
Today my life is getting bored

Better to say sorry for you
Really, I didn't mean it
Bcos I'm not in the mood today..

<singing n screaming> sorrryyyy I cnt be perfect...!!!!


123816 | posted by zz at 11:04am | 3 comments

Friday, October 8, 2004

genda semalam

Dari pagi aku sebuk dengan dairy boss, banyak sgt perubahan last minute. Buat aku pening kepala nak adjust semuanya. Pagi pas beli air kat cafe then collect paper untuk boss aku dah tersandar kat tempat aku. Bukan sandar senang diri tapi ngadap kerja yang berlambak tak habis². Errmm semalam calendar boss tak packed cam biasa so aku kena standby je. Salunya kalau dia tak ada meeting mulalah dia mintak tu ini. Yang pelik² cam orang ngidam heheh. Tapi aku ok, tak kisah sangat dengan pe'el dia. Dah maklum sangat dah. Kat tempat aku ni ada sorang budak practical student so hari ni last day dia. Ermm tak ada aper menarik sangat pasal mamat ni. Dia ni 'mualap' tapi bak kata sorang member aku kat sini dia tu 'bendul' sket sebabnya lurus sangat. Errmm memang pon! dari apa yang aku tengoklah cuma aku tak banyak involve dengan aper yang dia buat sebab kerja aku sendiri berlambak lagi. Dalam sibuk ngadap orgchart yang aku tengah update ni adalah plak email masuk dari bebudak sekeliling. Ermmm biasalah mintak aku coordinate 'makan-makan' jamuan perpisahan lah konunnya. 1st time aku tolak ...ermmm banyak sebab. Yang paling tepat aku malas nak follow-up bab² collect duit ni. Leceh..!

Akhirnya diorang buat sendiri,errmm pandaii pon! Aku tukang sibuk jer. Jap lagi nak kuar gi Secret Recipe kat Sri Petaling nak cari Cake. Leh merayap metelaah boss aku cuti hari ni. Sooo menu hari ni tak hebat sangat diantaranya....

Laksam (hehheh harap maklum, atas permintaan aku heheh)
Sandwich (aku buat sendiri )
Cake dari Secret Recipe (Tak ingat cake apa)
Kacang NganYin
Minuman berkarbonat

Sooooo tu jer lah, kira dah cukup dah tu.....cuma aku tak sabar nak rasa Laksam tu. Yeaaaaaa Laksam "here I come..!" hehe

Cont later pas makan nanti..


123522 | posted by zz at 9:32am | 2 comments

Tuesday, October 5, 2004

Dikaki bukit ini seolah ada tinggalan langkahmu
Yang sengaja kau tinggalkan kerana kau tahu aku bakal kembali
disini menjejakimu..

Ditepi bibir pantai ini seakan terimbas bayangan lalu
Asyik kau terleka bersama belaian ombak dan tiupan angin lalu
Yang membuatkan hatimu seketika lapang dari segala..dan petanda untuk semua..

Dilorong kelam ini
Satu ketika dulu aku sering memerhatimu
Dalam diam aku merindu dan setia menanti
Dalam terang kasih bersatu tiada tidaknya lagi
Aku hanya buatmu tidak dua mahupun seribu...


Namun realiti hanya sementara
Keindahan realiti yang tak pernah kekal lama
Begitu juga dengan kita
Cukup sekadar seketika, itu takdirnya

Leka kita diduniawi, tidak sedar kasih yang terbiar sepi. Aku dan dirimu terlerai kini. Terpisah selamanya pada dua dunia yang berbeza..tak mungkin kan kutemuinya semula. Walau rindu terkadang menjalar namun hati tetap disini. Dengan segala takdir Illahi yang semakin hari seakan memakan diri. Dan kau terus kekal pergi. Tak kan kembali lagi.

"Ya'Tuhan, Tenangkan hatiku, tenangkan jua dia disana. Peliharalah dia sebaik mahumu. Hanya itu mampu kupohon. Tabah dan kuatkan diri ini bagi menempuh segala yang bakal menjelang nanti. Moga nostalgia lalu kekal bersemi seperti mahumu dialam bersatunya hati kami"


123110 | posted by zz at 3:14pm | 3 comments