Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Thursday, April 29, 2004

National Summit on Innovation 2004

Date: 29th April – 1st May 2004
Venue: Palace of the Golden Horses, MINES, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

R & D AND INNOVATION SHOWCASE

Meh cari zz kat sini, tengok kat Event site then cari NATIONAL SUMMIT ON INNOVATION ... Mastic

Actually event ni dilanjutkan sampai 1 May 2004. Kalau korang x ada apa² program tu bolehlah datang menjengok we all yang TErrrpaksa berkerja pada hari sempena "Hari Pekerja" ni. Bawa je sesape bukan kena bayar pun.

Exhibition ni akan dibuka untuk public seperti schedule kat bawah ni:-

29/4/2004      9.00am - 5.00pm
30/4/2004      10.00 am - 5.00pm
1/5/2004       10.00am  - 5.00pm

Yang tak bestnya lokasi pameran ni tak ada langsung public transportation kat area tu....so faham² je lah kan

Dalam link 'Mastik' tu tak update pun tarikh perlanjutan program ni. Tapi jangan lak kata zz saja nak pekena sesape lak, percayalah semua fakta² yang ada disini adalah benar belaka tiada yang tidak benar melainkan yang benar..heheh

Jangan lupa lak, haaaaaa satu lagi ingat lagi tak pasal programme The Nobel Prize Centennial yang sedang berlangsung di Pusat Sains Negara tu, hmmm dah pun dirasmikan oleh Pak Lah tadi...

masalah hati dan diri, biar zz letak tepi dulu malas nak fikirkan buat masa ni. oklah...nak gi makan ni..chow


103397 | posted by zz at 2:13pm | 2 comments

Wednesday, April 28, 2004

...Lemau

...aku petik perkataan 'Lemau' ni dari blogs Acr75..mungkin sesuai untuk diri aku utk lately ni. Nak kata buntu..x juga.. Bengang?? entahlah..sukar lak aku nak tafsirkan. Ada yang aku catatkan saban malam sebelum aku melelapkan mata, tapi rasanya kurang sesuai utk aku post kan dalam masa yang terdekat ini. Seakan berubah segalanya dengan sekelip mata. Siapa yang boleh menyangkakan dan itulah ketentuannya. Semalam....sukar untuk aku leraikan. Biarlah berlalu sendiri dan tak salah jika aku katakan hati aku juga turut menyepi. Bersalah pada diri, dalam diam aku menyiksa hati aku sendiri. Nak menangis, aku dah tak mampu lagi. Mungkin airmata juga dah tak mahu jadi teman diri. Jangan nanti hati aku turut terpaku mati...

Jika ada yang mengerti, lihat & fahamilah segalanya disini. Rintihan diri pada hati yang mula menyendiri, pada hati yang tidak lagi mahu bertoleransi. Hati yang tiba² sepi sejak kebelakangan ini. Membuat aku termanggu lagi. x lagi mahu merintih sendiri...

...rindu hati seakan mati
tiada tangis untuk mengiringi
hati kini meraung sendiri
seakan menjauhi diri sendiri...........


..apa lagi yang sesuai untuknya. Sesempurna impian setiap manusia. Ini ketentuan darinya. Ini sudahnya bagi segala. Mungkin sebahagian dari doanya...hatiku berkota disini. Tidak untuk dihirisi lagi..

..hati menjerit sendiri, maaf aku tak mampu lagi membohongi diri..


103203 | posted by zz at 10:44am | 6 comments

Monday, April 26, 2004

...Jerriey oh Jerriey

Wei Jerriey, apa ko nak jadi...
Tak pernah wujudkah sesalan dihati
Jangan tunggu sampai seru mendekati
Takut nanti tak sempat lagi

Kat sane ko ikat
Kat sini ko "Ngap"
Kat sane tercegat
kat sini tercunggap-cunggap

Mana hilang reality diri
Bayangkan pula noktahnya nanti
X berguna jika sesalan hanya dihati
Jika tidak dipraktikkan dalam diri

Dari kata, seakan seribu sesalan
Tapi tetap juga ko terus ber'GESEL'an
Bukan cukup dengan hanya berpacaran
Ada baik ko ambil dan terus aje simpan

Ko ni, janganlah jadi tamak dedua ko nak
Ko kena ingat, diorg juga punya hak
Sebelum dedua bertukar jadi HULK
Ada baik ko pebetulkan akhlak

Ko kat sane, aku kat sini
Ko tah sape, aku tak peduli
Aku hanya nasihatkan, jauh sekali mengeji
Dimana ko terhenti, tetap juga atas kaki sendiri

Dengar kawan, biar aku bebelkan
Tak kisahlah, asal jangan nanti terkilan
Sebelum minggu bergantinya bulan
Baik ko jauhi sikapnya syaitan
Yang tak ko sedar bertopengkan c-polan
Jangan nanti ada org punya 2 badan

Aku hanya mampu untuk nasihatkan
Buat insan yang bergelar teman
Jgn nanti makan nasi pon tak tertelan
Walaupun payah, aku tahu ko mampu lakukan
Benda sedap mmg susah nak tinggalkan
Tapikan....masih boleh cuba man-man...

...Aku ingat ko kena makan byk buah ceri lah, baru boleh menjadi ..hehe..

102788 | posted by zz at 10:11am | 6 comments

Thursday, April 22, 2004

...tiada lagi kata



Dalam ghairah aku merindu
Tidak sedar ada insan melirik pandang
Tiap langkah, barisan kata
Menari memuja walau hanya dengan bicara
Merindu dalam lena
Walau tiada harapan yang ditinggalkan pergi

Tanpa izin diri, aku dicinta pasti
Siapa menjangka aku sekejam ini
Kerana sesekali cuba untuk kunafikan
Adanya hati lain yang cuba mencinta
Yang kurasa sukar untuk diterima hadirnya...

...Hujan, basahilah aku sebelum keringnya titisanmu...


102342 | posted by zz at 5:47pm | 4 comments

.....karat jangan terus dibuang..

Mati hakikat yang pasti
Namun hidup harus diterusi
Apa yang menanti
Tiada yang mengetahui
Antara Aku, Kau dan Dia kini
Masih lagi disini untuk menerusi...
Hari esok yang masih belum pasti....

...Didik diri, meniti walau jalan masih lagi dikabusi....


102298 | posted by zz at 11:55am | 2 comments

Wednesday, April 21, 2004

Tanjung Biru [Part II]



...Ni scenery pagi...hmmm sebelah tu Ilham Resort (Resort berhantu sebab dibina tgh hutan lah katakan) Belakang resort ada Rumah Api Tanjung Tuan, zz tak sempat nak gi atas tu lagi...kat atas tu mmg cantik nantilah kalau berpeluang gi sana..


102069 | posted by zz at 11:21am | 4 comments

Tuesday, April 20, 2004

...orang kata orang..!!

Hmmm bagaimana harus aku mulakan segalanya...disini..?? Hari² aku berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Suka atau tidak tetap juga aku teruskan. Lumrah kehidupan yang perlu aku lalui. Teringat seorang insan, dari luaran cukup sempurna sifatnya malah amat tepat jika satu ketika dahulu aku pernah menjadi rakan akrabnya. Malang sekali keindahan dirinya yang aku sangkakan datang tulus dari dalam dirinya hanya helah diri semata…

Sangkaan aku meleset sama sekali, dia tak ubah seperti insan lain yang gemar menabur cerita dan menokok-tambah cerita ….faham² jelah… mungkin itu salah satu sebab kenapa aku jadi macam ni. Tak gemar dengan orang sekitar aku yang mana aku tahu pe'el diorg yang tak mendatangkan hasil tu..(bukanlah nak kat aku ni bagus)

Agaknya kenapa yea, diorg takleh nak dok diam dan tak senang kalau tak ngata pasal orang. Nak kata culture, hmm ada gak yang tak cam diorg. Aku pon sama seagama dengan diorang. Tak lak pe'el aku camtu. Tak penat ke diorang camtu..??? heran-heran.. 8)

Aku benci orang yang suka bermuka², apatah lagi hipokrit..cukup aku pantang. Kat sini dengan ikhlas aku membuat pengakuan, memang tak ramai yang gemar ngan aku. Sebabnya, aku dilihat seperti insan yang tak bercampur sangat dengan orang. (atas sebab diatas kenapa aku begitu) dan juga cara aku serta penampilan aku amat jauh berbeza dengan diorang semua. Kalau kat office aku hanya dengan cara dan dunia aku sendiri. Senang citer memang aku tak suwai nak join diorg. Lantaklah..

Baik diorg bloggings cam aku ni haa, at least ngadap pc (dok diam) tak bercakap ape². Tak tambah dosa yang sedia ada hehe. Bila boss lalu mata aku tetap kat pc, walau pun kekadang ada gak aku jeling sket kat dia heheh ..

... tak baik kak, citer² pasal orang ni...buat tambah dosa dan cara tak langsung menambah pahala diorg je....sooo tobatlahh sebelum anda disebat..! keh kehh kehh (chow! aku nak balik dah ni)


101893 | posted by zz at 5:10pm | 6 comments

Monday, April 19, 2004

Senja Tanjung Biru [Part I]



singgah disini menjenggah keindahan alam ciptaanMu...



©芝芝:...aku tak pandai nak bikin pic ni cantek lagi tapi rasanya dah cukup memadai bagi aku untuk menghargai ciptaan Illahi....


101625 | posted by zz at 2:21pm | 7 comments

Friday, April 16, 2004



©芝芝:...Gambar dari hasil Digicam aku sendiri..
Heheh walau pun masih byk kekurangannya tapi aku dah berjaya buat sendiri

[17:02/April 16, 2004]


101065 | posted by zz at 4:14pm | 5 comments

Thursday, April 15, 2004

[relex]....Januari by Glenn Fredly

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Reff:
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
oooo....pergilah

tak majuk daaaa...
Horos 4 the day::Some very pleasant dreams, perhaps idyllic fantasies of exotic lands or beautiful people, could come your way tonight. Write them down and consider the symbols later. They could represent powerful revelations about yourself or imaginative ideas that could inspire new projects. On a more mundane level, a sizeable sum of money could come your way from a surprising source, perhaps through legal papers, or from a distant city::


100697 | posted by zz at 8:11am | 4 comments

Monday, April 12, 2004

…bual kosong

-PENAT-
Tiba² aku rasa penat dengan rutin harian sama jerr takde perubahan langsung. Bila time tido, aku macam orang “kena tembak” pengsan, tak sedar apa. Lately rasa penat sangat. Batuk aku yang dah masuk hampir 4 minggu kadang² tenggelam timbul…ini menyebabkan “Teh O Suam’ jadi menu utama aku tiap kali aku lunch atau sememangnya tubuh aku dah tak mahu terima ais agaknya. Entahlah. Dalam pada tu, aku cuba bersikap rasional memang manusia camtu tak boleh lari dari “bosan”. Hakikat yang aku faham cuma saja terkadang nak melatah.

Semalam sempat aku singgah kat Melawati. Entah apa kena agaknya tak semena² aku beli 4 kuntum bunga Rose warna jingga. Cantek..! aku nak bawak ke office esok. Biar semua kat office “potpet’ lagi mulut diorang. Lantaklah, dah culture diorang camtu….tak senang kalau sehari nak mengata.
RELEX-
Aku ingat nak stop sekejap ‘bloggings’ bukan aku tak suka tapi….nak sedikit ruang untuk tenangkan fikiran aku. Sememangnya akhir² ni bercambah² malah berpusu² yang datang dalam kotak fikiran aku ni. Hingga terkadang aku sendiri pun tak tahu apa semuanya tu. Namun aku masih mampu tersenyum lagi. Itu reality yang pasti.
IDEA-
Apa yang tak kena dengan ‘blogs’ aku?? Apa kata korang bagi aku ideaadangan. Manalah tahu kan kot idea korang leh diterima pakai. Tapi aku ni memang cerewet kot…atau lebih dekat banyak songgeh..hehe
Aku punya 2 orang pakar/penasihat berkenaan dengan blogs aku. Walau pun aku ni banyak kerenah tapi diorang tetap setia ngan aku..”Mekasih Korang!”. Rasa macam malas nak tulis lagi tapi aku takut sendiri sebab menulis dah jadi darah daging aku. Tak kira aku dimana, kalau tak jemari aku tangan aku ligat terus bermain kata.

Arrhhh…
Janganlah tuduh aku yang bukan²..!! kesian aku tau. Siapa sangka aku dah habih baca 3 buah novel dalam masa 2 minggu. Kepala aku macam nak 'Jammed' ni….oklah…Tak janji tapi aku cuba remain. Ada bahan nanti aku post cam biasa.
Adios-

apa pun aku dan rindu tak mungkin terlerai….


100136 | posted by zz at 5:56pm | 7 comments

Friday, April 9, 2004


Mana hilang belaian lalu
Tika dulu sering dalam dakapanmu
Sering aku dikucup mesra
Sering aku dibelai manja
Kasih terlimpah tiada hentinya

Semalam terluah segala
Tiap baris kata tersusun, kaulah mataku
Untuk yang pertama tak mungkin berakhir
Menitip tanpa jemu, namun kutahu jauh dihati
Aku masih lagi "bertahta disitu"

Imbas semula, bagaimana 'ia' terjadi antara kita
Bersama mengharungi segala
Saat akhir bersatu hati, terlalu byk rintangan menimpa
Namun kini aku bisa tersenyum lagi
Kerana kau miliki ku kini....

khas buatmu yang sering memerhatikan tiap baris tarian jemari ini....


99699 | posted by zz at 4:58pm | 1 comments

Thursday, April 8, 2004

..apa lagi yang mampu aku kata..

Tersandar aku sendiri selepas balik dari lunch sebentar tadi. Merehatkan diri seketika sambil mengadap email² yang masih menunggu dalam inbox. Berderet pulak kali ini. Satu persatu aku buka…hingga aku tergamam sendiri dengan email yang satu ni. Lihatlah sendiri..bagaimana mungkin hatiku tidak tersentuh. Kerana aku juga tidak terkecuali dan pernah merungut dengan rezeki yang datang dari Tuhan ku. Aku bukan jelmaan Malaikat yang sempurna sifatnya. Tapi aku punya hati…seharusnya aku bersyukur, namun apa dayaku….



"Ya Allah, selamatkanlah umatMU yang teraniaya di bumi tumpahnya..Selamatkan umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh² MU. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka….

…Amin, ya Rabbal A'lamin."

..........kenapa??


99442 | posted by zz at 2:30pm | 7 comments

Wednesday, April 7, 2004

...dalam gelap aku menulis lagi

Semalam pergi dengan memori
Hari ini dengan realiti
Esok masih lagi dalam fantasi

Semalam mungkin ada senyum untukku
Hari ini masih belum habis kulalui
Dan esok masih ada lagikah girang dihati
Bakal mengukir senyuman hakiki..?


<Dialog yang pudar>

Ayang: Tito, Ogy kirim salam
Tito: [sambil tersengeh] Aku nak jumpa dia belakang kedai Indera malam nanti. Tolong yang.
[senang dengan hanya memanggil Yang]
Ayang: Nanti aku sampaikan. [sambil mengusik] Tooo, Pak Anjang pun kirim salam..hehe

Pak Anjang bapa Ogy yang memang dikenali dengan sikap garangnya. Memang tak siapa yang berani kecuali Tito yang cuba memberanikan diri bersama anaknya.

Tito: Yang..! jangan lupa..! [dengan nada sedikit kuat]
Ayang: Ok.!

Keduanya beransur pergi meninggalkan kedai makan Pak Wen yang sering dijadikan persinggahan.Malam menjelang..[Dibelakang kedai Indera]

Ogy: Ada apa “aie” nak jumpa?[nama manja Tito yang hanya dipanggil oleh Ogy saja]
Tito: Tak ada apa²..saja [sambil merenung mata mata Ogy atau lebih tepat lagi memang itu tabiat Tito tiap kali jumpa Ogy]

Pertemuan yang sering dihabiskan dengan berdiam diri kerana tak tahu nak bicara tentang apa. Macam cinta monyet.

Tito: Untuk Ogy. Ambil ni.
Ogy: Apa ni?
Tito: Sweater. Boleh pakai nanti.
Ogy: Terima Kasih.

Ogy merupakan insan paling istimewa yang bisa mencuri hati Tito. Ketika itu memang ramai rakan seangkatan yang cuba memenangi hati Tito. Tapi Ogy yang berjaya memilikinya. Sweater yang masih dalam pastik dipegang erat oleh Ogy. Sambil berbual kosong akhirnya jam menunjukkan ke angka 12tgh malam. Sebelum beredar pergi sekali lagi Ogy direnung. Nak taknak terhinggap juga sebuah kucupan dipipi Tito. Satu tindakan yang membuatkan Tito terdiam seribu kata. Lalu pertemuan pun berakhir.
Tito tersengeh sendiri. Dicapainya gitar dan lagu “Cinta Bandar Tasek Selatan” jadi pilihan. Disatu sudut dia tenang sambil menyanyi sendiri. Kucupan dari Ogy benar² menbuat dia tersenyum.

Kini…
Tito telah kembali ke rahmattullah kerana terlibat dengan tragedi letupan Gas Petronas di Kertih, Terangganu 2 tahun lepas.
Ayang, ghaib dari desa kerdil ini dan berhijrah ke Cameron Highland.
Ogy, membawa diri ke Kuala Lumpur dan meniti episod² kehidupannya.

Terimbas segala dengan tidak disengaja…Al-Fatihaah.


99190 | posted by zz at 9:33am | 4 comments

Monday, April 5, 2004

04.04.04 (Mati..mati...mati)

Bagi kaum cina bilangan No.4 atau No. 4 tu sendiri memang tidak elok buat mereka. 'SHee' disebut dengan kedudukan lidah tergantung diantara gigi atas dan bawah dengan sedikit dengungan. Mengeluarkan bunyi yang sama dengan perkataan 'MATI'. Walaupun keduanya memberi makna yang berbeza namun pada mereka tidak mungkin nombor berkenaan menjadi nombor kegemaran. Kepercayaan yang agak berlainan sekali. Jika dibandingkan dengan Islam. Namun begitu sifat-sifat menghormati tetap harus dipupuk walaupun diantara mereka punyai kepercayaan yang berlainan.

Bagi aku, tidak nampak sangat keteranya ini mungkin kerana aku sudah terlalu lama bercampur dengan mereka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa (C) di sebuah desa selama 6 tahun, dan terpaksa menghabiskan masa selama setahun di kelas peralihan dimana kesemua murid-muridnya terdiri daripada kaum cina. Satu pengalaman yang amat sukar untuk aku lupakan. Teringat satu ketika dahulu aku pernah mempunyai nama gelaran cina. Yang masih segar dan terkadang masih aku gunakan hingga sekarang. Jika bisa aku ulangi segalanya, aku ingin kembali pada saat itu tapi semua tu mustahil..

2 hari sudah aku baru selesai membaca sebuah novel tulisan anak tempatan. Cerita berkenaan dengan seorang mualaf. Boleh tahan jalan ceritanya cuma...ada part yang agak kurang logiknya. Nanti jika berkesempatan akan aku kongsikan disini..(pstt...aku sibuk sebenarnya ni tapi lari sekejap sebab letih punya pasal....)

Esok MoSTE Minister, Datuk Jamaluddin Jarjis is visiting our office so aku sibuk tapi sempat lagi bloggingss...

98980 | posted by zz at 1:19pm | 6 comments

Friday, April 2, 2004

Mampukah kita..

THE NOBEL PRIZE
CENTENNIAL EXHIBITION
Kuala Lumpur, Malaysia 2004

Tempat: Pusat Sains Negara Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Tarikh : 20 March – 27 June 2004



Terbaca satu artikel mengenai Alfred Nobel (1833 -1896) dan terfikir sejenak bagaimana dan bila agaknya anak Malaysia bakal tersenarai disamping mereka-mereka yang diiktiraf intelektual. Mungkinkah dan layakkah kita? Bermula dari 20 March lagi Malaysia menjadi tuan rumah Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel. Apa signifikasi pameran berkenaan diadakan di negara ini yang mana rakyatnya belum pernah menerima anugerah berprestij itu?

Adakah ini termasuk diantara usaha untuk merealisasikan impian Malaysia untuk memenangi anugerah berkenaan menjelangnya 2020. Kesungguhan yang tak mungkin mendatangkan kejayaan jika masih tidak wujud lagi akan kesedaran betapa sains merupakan nukleus kehidupan manusia.

Seperti kata Naib Presiden Akademi Sains Malaysia, potensi Malaysia untuk memenangi Anugerah Nobel lebih tertumpu kepada bidang sains seperti fizik, kimia perubatan dan fisiologi. Tiga bidang berkenaan adalah sebahagian daripada enam Anugerah Nobel yang diberikan kepada mereka yang layak selain keamanan, ekonomi dan kesusateraan pada 10 Disember setiap tahun dan penerima dalam bidang sains biasanya mereka yang berjaya dalam penyelidikan fundamental dan bukan bersifat kegunaan.

Penyelidikan yang dijalankan juga haruslah dilakukan secara berkumpulan bukan berseorangan. Ini adalah berdasarkan daripada latarbelakang penyelidikan yang telah dijalankan selama ini. Dan terdapat banyak faktor-faktor yang perlu dititk beratkan dan
perlu diingatkan juga percalonan datang dari seluruh pelusuk dunia dan dibuat oleh institusi atau individu yang pernah menerima anugerah tersebut manakala hasil ciptaan itu perlulah memberi manfaat kepada manusia.

Malaysia bertuah kerana terpilih sebagai satu diantara 10 destinasi pameran tersebut. Dan merupakan satu-satunya Negara ASEAN yang terpilih sebagai lokasi dalam Negara Asia ketika selepas Jepun dan Korea. Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur yang terpilih sebagai lokasi pameran secara tidak langsung akan mencatatkan satu lagi sejarah kerana telah menjadi satu destinasi pameran kepada sebuah nama yang termasyhur di seluruh dunia.

singgah sekejap..A.Nobel..


98632 | posted by zz at 6:41pm | 2 comments

..layar hidup

Manusia dan kerjaya
Bergelumang dengan pelbagai liku hidup
Demi untuk mencapai cita
Demi untuk kecapi ke menara
Tidak kira apa cara, asalkan berjaya..

Aku tidak maksudkan semuanya begitu...tapi aku yakin terdapat segenlintir insan yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mencapai apa yang dihajati. Baik dari jalan yang diredai maupun tidak. Seperti kata seorang sahabat, manusia disekitarnya manusia gila. Manusia yang sanggup mengejar dunia dan sanggup melalaikan urusan akhirat. Berkejar-kejar mencari nama dan harta. Tidak mengira masa dan ketika. Yang dikecam maupun direjam fikirannya. Tiada terdetik dihati dengan rasa simpati jauh sekali berpaling pada yang terpinggir pergi.

Sukar untuk aku teruskan, takut nanti terkena batang hidung sendiri. Bukan takbur atau bangga diri. Akan kucuba sedaya hati. Selagi tegus pendirian diri. Yang berkuasa tak mungkin sekali aku lupai.

© terkadang goyang sendiri dengan kata pendirian diri. Dimana lagi pasti..


98552 | posted by zz at 12:34pm | 3 comments