|
|
|
|
|
last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat kehidupan laut yang memiliki system untuk menghasilkan cahaya seperti kunang² @ kelip². Seperti yang kita semua maklum kunang² yang bebas menguasai kegelapan malam dan menjadi penghias potret malam yang indah. Sekali pandang, terserlah keindahan hidupan ini dan tak perlu dipertikaikan lagi. Sejenak disini menyinkap sedikit kisah tentang makhluk istimewa ini. (Baca dengan versi Zainal Abidin, Misteri Nusatara hehe)
Ctenophore vs obor²
 Hidup bercahaya dalam laut dalam, seolah punyai kota tersendiri dengan keindahan yang dimiliki. Cahaya yang bertindak untuk mengaburi musuh atau satu asset pelindung diri dari musuh² yang tidak dikenali disekeliliangnya. Diantaranya obor-obor Jengger yang terserlah sifatnya, makluk lembut yang seakan-akan mirip dengan dengan obor² lain. Seperti juga kehidupan lain, memerlukan makanan untuk hidup, makhluk ini umumnya memakan tanaman mikroskopis dan kehidupan² kecil lain dilautan. Dengan menggunakan tentakel (organ yang meyerupai belalai) yang agak melekit dan dapat bergerak di dalam air seperti tali alat memancing. Varietas lainnya memiliki mulut yang sangat lebar dan dapat menelan pelbagai makhluk kecil, termasuk obor² jengger lain. Pengerakkan yang dibantu oleh rambut-rambut kecil dan halus di tubuh mereka banyak membantu untuk bergerak maju di dalam air tanpa sebarang halangan. Selain itu, hampir semua obor² Jengger memilkii sel penghasilan cahaya khususnya di sepanjang punggung tubuh mereka. Pelbagai bentuk tubuh mereka yang secara tidak langsung diantara kehidupan laut dalam yang cantik sifatnya bila menunjukkan cahaya dalam diri dan ibarat lukisan abstrak yang indah.
indahnya cukup mempersonakan..Indah Nian..
[15:15]
|
|
|
|
Objectives that may have seemed doubtful yesterday may seem clearer and more workable for you today. For the most part, you want to pursue dreams and goals which you have wanted to pursue for a long time but might not have been able to do; yet now you see the way ahead clearly. Don't be attempted to move without planning, however. This is too important for you to forget your usual practical approach to everything
..hmmm bla..bla..bla, is me for the day..! cheers bebe
17:15[March 30,2004]
|
|
|
|
aku suka dengan senikata ini.....mungkin sebab simple dan memberi makna tersendiri disebaliknya. Walaupun tak begitu popular namun aku tetap tertarik dengan setiap baris kata-kata yang tersirat...renungkan seketika.
 Seandainya tidur malamku Diulit mimpi bersama denganmu Dan andainya dalam jagaku Bukannya mimpi namun realiti
Kan kugubah puisi indah Seribu makna Demi kasihku padamu
Aku rindu kepadamu Siang malamku Bagai tak menentu
Oh Tuhanku kabulkanlah Demi bahagia..Yang kudamba
14:43[March 29, 2004]
|
|
|
|
Semalam kau hadir lagi dalam mimpiku walau ku tahu tiada sudahnya mimpi ini namun hadirmu tak dapat kuhalang lagi.. Tersenyum kau sendiri, bagai ada yang ingin kau sampaikan aku terusan tidak dapat memahaminya.. Haruskah aku terus kau belenggu, biarkan aku dengan cintaku. mungkin sukar untuk bahagia namun aku yakin mencuba itu adalah yang terbaik buatku...
"biarkan rinduku padamu beralih padanya, kerana dia yang lebih berhak, bukan aku tidak menyinta @ merindu tapi kau tetap jua terusan jauh disana dan tak mungkin kan kembali lagi sampai bila-bila .."
..aku lewat lagi hari ini..
12:08[March 29, 2004]
|
|
|
|
...hari ini suara aku "seksi" aku kepejabat seperti biasa. Tiada yang banyak boleh aku lakukan, sebab masih lagi restructure (tak habis-habis) cuma adalah 2-3 project yang masih rancak dengan aktiviti-aktiviti diorang. Kalau nak ceritakan bosan pulak sebab aku tak involve sangat dalam project. Masuk hari ni dah 2 hari aku tak ada kerja yang perlu diselesaikan. Hanya menghitung masa nak balik je….
Nak dijadikan cerita untuk hari ini, aku dah ler tak ada suara. Bila phone ringing cam biasa aku angkat. Pastu nak cakap hello suara tak kuar……Ciyannya kat aku….apalah pasal leh jadi camni aku pon tak tahu. Nak kata aku kuat menjerit tu hmm rasanya tak. Sebabkan cuaca kot…aku rasalah kan..
11.30a.m Tak tertehan dengan keseksian suara aku lagi dah. Aku ambil keputusan gi klinik. Amik ubat, biasalah leh pergi memana klinik yang aku suka sebab company bayar. Tu yang bestnya. Pastu suka2 hati nak makan ke idak ubat-ubat tu…(Tapi kali ni aku kena makan gaks kalau tak lambat le suara aku baik). Muak jugak aku tengok ubat-ubat ni.
Tak tahu aku nak buat apa hari ni, pagi tadi dok sibuk dengan template blogs nie…yang lagi lama aku pandang lagi bengong kepala aku…aku gak perancangan nak ubah semua sekali tapi tak tahu nak buat apa lagi. So bak kata kawan aku simpan dulu nanti-nanti baru tukar hehehe…lately ni aku macam hilang punca idea. Entah kenapa, nak kata aku susah hati tak juga. Tak tahulah, tapi niat untuk mengadap blogs akan wujud tiap-tiap hari. Kalau tak update at least aku leh ushar blogs member-member yang lain…sambil tengok kreativiti diorang semua. Macam-macam isu yang dibangkitkan…seronok gak..
Sat lagi aku nak balik, nak balik dan nak balik…..ngadap Jammed lagi…apa leh buat kan tulah ragam orang yang tinggal dikotaraya Kuala Lumpur ni, Jammed dah jadi sebahagian dari hidup diorang termasuklah aku…..
Stopp…mudahan aku kembali seperti sediakala hendaknya….
……wahai duniaaaaaaaaaa…!!! Tengok ada org jeles kat aku….sebab suara aku seksi hari ni heheheh…. 
5:15[March 25,2004]
|
|
|
|

Walau pun Pilihanraya 11 dah pun berlalu namun aku masih lagi dapat melihat sisa-sisa bendera-bendera parti yang masih belum diturunkan lagi. Seperti semalamnya, benci pun ada, muak pun ada mendengar pelbagai alasan dari pihak SPR dikaca TV yang tak semena-mena mencetuskan kontroversi murahan. Membekalkan alasan-alasan bodoh SPR memulakan dengan pelbagai cerita yang seakan segaja direka oleh mereka yang pasti membuatkan semua pengundi di Malaysia "Hangat Hati". giler punya kerja..dan aku juga tak terkecuali...
Pelbagai kontroversi tercetus, dari senarai nama pengundi yang agak berterabur hinggalah pengiraan semula kertas mengundi. Pada pandangan aku semua tu kerja gila dan tak masuk akal. Bukan ini kali pertama Pilihanraya diadakan tapi kali yang ke-11. Cukup memalukan. Pengundi dikehendaki beratur panjang berjam-jam hingga ada yang tawar hati untuk mengundi. Tak cukup dengan pegawai bertugas yang sememangnya ketidakcekapan diorg amat terserlah. Buduzlah..
Pak Lah @ BN Menang besar, senyum manjang lebar......Terengganu kembali ke gengaman BN dan mungkin ini satu permulaan yang menarik bagi semua rakyat Terengganu. Atau dengan lebih tepat lagi nak tengok Terengganu berwajah baru. Mungkin bagi sesetengah orang perubahan ini sesuatu yang sukar untuk diterima. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Sementara menantikan keputusan mengiraan semula kertas undi di Kelantan, ada pula pihak yang buat kerja-kerja kebajikan dengan menghantar SMS kepada sesiapa sahaja. SMS yang meminta doakan kejayaan parti pembangkang...hisss memacam.
Banyak pihak yang tidak puas hati dengan keputusan SPR yang sememangnya secara tidak sengaja telah membuktikan keBEnGonGan mereka. Kertas undi yang tak habis-habis diminta dikira semula dan sebagainya.. macam-macam kekeliruan yang tercetus dalam pilihanraya kali ini. Kemungkinan berlakunya penipuan dan konspirasi memang amat jelas sekali dan pihak SPR akan cuba mencari pelbagai alasan lagi untuk menafikannya. Tersenyum sendiri bila aku lihat perkataan "UNDI kita RAHSIA" Opps tapi terang-terang gambar dalam paper 2-3hari lepas gambar orang tengah pangkah kertas undi, aper lah...
Harap semua YB-YB yang pernah menabur janji tu tunai-tunaikan lah. Sebab sekarang tak macam dulu dah semua wakil rakyat dah ada buku PRETASInya sendiri...heheh bagus betul idea tu...cukup aku berkenan. So adalah rekod-rekod kerja yang diorang dah buat bukan hanya cakap kosong je..
Baiklah sama-sama kita tengok perubahannya nanti adakah Manifesto kali ini terlaksana atau hanya tinggal Manifesto sahaja...
Manifesto diri...aku tetap aku...."gemilang, cemerlang...terbilang" kuang-kuang-kuang...!!
12:20[March 24,2004]
|
|
|
|
"jika semalam bisa kekal, akulah insan yang masih segar dengan senyumnya. jika semalam milikku, hari ni akulah insan yang sedang berbahagia dalam pelukkanmu. jika semalam bisa kutahan, tak mungkin kau kubiarkan pergi. jika semalam abadi disini, cinta diantara kita kan terus bersemi hingga ke akhirnya nanti..."
...jika semalam.. semuanya mungkin jika semalam masih dalam genggamanku, kan kupastikan kebahagia lalu milikku kekal abadi disini. Mungkin juga tika ini aku sedang berbahagia dalam dakapanmu. Bersamamu saban masa, bermanja dan bermesra. Bersama bercanda ria di pulauan kasih yang abadi. Takkan kubiarkan takdir memisahkan segalanya dariku. Tak kan kubiarkan kisah semalam berlalu pergi tanpa sempat menjenggahku disini. Kan ku pastikan jua adanya tugu kasih yang ditinggalkan sebelum sempat kasih berlalu pergi.. Indah semalam kan ku abadikan disini agar kisah silam kan terus segar diingatanku....seperti senyummu.
Ku ukirkan senyuman ini, hanya untuk semalam yang pergi. Bersama cebisan semalam yang masih ada sisanya dan masih lagi terasa akan hangatnya... ..aku ibarat sebatang lilin yang sedang membakar...terus menyala untuk menyinari kelam malam...hingga ke akhir penghujungnya.... lilin padam, malam pun kelam.....dan semalam terus tenggelam...
.. jika semalamku bisa terulang, kembalikan saat tika kau mula bertandang....
8:29[March 23, 2004]
|
|
|
|
Tak sanggup kulafazkan cinta Kerana takut hatikan kecewa.... Tak sanggup kuucapkan sayang Bila dihati masih terbayang..... Dilukai ketika dulu... Pedihnya masih menghantuiku
Serik dah ku rasa Mempercayai cintakan abadi selamanya Hingga ku dinoda Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya Tak sanggup aku dihimpit pilu
Benar tak sanggup kuikrarkan janji Yang tak mampu untuk dikotai... Bukannya jiwa tak berkasih Luka lama kurasakan masih mencurigai gerak hatiku.. Pedihnya masih menghantuiku
Benar tak sanggup ku berduka lagi Meletak harapan terlalu tinggi Tak sanggup kugadaikan cinta Pabila dipertaruhkan jiwa... Dilukai...dibelenggu.. Pedihnya masih menghantuiku
blaaaa.blaaa.blaaaa..blaaaaa...17:41
|
|
|
|
dari sini aku meniti padamu.. titian yang penuh dengan onak durinya sungguh ku akui sememang sukar untuk dilalui ketabahan diri akhirnya aku sampai jua Tersenyum dengan takdirmu hari ini aku menjadi saksinya, semuanya berakhir disini.. untukmu, dia milikmu yang selamanya kini..mudahan tiada yang lain melain kan dia...
13:27[March 22,2004]
|
|
|
|
7a.m aku dah keluar dari rumah. Peeerrrhhh..! Keluar je dari gate kawasan perumahan poster-poster yang tergantung semalamnya bertambah-tambahlah banyaknya..diantara satu taktik untuk memancing undi. (Macam Fun Fair pon ada heheh)Meriah sungguh disekitar jalan kawasan rumah aku. Sesekali dalam keadaan camni seronok juga walaupun aku tak gi mengundi..
Teringat ketika baru-baru ini aku bertikam lidah dengan seorang sahabat tentang poster-poster yang berlambak disana sini. Dia cukup tak puas hati dengan pembaziran yang dilakukan oleh parti berkenaan dan cuba bertegang leher untuk menerapkan sikap-sikap merendah diri dan tidak keterlaluan. Heheheh yerlah dari penampilannya aku rasa dia sure dari parti pembangkang (paham2 jer lah kan).
Bagi aku.. Baik parti apa sekalipon ada baik buruknya yang tersendiri. Kalau diikutkan mana ada orang politik ni bersih keseluruhannya. Jangan lah dikira siapa dia dan dari mana asal usulnya tak mungkin akan terkecuali ..piiidahhh. Nama pon politik, yer tak..!
Tinggal lagi sehari jer lagi rakyat Malaysia semua akan pergi membuang undi, mudahan dapat cuti isnin nanti hehehe......(cuti hanya utk T'gannu jerrr)
hmm, nak TAKBIR ke aper nie...taknaklah sebab aku terkecuali. "Selamat mengundi semuanya" ehhh...Jangan lupa F1 beb..!
10:00[March 19,2004]
|
|
|
|

|
|
|
|
....minggu ni memang zz 'kekontangan' idea, memang mood nak menulis tu ada tapi tak tahu nak tulis apa. Biasalahkan, kalau ada idea datang bertubi bila takde ni lah jadinyer....
Semalaman zz takleh tido, sebab flu dan batuk yang datang tah dari mana kena kat zz. Lewat 5 pagi, baru zz leh lelapkan mata sebab telan ubat batuk..membuatkan badan lemah hingga ke paginya. Namun gagahkan diri utk pergi kerja gak...Sampai office lambat dalam kul 9a.m. Tak kisahlah, bukan salu lambat kan tapi jangan jadi habits sudahlah, InsyAllah. Jam kat pc dah kul 10.36a.m nasi lemak tadi masih belum terusik, muak lak rasanyer....iisshhh tak lalu nak telan lah.....biarlah. Awal pagi kerja-kerja last minute camnie memang diantara yang paling zz benci, sabar je lah.
ToInnGG-toOOiNggg..!
Untuk semua member bloggings..! "Happykan diri, hujung minggu nie NGUNDI so ada yang balik kampung dan sebagainya so INGATlah pangkah parti yang kita SUKA bukan parti yang kita tak suka heheheh.. Jauhi diri anda dari KOmmPiuSssssss...
cheers.. srooot-sreeeeeeet.!
10:41[March 18, 2004]
|
|
|
|

....yang tengah bengong...!cun kan rose ni.. 8:49[March 17,2004]
|
|
|
|
Sayu kedengaran dicorong telingaku subuh ini dengan azan yang memenuhi sekelian alam..dan aku masih dikamar ini yang hampir-hampir terlayang kembali bersama mimpi semalam, mimpi yang kian pergi meninggalkan aku disini bersama kisah untuk hari ini. Seperti biasa teman yang agak jarang lekang dari tidurku adalah telefon bimbitku...bukan kerana 'menanti sesuatu tapi itulah teman dimana aku mencurahkan segalanya..'semalaman kumatikannya kerana ingin tidurku lena hingga kepagi ini...
Hp aku on'kan, sms yang bertandang subuh ini...yang dihantar buatku lewat malam semalam dari seorang teman yang amat aku kenali dan boleh dikira rapat denganku. Msg yang berbunyi....
"zz janganlah bersedih..xxx berharap zz happy untuk xxx and I will do the same for zz. xxx tengok zz lebih tabah dari xxx, u deserve someone better than me"
Tergamam aku sendiri....
Sms yang datangnya dari seorang teman yang amat aku kenali, mungkin aku sedih @ perasaan yang bercampur-aduk tika ini...dan mungkin itu juga yang terakhir darinya...msg yang punyai makna tersendiri disebaliknya....Akhir-akhir ini, dapat aku rasakan aku begitu dekat dengannya..walaupun kami bukan datang dari satu tempat yang sama. Tapi hari ini aku diajukan satu soalan dari seorang sahabatnya..."Apakah diantara kami menyimpan satu rasa? atau "Kami saling merindu..?" satu-satunya soalan yang tidak dapat aku jawap dan tiada jawapan yang tersedia untuknya walau pun ada kalanya aku jadi binggung sendiri..
Dia terlalu dekat dengan setiap hasil penulisanku begitu juga dengan setiap isi kandungan laman ini..hingga ada masanya kami seakan terlupa bahawa diantara kami adanya insan lain lagi..Kami telah berpunya..!
"Mungkin aku mencintainya dalam diamku @ sekadar mencintai dan merindui sebagai seorang teman" Dia diantara pendengar setia..yang berfikiran agak terbuka dan senang diajak berbicara. Sikap bersendirinya kadangkala buat aku teruji..hingga akhir ini aku seolah merindu sendiri. Mungkin lepas ini dia terus pergi dan mungkin juga terus mati dari ingatan. Atau apa sahaja mungkin.... Terima kasih teman diatas segalanya....kau kan terus menjadi miliknya dan begitu juga aku sebaliknya...
Jangan ada benci diantara kita. Dan moga ketemu dilain masa mungkin...doaku mengiringi hari bahagiamu moga berkekalan dan selamat hingga ke akhir hayatmu. Berbahagia selalu...moga juga kau kan menjadi insan yang lebih mulia disisinya...
kau tahu dimana aku, kan sentiasa disini jika kau perlu..

18:13[Mar 13, 2004]
|
|
|
|
In this world all things will come and go. And it's hard to know what the future may hold, nothing really stay the same. And when we least expect it our lives are changed.
If something ever changes, and we happen to lose touch.. Please know that I'll always think of you and miss you very much.
So before the world change, I just wanted to say "I'm thankful that we're friend" yesterday and today With time and fortune on our side that I hope we never part. But if we do, remember you are forever in my heart..!
I Will Always Be There For You, Right To The End!
17:18[Mar 11, 2004]
|
|
|
|
...mungkin juga yang terakhir atau belum tentu untuk esoknya untuk kita... kau buat aku tenang seketika namun tersentak dengan tiba-tiba walau ku sedar bukan untuk hari ini malah kerap ia berulang kembali. Dengan hari-hari lalu kita bersama, tidak ku tahu jika adanya satu perkataan yang paling tepat untuk kita. Pelbagai yang cuba kuleraikan namun tidak kutemui jalan pintasnya...walau berulangkali aku mencuba, gagal juga yang menimpa diri...
Tanpa sedar kau ulanginya lagi, tiada gusar namun hanya aku kian hampa. Entah apa lagi daya yang tinggal buatku disini..hanya meniti harianku dengan epilog yang aku kurang senangi...
Kasih... Maaf aku jika kau terasa hati aku tidak mampu membohongi diri lagi hadirmu bisa membuatku tersenyum kembali namun hanya sedetik waktu diperhentian ini aku kembali sepi sendiri..
kasih.. Pergi kau jauh tinggalkan semuanya disini biar aku dibayangi kemesraan lalu lenaku bersama mimpi semalam agar senyumku bisa berpanjangan
Janjiku.. Hatiku kabur untuk sinar duniawi kelam seakan berterusan sepi didunia yang terusnya bingar dan aku rela sendiri berdiri tanpa kasih suci yang utuh dihati..
..semuanya kucoretkan buatmu...yang sering bersama lenaku, yang sering mengganggu mimpiku...biar ia pergi bersama mimpi lalu dan jangan dicuba bangkitkan ia dari terus terlena....
15:00[Mar 10, 2004]
|
|
|
|
"Kulari ke hutan kemudian menyanyiku kulari ke pantai kemudian teriakku sepi, sepi dan sendiri aku benci ingin bingar aku mau ke pasar bosan aku dengan penat enyah saja kau pekat seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai biar mengaduh sampai gaduh ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai"
Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat seperti berjelaga jika kusendiri
16:15[Mar 19,2004]
|
|
|
|
Blue by Ralph Lauren for Women Year Introduced: 2003 Top Notes: Lotus Flower, Muguet, Gardenia, Sparkling Jasmine Accord, Pink Peony, Rose de Mai, Tuberose, Jasmine Petals, Orange Flower, Musk, Ambrette, Sandalwood, Mousse de Chine, Vetiver. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah try ke..? best bau dia..peerrrrhh Damn freshhh..I love it...! Pasni nak try Attraction by Lancôme pulak.
Just to share, zz memang minat dengan Bvlgari, leh buat zz lentok habis..heheheh tapi tak ler lentok ngan orang yang pakai tu..just bau dia je.. 15:15[Mar 9,2004]
|
|
|
|
Turut segala kehendak yang datang bukan dari hati kecilku sendiri..."Tak mungkin aku akan akur dengannya" jauh sekali adanya paksaan dalam hati untuk menyayangi sesiapa pun....jangan harus ia terjadi dalam hidupku.
Bukannya aku tidak menghargai @ sengaja untuk menyakiti namun aku cuma pasti adalah sesuatu yang tepat dan wajar kulakukan untuk diriku..Mungkinkah aku mencintai atau merindui? Tak mungkin kerana ada sesuatu yang kurang aku berkenan mengenainya dipandangan mataku....Mungkin juga aku benci....! atau sengaja hati singgah disini sementara menunggu senja melabuhkan tirai malamnya....aku tak pasti...
"Tiada rasa cinta yang terpaksa dalam sanubari, merindu seseorang yang tidak pernah terlintas difikiranku untuk meletakkannya disatu sudut ruangan hati yang suci. Tak mungkin ia kan terjadi....apa yang paling tepat untuk semuanya..? Seringnya aku bersikap positif namun entah kenapa kali ini sebaliknya terjadi seakan membohongi diri. Aku sedar ITU bukan AKU..!"
16:40[Mar 7, 2004]
|
|
|
|
Aku ingin berkekalan begini..membiarkan minda sendirinya menilai dengan cara yang aku senangi. Membiarkan mereka dengan apa yang bakal mereka katakan. Namun aku tetap dengan caraku, biar impaknya tidak kelihatan kini yakin diriku adanya hikmah dariMU buatku nanti...
Aku rasa sendiri walau kala ini aku punya cinta. Terpinggir dan terasing diri tika kesunyian menampakkan belangnya. Aku tidak punyai kuasa hikmat sepertiNYA untuk menentu hala tujuan seterusnya...hingga ada kala aku kabur sendiri. Aku sering memaksa diri untuk terusan bersikap begini. Positif dengan setiap makhluk alam walau ada masanya aku termenggu sendirian. Dan sering kukaburi mata dan kupekakkan diri dengan segala yang kurang sedap dipandang dan tidak sedap didengar. Ingin sekali aku berbaik dengan setiap insan ciptaanNYA, agar tiada rasa benci dihati mereka padaku hari ini. Lama niat ini terpendam dihati dan masih tidak pasti akan makbulnya. Aku punyai hasrat untuk tidak menyakiti hati insan lain dan pintaku padaMU, relaku kau jemput tika semuanya masih sedar dan sayang padaku. Jangan ditunggu hingga tika dimana aku seolah tidak wujud dihati mereka dan pupus semuanya diingatan, tika itu tiada lagi yang sudi untuk meratapi pemergianku....
Bagiku.. Untuk menjadi insan yang mengenali akan diri sendiri bukan ada jalan mudah terutama jujur pada hati sendiri...Pernah ditanya pada diri adakah kau benar-benar jujur pada diri dan cintamu. Ikhlaskah hatiku dengan apa yang telah kau lakukan sepanjang riwayatmu..? Selidiki semuanya terlebih dahulu sebelum melafazkannya pada insan lain yang kononya mencintai dan menyayangi sepenuh hatimu...
Positif diri.. Aku sering memberi ruang pada mereka yang lain terus kehadapan hinggakan terkadang aku seakan tercicir ditepi pinggiran jalan. Namun sedikit pun tidak pernah menjadi soal dalam dirimu, malah aku bahagia melihat mereka tersenyum. Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawapku sesama insan. Tanpa pernah meminta sebarang balasan..
Ada juga insan yang dalam lekaku cuba untuk mempergunakan apa yang aku miliki.. mungkin mereka kabur dalam celiknya...Aku masih dibawah lindunganNYA. Tak mungkin semudah itu dan sekejam itu Tuhanku akan membiarkan aku teraniaya. Syukurku padaMU, aku masih disini. Dan relaku hilang rasa cinta pada insan lain asal tidak pernah sekilas hati aku hilang rasa cinta padaNYA...
12:00[Mar 5,2004]
|
|
|
|
Hadirmu dalam tidur dan anganku, namum tidak bisa untuk kusentuh.. Subur kasihmu berpanjangan, membuat gelisah hatiku hilang Tiap detik seakan bersama walau kau tak mungkin menjelma Walaupun dirimu tiada namun kasihmu tetap dapat kurasakan Kekal abadi disudut hati
Tiupan bayu seperti membisikkan sesuatu Seolah ada sesuatu yang kau cuba sampaikan padaku Untuk menemani malam sepiku Terkadang hingga ke fajar menyinsing Bersama melayari bahtera ini.. Berlabuh kasih yang tiada kesudahannya
Semakin hari hatiku makin gelisah Cuba kusembunyikan kasih yang ada padamu Namun diwajahku tetap ketara Ingin bersamamu melepaskan rindu dan lara Agar kita berdua kan selalu bersama Walauku tahu kau hanyalah halimunanku Namun hati tetap padamu
Siang hariku seakan tiada halangan Malamku seribu satu ketenangan Merindui kekasihku yang tidak pernah jemu bertandang Biar aku terusan merenungmu agar hilang rindu dendam..
Dan Rinduku kini...tiada lagi ertinya tanpa kasihmu disisi Dan cintaku padamu...adalah cinta yang setulus hati Dan Diriku ini...telah jauh dari segala janji Hanya untukmu aku rela menanti hingga dipertemukan disana...
18:10[Mar 4, 2004] .....zL's
|
|
|
|
Biar kasihku terkubur disini Kekal bersemadi dipusara hati Jangan ada dendam lagi Kerana sejarah silam kian jauh pergi..
Pusara yang hanya kutahu tandanya Yang tersirat akan nawaitu suci yang tak kesampaian Belum termakbul sebarang lagi Jadi pemerhati kasih yang kian hilang..
Terusan dibasahi gerimis pagi Segar berseri kuntum mewangi Apa lagi yang terdaya kini Hanya tinggal berkubu sepi...
Noktar segala cinta lalu henti disini Hanya untuk epilog sepi Moga tidak hadir megulangi Pilu dihati hadir rajuk diri Kelak sukar kasih bersemi.....
9:28[Mar 3, 2004]
|
|
|
|
 Kau buat aku leka mengadapmu tanpa rasa jemu tempatku meluah tak kira apa hingga tak kira detik dan waktu...
Tak kira apa kata mereka yang penting aku bahagia asal aku bisa berkarya.. tak kira apa juga, asal aku suka..
Seperti yang lainnya juga kamu ada habit yang sama Blogs kita, kita jaga Jangan ada dengki sesama..
Seronok memBLOGGINGkan diri Walau aku sedar aku salah mengunakan benefit syarikat.. Tapi bukan aku sorang malah ramai lagi hehe Dari melepak sana dan sini...oklah jom balik..!!! Daaaaaaaaaaaaaa.......<muaaaah>
12:35[Mar 2, 2004]
|
|
|
|

|
|
|