Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Tuesday, November 30, 2004

Dalam hati ada cinta 2...

isah cinta 2 insan yang dari mula tak kesampaian. Sesuatu yang menarik perhatian aku untuk mengikuti kisah percintaan yang direka ini. Drama bersiri Bah.2 disiarkan setiap malam Isnin jam 10mlm. Aku akan cuba pastikan jam tu aku akan berada depan TV. Sejak dari 1st sesson lagi aku mengikuti jalan cerita drama ini. Walaupun 1st sesson dulu kesudahannya cukup menyakitkan hati tapi aku masih sanggup lagi untuk mengikut cerita yang sama diulang tayang semula di TV3.

Semalam episod pertama bah.2, sambungan daripada majlis akad nikah yang dirancang oleh ibu Tina tidak menjadi dan hancur sama sekali. Ini lantaran daripada ketidaksanggupan Tina untuk merampas kekasih adiknya Alia. Walaupun berlainan ibubapa namun kasih Tina terhadap Alia tidak pernah berbelah bagi malah Alia adalah satu²nya adik kesayangannya. Hanya ibu Tina yang masih tidak dapat menerima kehadiran Alia dalam keluarganya hingga kini.
Ini kerana kisah² silam yang menimpa dirinya.< Setiap yang negatif mesti ada puncanya)

TINA
Setelah rancangan untuk menikahkah Tina dan Wan gagal, semuanya menjadi tak menentu. Bukan sahaja Tina tapi semua yang terbabit. Dan Tina tidak terkecuali, tidak dapat menghadapi kenyataan apa yang telah berlaku dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan Wan setiap hari di pejabatnya. Tina tidak cukup kuat untuk semua ini. Mungkin kerana kekuatan diri tidak pernah wujud dalam diri kerana sering dimanjakan oleh ibu. Hatinya menjadi terlalu sedih dan pedih lalu Tina bertukar menjadi seorang yang kuat makan dan secara tidak langsung badannya semakin gemok. Ini semata² untuk melarikan diri dari tekanan yang dihadapinya..

WAN
Begitu juga dengan Wan. Yang hilang tumpuan kerja dan sering terbayangkan Alia. Menjadi semakin tak menentu,merindu gadis yang dicintai lagi dikasihi. Dan kini Alia hilang tanpa tanda. Wan terusan bermain bayangan semalam, yang cukup memilukan hatinya dan terkadang membuat dia menangis sendiri. Sering diundang rindu hingga dirinya jadi tak tentu arah. Hinggakan perempuan lain disangkakan Alia, maka terbentuklah hubungan yang diluar kerelaannya sendiri. Bermain dengan perasaan sendiri dan melayan segala dendam dihati. Tersedar dari mimpi si-puteri tiada disisi. Hanya tinggal cuma memori, yang sering membuatkan Wan jadi sepi dan terus rindu.

ALIA
Hilang entah kemana, hatinya hancur remuk diatas perbuatan seorang insan yang dianggap Ibu selama ini. Ingin kembali namun hatinya tak pasti. Kerana kasih dihati, diri dibelenggu sepi..

#...memang dalam hati masih lagi ada cinta, tapi sukar untuk dilafazkan dengan kata. Bagaimana mungkin dihuraikan kini. Ada yang mengerti hanya sementara, terkapai begini seolah ditengah lautan luas yang tiada tepian#


129642 | posted by zz at 8:19am | 7 comments

Monday, November 29, 2004

aku tak rela dipujuk..!

Ku dikejar bayang-bayang resah,
bila hatimu masih tak berubah,
enggan di punah, dan di penjara,
belaian cintaku ini….

Aku bukan lelaki yang tewas,
bisa meradang walau ku di tolak,
bila di uji, kanan dan kiri
kau kan tetap ku miliki,

Tiada lafaz yang lebih agung,
kalimah cintamu,
yang ku tunggu-tunggu,
biar jasadku yang menanggung,
permainan darimu,
rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku,
terus memburu menawan cintamu,
daku percaya…sedikit masa
kau kecundang…akhirnya

Usahlah kau bersedih
di hadapanmu aku hadir,
memadam resah dan curiga
dari hatimu…

Apa yang kau ingini,
bisa kau tolak dan berlari,
setelah aku…
tanamkan…
azimat ku…

bla...bla...blaaa......blaaaaaaaaaaa


129578 | posted by zz at 6:03pm | 1 comments

Thursday, November 25, 2004

don't ask me if I keep repeat this word..."hmmmm"


129154 | posted by zz at 5:19pm | 7 comments

Wednesday, November 24, 2004

Si-Rusa & Seri Menanti...




ntara gambar² yang sempat aku snap masa cuti. Memang menarik pemandangan mata aku..2 pantai yang berbeza. Pantai dan aku, aku dan pantai...kata² dari seseorang yang selalu terimbas dalam fikiran tiap kali melintasi kawasan pantai...

"Anak laut, kalau pergi tepi pantai mesti tanggalkan kasut/selipar untuk menikmati keputihan pasir tepi pantai"

Betul ke kata² tu, tapi ada kemungkinan juga. Berkaki ayam ditepi laut yang terbentang luas untuk menikmati keindahan ciptaan Illahi....terasa release sgt². Kalau boleh nak berada kat tengah² lautan terbentang tu. Agar tidak lagi ada yang datang mengganggu jiwa aku lagi...

"........kat mana.? Tu tepi sana kat tempat biasa kul 3pm....."
Emmmmmm dah takde dah diolog tu, lama dah lenyap bersama memori kehidupan aku. Kesih dulu memang tak lekang dengan pantai. Hanya terkenang bukan merindu..2 keadaan yang berbeza dan punya makna yang berlainan.

yang pergi kan terus tetap hilang...


129001 | posted by zz at 9:48am | 6 comments

Monday, November 22, 2004

Im back..!

erasa begitu pantas masa berlalu. Ramadhan pergi Syawal menjelang kini. Dah lebih dari seminggu semua umat islam berhari raya begitu juga dengan aku.Seminggu bercuti raya pelbagai kenangan tercatat dalam helaian diari kehidupan yang tak sampai lagi penghujungnya. Padamu Ya'Allah, ku panjatkan DOA keranaMU aku masih teguh disini dengan kekuatan semangat yang KAU berikan dari hari ke hari demi untuk menempuh hari mendatang. Pagi Syawal, seawal 5pagi rumah 'Pak Anjang" riuh dengan suara seorang bapa mengejutkan anak²nya untuk pergi menziarah ke kubur sanak saudara yang terlah pergi. Kata orang menziarah kubur baiknya sebelum takbir raya, sebab masa tu semua roh² ada disamping kubur mereka sementara menunggu takbir raya meminta mereka kembali semula ke alamnya. Dalam diam aku mengagumi 'Bapa' ini, sungguh pun pelbagai tomahan dan pelbagai cerita disebalik dirinya namun rutin harian dan tanggungjawap setiap kali pagi Syawal tetap tak berubah. Tetap tegas. Dalam penuh rungutan si-anak bermalasan bangun demi menuruti perintah si-ayah dan berbekalkan hirisan daun pandan dan bunga-bungaan berserta air wangian, berderet si-anak membontoti si-ayah ke pusara. Aku jadi sebak sendiri pagi ini..subuh Syawal hatiku jadi sepi walau keadaan rumah yang hampir gamat tadi. Andai satu hari nanti bila ayah dah pergi siapa yang bakal mengamatkan subuh Syawal lagi. Siapa bakal kesana-kemari untuk persiapan Aidilfitri. Mungkin tak ada penganti. Tu yang pasti. Perasan aku bercampur baur sendiri. Sayu terkenang mereka yang tiada ayah dan aku masih bertuah kerana kedua-duanya masih disisi..

"Mak-Ayah...zz mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. zz bukan anak yang baik yang boleh dibanggakan. Diminta halalkan makan dan minum zz selama ini"

YA' Tuhan, aku taknak sedih lagi....
Dalam kesibukan pagi raya aku tergamam lagi bila aku ketahui bahawa kepulangan ku beraya kali ini bakal dihidangkan dengan makanan yang paling aku gemari dan yang pasti tak terdapat dimana² restoran @ kedai makan sekali pun. Dan yang pasti hampir 7tahun aku tak makan benda ni. HEheheheh 'Siput Laut masak pedas'....pada yang tak biasa memang nampak pelik. Tapi buat orang² yang dah biasa, makanan ni memang special giler. Sebab takleh dapat kat memana kecuali orang yang tinggal dekat dengan laut. Kali ini ayah sempat upah orang cari 'siput laut' yang hanya boleh didapati setiap kali bulan ramadhan. Siput ni x pandai, dia ingat bulan pose panas² orang tak sanggup nak cari dia tapi kena ngapp gaks..tu lah dok kat celah batu besor lagi lain kali dok lah dalam tanah ker....dalam batu ker hehe

Bertemankan 2orang sepupu aku yang tembam tu, raya tahun ni we all 2 kereta ronda² pergi beraya. Beraya sakan....! Pergi semua rumah pakchik-makchik yang ada. Yang dah lama kitaorang lupa dan sengaja lupakan (biasalah berlaku bersebab), masa ni kena tahan telingga lah....kena basuh cukup². Seawal 10pagi kita orang keluar rumah then balik umah dah hampir kul 11 malam...hehhee
Alah setahun sekali jer kan mak.....aper salahnya.


128758 | posted by zz at 4:02pm | 8 comments

Wednesday, November 10, 2004

special 4 u..


127832 | posted by zz at 4:43pm | 4 comments

Tuesday, November 9, 2004

Kad raya zz for the year of 2004



Click on..
[Koleksi Kad Raya Tahun ni yang dah dapat]

[Tandatangan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin]

[Tandatangan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah]

Dah mood raya kat office nie and me too also not in the mood to stay longer here. Busan je...2 of my managers was on absent. Sorang Medical Leave and another one EL. Some of the staff dah start cuti raya. And email penuh dengan online greetings.

Huhhh...ee, means that only Myself and my Puan still loyal stay here. I will be on leave starting from 11-19 Nov 2004, and will be back resume my duties on 22nd Nov 2004. And My Puan will take long leave after Raya...Yesssaaa..!!Is time for me to have good rest here..

After Raya..
Perhaps that time Im not gonna put on my weight after raya hehe...Hopefully. Biasalahkan raya macam-macam ADA..! makan sure tak ingat nyer. Anyway attached here with some pic of raya cards that I received for this year, tak tahulah kot ada yang tak sampai lagi atau sesat. Even though now day dah ada virtual card but I still prefer the actual one. Pakai setem then post..heheh best sket. Tapi myself I no need to think about setem or whatever that bcoz usually Im using company benefit which is using their "franking machine"..heheh. Unless those address that I wanna put some personal name, Ive to get setem on it. Rasa tradisional sket kan pakai raya kad ni..bukan selalu pun setahun sekali jer..kena buat xtvt camtu.

And as usual almost 5 years I received this special card from Istana Negara. Im not part of them, surely. But its just to keep remain my relationship with them. Citernya dululah, on that time Im marketing person and become the main contact person between Istana Negara and Company that Im working with (Till Now lah Im still here, what the loyal employee). Im glad to have this opportunity. Im really appreciated it.! And also get this opportunity to go around in Istana Negara. Cuma sayang on that time I didnt have any Digital Camera with me to snap fews pic of them.

Soooo for those yang nak kad raya just give me your address takpelah walaupon after raya sekali pon baru dapat at least ada kan. Every year memang ni habits zz, post kat kawan² lama kad raya dan tak kisahlah diorg nak reply ke idak tapi kalau reply lagi best..D Yang penting ingat kat kawan dan family.

Lusa dah start cuti...huhh lama tu seminggu. Preparation untuk raya, ala kadar sahaja. Takde yang interesting pon. Seriously can't wait to c my mom....Rindu bangat kat dia. Entahlah...rindu nak makan masakan dia..
Okaylah in case tak sempat plak nanti...zz nak ucapkan HAPPY DIWALI and SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to all bloggers...! dan juga MAAF ZAHIR & BATIN. Kot kalau ada yang terlanjut kata ker aper ke....terguris hati ke, harap dapat maafkan yeaaa. Jumpa lagi after raya nanti. For those yang drive balik kampung tu...DRIVE Carefully and don't drink and drive yaa...hehe

Last but not least.
Im gonna miss blogging and all of you guys here...... "muuuahhh²"


127612 | posted by zz at 10:37am | 10 comments

Monday, November 8, 2004

Rambut raya...!

agi beberapa hari lagi nak raya, ape kata kita ubah rambut dulu jomm...dulu rambut aku panjang now day dah pendekssss semua kerana pengaruh citer Samarendaaaaaaa kat TV3 tu..heheh so sekarang ni dah jadi cam rambut Anne Raj tu...pembaca berita kat TV3 tu...tapi camne nak jadi cantek cam dia ek..?

::click sini yea::


127484 | posted by zz at 12:00pm | 7 comments

It's All About Relationships

elationships of all kinds are emphasized this week, Zz, as Mars moves into Scorpio on Thursday, stirring it all up with a great big spoon. Expect plenty of interesting issues to come bubbling up to the surface. This doesn't, of course, link in with intimate associations only, but other connections you have made as well. It is time to reflect on what you are giving out to others and what you are getting back. On Monday, Saturn turns retrograde in Cancer and the communications sector of your chart, coinciding with an apparent quietness. Don't worry that others are not hearing you or getting your message; they are, but may not have time to respond quite as quickly as you would prefer. You will also need to be far more careful with your words as you will have to bear the weight and responsibility of all that you express. The New Moon in Scorpio on Friday may bring with it a sense of bubbling excitement - much like a new source of water. You are being gifted with real inspiration, which you can use to heal your relationships and bring insight and compassion to them. Mercury sextiles Neptune on Saturday - don't buy or sign anything in a rush.

AstroProfile:
Sun Sign: Taurus
Rising Sign: Scorpio
Chinese Sign: Horse
Life Path Number: 4


127442 | posted by zz at 8:23am | 2 comments

Friday, November 5, 2004

tottottt²....

riday Is back..! Alhamdullilahhh I'm still here alive. Thks God, give me beautiful day and I felt soo fresh this morning even I'm not in mood. Emmm...I though that I will be the 1st came to office today but when I arrived at my place, I saw the sysadmin guy setting at their place. Surfing somemore. Amazing! I'm being here at 7.25am still early morning and the whole of this place still in the dark. What time he arrived? sleep at the office or what..? Dunnolahhh.....

Ohh God! What happened to me, I'm not in the mood to work today but I can't help it, because that's my responsibility, and they're giving it to me. I've tooo....pity me rite. I have to wake up like 4.00am during Puasa everyday to have my sahur. And this morning I having 'Mee Goreng' (not ready made ok) and some cakoi + some fish curry for my sahur. Yummy...!

Starting my day, my duties start from 8am to 5pm. I've set my mind by 5pm I will chow. No matter what, I'm not gonna stay late today. It make me SICK. Talk about my routine today.

╚>Switch on my PC of cause hehe..
╚>Touch up whatever I should..
╚>To pick-up my boss newspaper.
╚>Checking and do update on her diary manual and online.
╚>Clear up her out tray.
╚>Time to check my emails...yessaaa!
╚>bla..bla...blaaaa

She just left to Putrajaya, have meeting with MOSTI and Jab. Perdana Menteri. means that she will not in the office for the wholeday. Myself...?what I'm gonna do today..just stay and do whatever I can.

Me and Pimples..
Uwaaaaaa...!! It was last nite story...I have been suffering from sleeping overdose order.Dunno why. Maybe abit tired. I woke up at 12 something and when I wash my face I saw something on it....Yurrkk!! Is Pimples. I swear, I don't know what happened. Lucky it just 1 of it otherwise not too big ...and still can covered by my compact. I still don't like having the damn pimples, it suck!. That because of all this while I've no problems at all, my face such clear..! Nivea help me alots. <-------This not a free advertisement or promotion okay hehe..

What else...
Heheheh Is hard to see me wear Baju Kurung and today I wear it ..(is looked like perempuan melayu terakhir heheh) White color + some Purple flowers..I'm in Raya Mood already.
I miss my mom..!!


127119 | posted by zz at 9:06am | 6 comments

Thursday, November 4, 2004


127006 | posted by zz at 12:39pm | 3 comments

Wednesday, November 3, 2004

warna² kelahiran part II

sambungan tadi..
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak lupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si-dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak temakan diri!


126861 | posted by zz at 1:30pm | 5 comments

warna² kelahiran part I

ebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu
mewakili warna Kuning atau lebih maktub lagi warna yang paling aku tak suka. Setelah kenal pasti warna korang, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut. Tapi jgnla pula terlalu percaya!!! ini sekadar selingan sementara menunggu waktu berbuka puasa..
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah (Darah)
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.Hehehe jadi sesapa yang ada wife/galfren or whateverlah jadi paham² jer lah ok.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100 percent dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati² dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang! Kira chenta sejatilah ni ek...

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu (Warna kakak² ni)
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.Waahhh sakit ni, taknak cinta yang banyak rintangan!

Hijau(aku tak suka color ni)
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar² sesuai untuk dirinya!

Emas (Color Mewah)
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar² kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning (yurrkk!)
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal² yang romantik bersama si dia.Alahai!
Tak koseeeee.!

Maroon (kot yang tak tahu color ala² darah ikan gitu)
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu² untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren (zahid lagi)
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang² disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam
perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu (hehhe corporate color aku)
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Mata duitan ini..hehe

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem***buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

to be connt...panjang sgt

126813 | posted by zz at 10:16am | 6 comments

Tuesday, November 2, 2004

By --> John Wooden

"You're a success the moment you take action!"

"Don't measure yourself by what you have accomplished, but by what you should have accomplished with your ability".


126739 | posted by zz at 4:49pm | 0 comments