Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Monday, March 1, 2004

ceriakan hati ku seperti senyumannya...

Hidup yang tak pernah lekang dari 1001 masalah. Itulah kehidupan sebenarnya...memang tak boleh lari lagi dari kenyataan dan ketentuanNYA....

Aku diantaranya, sering dibelenggu, tersenyum dan menangis....
Adakala aku dibelenggu, sendiri sukar untuk berfikir secara rasional dan benakku seakan terhimpit sukar untuk meluahkan segala tersirat, aku buntu ketika itu..
Aku juga sering tersenyum, senyumku untuk mereka disekeliling dan untuk ketenangan hatiku, senyum itu sedekah pada sekelian alam maya.....
Aku tak lari dari tangisan, antara tangisan yang berpunca dari kegembiraan atau sebaliknya, kerana hatiku begitu tulus dengan persekitaran.....

Dalam diam aku menyimpan satu impian, impian yang agak sukar dan mustahil boleh berlaku pada mana-mana umatNYA....
Aku ingin sentiasa ceria selalu, dijauhkan dari semua duka....namun itu memang mustahil, aku akur dengan takdirMU...

Sebagai insan, aku punyai rasa dan ingin terus bahagia....untuk mengecapinya tak mungkin wujudnya jalan pintas kesana....dengan itu pohonku padaMU moga kau teguhkan segalanya dalam diri ini....tetapkan janji hatiku padaMU....lenyapkan segala dijahatan dan kemungkaran dunia dimataku.....biarpun sukar diduniawi biarkan menjadi bekalan disana nanti....

AKU ANAK ADAM, tak mungkin mudah rebah..
AKU PUNYA PENDIRIAN, untuk terus menuju kesana..
AKU PUNYA DIA, yang sentiasa memerhati..
AKU KAN TETAP BERSAMANYA...dari mula hingga akhir hayatku..
AKU PUNYA HATI, hanya berhak diubah olehNYA..
TAK MUNGKIN KU BERPALING, hanya kerana patah hati...


14:14[Feb 29, 2004]


92469 | posted by zz at 12:47pm | 2 comments

Friday, February 27, 2004

Naskah sementara..

Aku terlalu peka dengan setiap yang berlaku dikeliling ku sejak kebelakangan ini,
dan terlalu sensetif dengan berita yang melibatkan kematian...
Baru sebentar tadi aku kembali dari melawat seorang kawan yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kesas Highway..seorang rakan yang berlainan agama denganku...Sungguh menyayat hati dan sebak melihat wajah seorang bapa yang meratap pemergian anaknya dan itulah satu-satunya anak lelaki miliknya. Aku jadi sebak sendiri dan rasa tidak mampu untuk berdiri lebih lama disitu..pemergian yang mengejutkan kami semua dipejabat pagi semalam....aku seolah ditarik oleh sesuatu utk menziarah dan memberikan penghormatan yang terakhir...Tanpa fikir panjang aku terus pergi bersama seorang teman lain.

Sesuatu yang buat aku terharu pabila si-ayah begitu tersentuh dengan kehadiran puluhan rakan sekerja dimana bilangan besarnya adalah orang melayu yang beragama islam...Cuba bayangkan, tempat pengurusan jenazah beragama Buddha dipenuhi dengan orang lelaki yang berkopiah dan bertudung... (Rata-rata pekerja ditempatku mmg begitu)boleh dibilang berapa orang kaum meraka..

semalam, dan aku berpeluang melihat gambar kemalangan yang diambil oleh "Cameraman" syarikat sebaik sahaja mereka sampai. Melayang sebentar fikiranku, mudah sungguh "Naskah Kehidupan" ini berakhir...hanya sekelip mata.....bagaimana agaknya kesudahannya epilog kita sendiri.....

"Tuhanku, tenteramkan hatiku didunia ini..
terangkan hati terusan menuju padamu,
hilang kabur yang menyelubungi diri,
agar aku tetap disisiMU untuk hari ini dan seterusnya.
Syukurku aku masih punyai sifat peri kemanusiaan sesama insan.."


18:29[Feb 27, 2004]


92111 | posted by zz at 6:29pm | 4 comments

zL's Blogs...

zL blogs is up yesterday..!!! siapa yea nie ni....hmmmmm...nanti kita siasatt....

9:36[Feb 27,2004]


91981 | posted by zz at 9:37am | 2 comments

Wednesday, February 25, 2004

Alhamdulillahhh semuanya ok..

Tarik nafas panjang selepas keluar dari Klinik Dr. Wahab di Ampang Puteri. Satu-satunya Dr. yang merawat zz dari mula hingga ke hari ini...Mlm sebelumnya zz ada buat ECG kat sebuah klinik berhampiran dengan rumah, tah apa2 tah pasang wayar sana-sini kat badan rimas betul....nak checked my heart bit....ishh memang tak reasonable langsung walaupon on that time zz sakit dada belah kiri...Tak puas dengan result yang dr. kat klinik tu cakap zz gi lah jumpa Dr. Wahab (yang sihat dan cute-miut cam Doreamon) tu kat Ampang Puteri hari keesokkannya...bila ditengok printed report ECG tu Dr. Doreamon zz pon terangkan lah dengan tekunnya kat pesakit dia yang tak jemu dtg jumpa dia.....

Alhamdullilahhh syukur semuanya tidak seperti yang disangkakan.....Bodohlah Dr. kat klinik tu ehmmm maybe dia lom Khatam lagi kot.......menci dia... :-(

Asthma zz tak seteruk seperti sebelumnya, tu yang paling mengembirakan buat zz hari ini cuma nasihat Dr. zz kena remain semua pil-pil tu....satu lagi pesan Dr. my skin allergic dan takleh nak sebarang makan.....isshhh Dr. nie....ruginya takleh makan memacam...Disebabkan zz tak teruk sgt so zz akan buat date lagi dengan Dr. Doreamon tu pada bulan April nanti...insyallah kalau panjang umuir zz lagi ......so terus balik rumah amik TIME OFF tak yah potong cuti ..hehe rugi..bijak-bijak

dah lahhh nanti cite lagi ekk......

19:23[Feb 25, 2004]


91646 | posted by zz at 4:03pm | 10 comments

Tuesday, February 24, 2004

Rinduku yang tak pernah sudah ..

Rinduku bertandang lagi..agak lama tidak aku menziarahimu disana. Terasa jauh sekali. Sungguh pun kusedar rinduku padamu tiada kesudahannya namun hati tetap berdegil untuk terusan merindu. Dan aku selesa begini. Malam itu kau muncul kembali dalam lenaku, tanpa suara tanpa kata...berlalu meninggalkan senyummu yang amat kurindui selama ini. Mainan tidur yang amat ku gemari walau ada kalanya membuat aku menangis sendiri. Kini aku punya cinta dihati, dan dikasih olehnya..tapi aku tidak mampu membohongi diri yang aku kembali merinduimu...satunya penyakit hati yang tiada ubatnya..

Seolah baru berlalu pergi, kau bersemadi disampingNYA disana...bagaimana harus kulakarkan lagi rindu yang tidak berkesudahan ini...hatiku tak pernah kenal erti jemu untuk merindui kenangan lalu....kisah silam, yang tidak pernah luntuh di kotak fikiranku. Hingga terkadang kurasakan "ada baiknya rindu terus padamu agar aku rasa dekat denganmu". Desakan rindu kian mendalam tatkala hatiku sepi dan duka menghampiri diri..sejarah silam kembali menyengar tanpa perlu kubajai, tersenyum dalam tangisan membendung resah sendiri ..dan terusan aku terkandas disini..kerana aku kembali merindu mu lagi...

Mengapa harus kau pergi..
tinggalkan aku terkapai sepi
janji dulu masih belum terkota lagi
diantara kita bersama dulu, mengatur janji lalu
dalam mimpi hadir dirimu, mengundang rindu yang lama terbuku
mengapa harus aku, harus terima takdir pilu
bukan niat mempersoalkannya, namun aku cuma insan
yang seperti insan lainnya, perlukan kasih dalam diri
kasih yang kau bawa pergi selamanya...


p/s: biarkan semua jadi tanda tanya disini, sepi sendiri tapi aku tetap rindu..
18:23[Feb 24, 2004]


91480 | posted by zz at 5:49pm | 2 comments

Sunday, February 22, 2004

120 days...

Biar semuanya berlalu sendiri....meninggalkan aku dan segala yang pasti...
Mungkin ini hikmah yang tersirat, untuk aku menghijrahkan diri dan pemikiran dengan caraku sendiri...

Biar ia berlalu jangan kau undangnya lagi
Terbiar disini memberi seribu erti
Terkubur sendiri dengan makna tersendiri
Cuma yang memahami hanya kau dan aku
Akhirnya begini tidak pernah kupinta hakikatnya
biarkan aku dengan caraku, usah kau khuatiri lagi..
Kuyakini semua yang terjadi memberi hikmah tersendiri
Buat dirimu dan aku disini..


120 hari...
Memang pertemuan sukar difahami...
Bertemu lalu bercinta...
Suatu keajaiban ciptaan Tuhan
Terhadap makhluk ciptaanNYA
Dijadikan berpasang-pasangan

Tahukah bagaimana perasaan Adam dan Hawa bila disatukan disyurga?
Dan kemudiannya dipisahkan didunia buat sementara oleh kerana belenggu dosa...
Berjalanan keseorangan, merintihan mencari kekasih yang hilang...
Tidak pernah meragui ketetapan Tuhan...
Berdoa seiringan dalam menepuhi perjalanan

Apa yang perlu bagi pasangan bercinta
melainkan cinta yang luhur dan suci
Dari cinta maka akan lahir persefahaman diri
Cinta yang terbina jangan ada dipindah ganti....
Kelak kau akan merana sendiri
Diantara kesetiaan dan kepalsuan
Dan juga angan-angan yang berpanjangan

Dugaan adalah asam garam kehidupan...
Kalau tidak, kejayaan yang dibina tidak akan dikenang
Yang pasti, Tuhan tidak menguji hambaNya diluar batas kemampuan
Kerana Tuhan Maha Mengetahui kesanggupan seseorang
Antara kebenaran dan kepastian
Antara kesanggupan dan kesetiaan

120 hari adalah hadiah bagi cinta yang suci
Cukupnya sifat diri bagi generasi yang bakal berganti
Ditiupkan roh bergoncanglah hati...
Diluhmahfuz tinggi terpahatnya janji
Diantara kebenaran dan kepalsuan diri...
Antara yang hidup mahupun yang sudah tiada lagi

Terima kasih diatas segalanya..

16:55[Feb 22, 2004]


91095 | posted by zz at 6:37pm | 0 comments

Saturday, February 21, 2004

Feb 22, 2004 @ bersamaan dengan 1 Muharram 1425H

HIJRAH
Terlebih dahulu zz ingin minta maaf sebelum zz memulakan kata-kata, zz baru dalam semua ini, bagi yang tak mengerti @ keliru. Maaf sekali lagi. 25++ tahun zz disini baru kini zz didedahkan dengan semua ini, mungkin agak pelik bunyinya namun itulah hakikat yang perlu zz terima dengan hati yang terbuka. Mungkin juga satu penghijrahan untuk diri zz sendiri @ mungkin juga untuk sekitarnya.
Genap sudah 1425 tahun peristiwa penhijrahan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Zz tak berani nak mengulas panjang disini...cuma ingin mengajak semua menerungi sejenak seni kata dibawah ini...yang mungkin memberi seribu makna dalam diri insan yang bergelar Islam.

HIJRAH
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam,
Untuk sepanjang zaman.

"Kepada semua umat Islam, Selamat menyambut Maal Hijrah dan untuk diri zz pula masih cuba untuk menghijrahkan minda.."

18:42[Feb 20,2004]


90956 | posted by zz at 9:46pm | 0 comments

Friday, February 20, 2004

"Mariah Carey live in Concert"

Tonite at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Date: Friday, February 20th 2004
Time: 8:00 p.m




Mariah Carey

Before this zz pernah minat giler ngan Mariah Carey nie tapi since dia dah besarkan lagi Br**st dia so zz jadi kureng minat. Rasa rimas pulak..besar-besar camtu hehe.Camne agaknya reaksi peminat-peminat kat Malaysia ni gamaknya, nanti kita tengok sama okay...

To all guys & gals out there "what are u waiting for" heheh
16:38[Feb 20, 2004]


90743 | posted by zz at 4:15pm | 2 comments

My All by Mariah Carey

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart won't let me right
Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to have
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

(Repeat Chorus x2)

I'd give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight

p/s: Dedicated to my love zL's...

10:43[Feb 19, 2004]


90658 | posted by zz at 7:26am | 2 comments

Thursday, February 19, 2004

tak ada aper saja nak singgah....

...hari ini zz tak nak sentuh tentang rindu, walau pun memang itu topik yang zz paling minat.....(Bak kata seorang kawan "zz ada sakit!" sakit rindu yang tak pernah hilang hehe)

Zz sorang di pejabat hari ni, rakan sekerja yang biasa menjadi teman bercuti lak hari ni....kosong sangat, kena pulak boss tak ada pergi oversea...apa yang zz leh buat??? nak blogging tapi takde idea. Tak apa-apa cuma saja nak bercerita kosong sekejap. Tahun ini rasa sekejap aje, tup-tup dah masuk bulan Feb. Pastu nanti March dan seterus....masuk bulan May zz genap 26 Tahun, uwaaaaaa tua dah aku hehehe (yealah lebih dari 25tahun dah kira dah tualah..so sendiri mau ingat pada sesape yg lebih dari 25tahun tu heheh) Masih camni lagi dari dulu hingga kini. Rasa macam nak berhenti kerja tapi sayang pulak.....parents salu tanya bila nak teruskan perniagaan diorg. Zz langsung tak pernah ada niat nak teruskan apa yang selama ini parents zz buat. Now day diorang hanya lepak kat rumah, perniagaan keluarga diuruskan oleh orang lain....zz jadi buntu.

Nak zz buat keputusan, bukan sesuatu yang mudah malah perlukan pengorbanan yang paling besar dalam hidup. Zz punya impian sendiri namun bila difikiran semula 'hati mereka' perlu jugak dijaga.......buntu balik..Macam-macam bermain difikiran....tak tahu mana yang harus didahulukan.....cam nak 'JAMmed' kepala ni. Kalau zz korbankan kerjaya disini apa akan jadi dengan impian zz, apakah bakal menjadi impian kosong.....jika dituruti amanat keluarga, kebahagiaan mungkin ada cuma "bagaimana hati zz"....kompiussssss-kompius....

Tersandar sendiri zz kat workstation nie, berhadapan dengan kerja harian yang tak membebankan sangat. Dah nama pon tanggungjawap kan, takkan nak makan gaji buta pulak heheh...Boss takde so takdelah karenah yang biasa boleh zz layan...org sekeliling, cam biasa dengan tugas diorang...kat sini sunyi....tapi hari ni sejukkkkkkk sesangat...Jappp, nak gi toilet sejuk tak tahan, masuk kali ni lebih 7x dah zz kuar masuk toilet heheh..lelama muka pon cam muka toilet dah hehehe....{cutekan bunga dalam vase tu, ada cute cam zz tak heheh...jgn mare...}

13:59[Feb 18, 2004]


90527 | posted by zz at 1:43pm | 5 comments

Monday, February 16, 2004

Journal of True love..[JoTL]

Mungkin itu tajuknya @ mungkin bakal ditukar kemudian hari..
cerita tentang kami, cerita tentang sekitarnya dan karenah cinta ini..Tanpa jemu mengadap hari-hari bersama jurnal usang ini.
Pelbagai cerita terkadung diantaranya dari mulanya hingga kini....aku diantara jemari yang mencatatkan sedikit sebanyak cerita didalamnya..
Sampai masanya semua cerita dikumpulkan menjadi satu.....Aku jadi terpegun, melihat semuanya menjadi satu kini. Sekaligus menarik minatku untuk meneliti jalan ceritanya hingga ke akhir noktahnya..

Sesekali terfikir sendiri akan kesudahan jurnal ini, apakah akhirnya..membuatkan aku jadi takut sendiri....yang kuinginkan bahagiaku berpanjangan, tidak mahukan ada duka menanti diri dihadapan...
biar pergi semua sengsara hati jauh dari sini.....agar aku bisa terus tersenyum kembali...bersama epilog jurnal yang masih belum pasti akhirnya..

16:00 [Feb 16, 2004]


89908 | posted by zz at 5:13pm | 1 comments

Saturday, February 14, 2004

All of my life...

All of my life, I have longed for someone like you
So warm and tender, with a love so true..

You light up my life, with each passing day
Now that I have found you, I will never let you get away..

The beauty of your smile, and the warmth of your heart
The great inner beauty you possess, is what won me over from the start..

As I sit here and think of you, the memories of how we met are ever so strong
You came into my life at a time I felt so alone..

All of my life I've longed for someone who would love me for whom I am and nothing more
You captured my mind and soul, so you, my love, you are the key to my heart's door

All of my life I have dreamed of a love so true and pure, like yours
Now that I have found you, our love will always endure..

I know we both are human and always make mistakes
All of our mistakes, we will work through for true love is our fate

All of my life I have dreamed of you, and thank God that I…finally I found you..

16:01[Feb 14, 2004]


89631 | posted by zz at 4:12pm | 0 comments

Friday, February 13, 2004

Be my Valentine's.!

b>To my Dearest zL's "I'll love you forever"

I love you so deeply,
I love you so much
I love your warm smile
And the way that we touch.
Your kind, thoughtful way,
The joy that you bring to my life every day.
I love you today as I have from the start,
And I'll love you forever with all of my heart...
All the love that history knows, is said to be in every rose.
Yet all that could be found in two, is less than what I feel for you.

Love me when I'm happy, and even when I'm sad,
Love me when I'm good, or when I'm oh so bad,
Love me when I'm pretty, or if my face is plain,
Love me when I'm feeling good, or when I'm feeling pain.

Love me always darlin, in the rain or shining sun,
Love me always darlin, after all is said and done,
Love me always darlin, until all our life is through,
Love me always darlin, for I'll be lovin' you!

You see, each day I love you more,
Today more than yesterday and less than tomorrow..
May This Great Day bring OUR Love together Forever...

And also to all bloggerss, Happy Valentine's Day..
17:51[Feb 13, 2004]


89504 | posted by zz at 5:30pm | 2 comments

Wednesday, February 11, 2004

Bukan percaya tapi perasaan 'takut' tetap ada..

Singgah aku sebenar diblogs seorang sahabat yang tidak pernah aku kenali cuma sering sekali menyinggah diblogs aku, dalam catatannya menyentuh tentang perginya seseorang lagi...Ya'Allah aku jadi tak menentu seketika...helpout lihat sahaja ceritanya. Tentang perginya seorang teman kerana kerana sakit yang ditanggung, teringat kembali seorang tua yang pernah aku sayangi pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku menyenggahnya....kerana sebab yang sama..dan aku...

Untuk keduanya, Al-Fatihaah dariku..

17:34 [Feb 11, 2004]


89264 | posted by zz at 3:37pm | 1 comments

Tuesday, February 10, 2004

- Truly Madly Deeply -

Finally, zz dapat tarikh ni. Bukan apa cuma '10' kan.. PERFECT.. Actually zz minat lagu ni, dari segi lirik hinggalah melodinya...Soo metelaah takde idea lagi ni, lirik ni jadi sandaran seketika..
I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy.
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need.
I love you more with every breath truly madly deeply do..
I will be strong I will be faithful 'cos
I'm counting on a new beginning.
A reason for living. a deeper meaning.

I want to stand with you on a mountain.
I want to bathe with you in the sea.
I want to lay like this forever.
Until the sky falls down on me...

And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry..
The tears of joy for all the pleasure and the certainty.
That we're surrounded by the comfort and protection of..
The highest power. in lonely hours. the tears devour you..

I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea.
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me...

(Bridge)

Oh can't you see it baby?
You don't have to close your eyes
cos it's standing right before you.
All that you need will surely come...

I'll be your dream I'll be your wish I'll be your fantasy.
I'll be your hope I'll be your love be everything that you need.
I'll love you more with every breath truly madly deeply do...

I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea.
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me...

[repeat until fade]

I want to stand with you on a mountain....

By Savage Garden

9:20 [Feb 10, 2004]


89127 | posted by zz at 5:38pm | 5 comments

I’ΓΓ Γφ٨ε ¥φΩ ƒφ۶ε٨ε۶ zL's

ז Γφ٨ε ¥φΩ §φ δεεэΓ¥
ז Γφ٨ε¥φΩ §φ ЖΩζЧ
ז Γφ٨ε ±Чε §φΩηδ φƒ ¥φΩ۶ ٨φזζε
σηδ ±Чε שׁσ¥ ±Чσ± שׁε ±φΩζЧ
ז Γφ٨ε ¥φΩ۶ שׁσ۶Ж §ЖזΓε
σηδ ¥φΩ۶ κזηδ, ±ЧφΩΦЧ±ƒΩΓ שׁσ¥,
±Чε £φ¥ ±Чσ± ¥φΩ β۶זηΦ
±φ Ж¥ Γזƒε ε٨ε۶¥ δσ¥
ז Γφ٨ε ¥φΩ ±φδσ¥
σ§ ז Γφ٨ε ƒ۶φЖ ±Чε §±σ۶±
σηδ ז’ΓΓ Γφ٨ε ¥φΩ ƒφ۶ε٨ε۶
שׁז±Ч σΓΓ φƒ Ж¥ Чεσ۶±….

σΓΓ ±Чε Γφ٨ε ±Чσ± Чז§±φ۶¥ κηφשׁ§
ז§ §σזδ ±φ βε זη ε٨ε۶¥ ۶φ§ε
¥ε± σΓΓ ±Чσ± ζφΩΓδ βε ƒφΩηδ זη ±שׁφ
ז§ Γε§§ ±Чση שׁЧσ± ז ƒεεΓ ƒφ۶ ¥φΩ…

14:47[Feb 10, 2004]


89066 | posted by zz at 10:03am | 4 comments

Monday, February 9, 2004

Bingkisan malam Jan 6,2004

Malam ini kau tiada, aku rasa sepi
malam ini aku sendiri, cukup terasa sunyi
malam ini ku tak berteman, bagaimana denganmu..?
malam ini kau disana dan aku disini
malam ini segalanya mungkin, diantara kau disana dan aku disini
dan malam ini saksi segala rinduku padamu yang kini jauh..

Sendiri dikamar ini, kulakar rindu hati,
sendiri aku lagi, bersama dinginnya malam
sendiri aku disini meniti titian rinduku,
menghitung waktu bilakah fajar menjelang tiba..
sendiri terus aku disini

Terkadang hatiku berkata sendiri
yang hatiku kini kehilangan sesuatu
mungkin kerana rindu hati yang dibawa pergi..
bersama kasihmu yang jauh disana
dimana mungkin semuanya berakhir
mana mungkin perjalananku berpenghentian disini...
malam ini dan mungkin jua terus aku disini..

8:44[Feb 9,2004]


88891 | posted by zz at 8:30am | 2 comments

Friday, February 6, 2004

Kata sayang, tapi mana buktinya..
Kata rindu, tapi harus ditinggal selalu..
Antara dunia percintaan dan perkahwinan, dua alam yang cukup berbeza..
Percintaan yang penuh kepura-puraan, perkahwinan kadangkala menyakitkan...

Mana satu pilihan yang tepat..?menamatkan segalanya @ teruskan sahaja...

15:41[Feb 6, 2004]


88631 | posted by zz at 3:26pm | 1 comments

Thursday, February 5, 2004

..cayang dia 'kuek²"

Binatang pun kita leh tengok sayangkan anak dia, ni kan pulak kita manusia yang punyai akal fikiran kurniaan Illahi. Betul-betul aku heran dengan ragam manusia sekarang ni. Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini tak putus-putus kes yang melibatkan kanak-kanak yang tak berdosa. Mana dengan kes rogol, dera, bunuh dan macam-macam lagi. Mana perginya akal fikiran diorg tu..?? Kemudian masih bebas buat di luar sana.. seakan tak ada jalan penyelesaian.

Kalau binatang pun masih sayangkan anaknya, agaknya manusia yang sebegini harus disamakan dengan sesuatu yang lebih hina lagi..macam apa yea, nanti aku fikirkan...
MAKAN ANAK..
Teringat aku kisah Hamster kesayangan aku, hadiah dari seorang kawan..dipendekkan cerita, pasangan hamster yang aku sangkakan jantan dengan tiba-tiba salah satu darinya beranak (bayangkan sekali beranak 6 ekor hehe) balik je dari pejabat aku dapati seekor dari anaknya tiada dalam balang tu....bila aku pegang saja badan ibu hamster tersebut terasa seolah ada seeokor lagi anak dlm perutnya. Darah aku naik serta-merta, dengan segeranya aku bawa kesemuanya ke semak berhampiran dengan tempat tinggal aku lalu ku lepaskan disana. Aku lebih rela dia dimakan binatang lain daripada dia TELAN anak dia sendiri......Binatangkan, cukup semuanya aku sediakan tapi anak dia juga dia telan...cehh...

16:47[Feb 5, 2004]


88492 | posted by zz at 2:50pm | 2 comments