Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Monday, May 31, 2004



Sayang untuk aku lepaskan semalam yang pergi...namun kenyataan tetap kekal bahawa ia tak mungkin kembali lagi. Kenangan yang memberi seribu erti dalam mengiringi langkah perjalanan yang masih belum diakhiri. Datang dan pergi berutusan tenang, hingga aku leka untuk menghargainya dan terbiar lalu pergi...

Aku sering alpa dengan arus dunia, hingga terabai kasih-sayang dalam diri ini. Aku sering mengukapkan rindu namun rinduku tiada tuju. Aku sering dahagakan kasih lalu tapi tidak pernah yang kekal dalam hatiku. Mungkin banyak karenah hati ini sebenarnya, hingga sering rimas dengan segala. Mengapa tiada juga yang terpilih atau mungkin benar hatiku kian mati. Seolah tiada tindakbalas yang pasti..

Bila sendiri, baru aku sedar bahawa duniaku sepi. Tiada kasih dihati, tiada insan untuk dirayu manja...seperti kasih lalu...
Mungkinkah aku akan terus berkekalan begini...? Aku yang tidak pasti..

May cukup memberi makna dalam diri...dan aku pasti akan merindu May ini. Tiba masa May berlalu pergi....tinggalkan aku disini lagi.

Disini aku dilahirkan, disini juga hadirnya Ibuku..
Disini kau pergi selamanya, disini juga kasihnya mula bertaut..
Disini ibarat singgahsana, tiada terdaya untuk aku menepisnya..
Disini kutemu kembali irasmu, namun tidak pasti wujudkah kembali episod itu..
Disini tercatat pelbagai kisah, yang sering mengundang hati resah..
Disini tak akan terulang lagi, membuat aku sering menanti hadirnya kembali May ini......

Terasa begitu pantas segalanya meninggalkan aku disini. Terus pergi hanya tinggal kenangan semalam lagi. Aku terusan disini merindu sendiri. May yang memuji dan May yang memuja...May yang dicerca dan May yang dihina. May yang sering aku tempuhi dengan hati yang ceria. Tak pernah kukira segala yang datang menerpa. May ini membuat aku sering teruja...

Episod May masih punya sisa, mengiringi hari² berikutku..bahagia untuk diri tidak pernah kubela...biar sendiri dengan apa yang ada. Jangan ada yang melatah dengan semua ketentuanNya. Mungkin ini yang terbaik yang dicipta khas buat aku disini, aku punya hak untuk terus menyuluh lorong hidup sendiri. Walau cahaya ini kian kabur namun sinar hatiku masih terus menemani diri..

Salahkah jika aku yang menumpang cerianya...menghirup deria bahagia dari dalam dirinya. Tiada yang pasti namun aku bahagia malah tenang kekal begini. Izinkan aku menyinggah disini setelah penat aku berlegar kesana kemari. Biar usang titian perhentian ini namun tetap aku dekati. Biar rapuh titian ini namun tetap dapat diihat teguh disini. Dedaunan yang turut menari bersama bayu pagi tidak pernah bosan melambai aku disini...mengheret aku untuk berlabuh dan bersenda. Indah bagai mimpi dengannya, membuat aku asyik dengan mainan senja ini. Biar pun sinar senja kian diselubungi suram.

....Bila berpasangan..apakah benar hati & diri seorang kekasih milik MUTLAK pasangannya..???.....eiii kesimpulan aku sendiri, TIDAK...!


108366 | posted by zz at 6:24pm | 10 comments

Friday, May 28, 2004

KEJAMnya aku......

Bila aku mula renungkan, terlalu banyak silapku
Bila aku perhatikan, sepi benar hatimu
Tubuh dinginmu merengkok kaku, dahaga pelukkanku
Aku tahu ada tika hatimu mula memberontak sendiri
Cuma aku yang dengan sengaja menidak realiti....

Aku sedar ada masa kisah semalam sering dirindu
Renungan suram yang mengharap belai manja dulu
Sesekali dapat bersama, itulah saat yang Diidam
Mungkinkah benar aku yang leka..?
Atau mungkin aku yang sering terlena..?

Kejam benar aku menghukum kasihmu
Terus membiarkan hati kecil terluka lagi
Membiarkan rindu terkapai sendiri
Walau aku mula sedar semua hakikatnya kini
Kasih terpahat tampak pudar
Kusam tanpa dihiasi sebarang warna
Tidak seperti hari sebelumnya
Dimana nyatanya dalam aku cuma ada dia
Dalam dia cuma aku buatnya....

Entah apa dan dimana silapnya kini
Ceria semalam berganti kelam
Apa lagi mungkin selepas ini menanti
Segalanya terbiar kaku sepi
Biarpun ke-kanan mahu pun ke-kiri arah langkah ini
Tetap juga terus kekal disini

Dimata mula ada benci adakala yang bersilih simpati
Tika ini hati mula berbicara sendiri
Hilang kata penganti diri, tiada helah untuk aku lagi
Hanya seraut wajah mencoretkan rasa
Kemas terukir lukisan diminda..apa lagi untuk dirinya hari ini
....disini aku teruskan fantasi ..kekal berimaginasi sendiri
Namun kali ini yang hakiki, didunia realiti
Bukan rekaan kata pengubat hati
Demi mencuri kembali hatimu yang mula pergi
Biar aku luahkan hanya disini
Demi meredakan gelodak dihati...

"sayang, aku rindu pada kisah semalam..dimana aku sering dalam dakapanmu dan belaianmu"

Luah hati selalunya luhur & kata hati tak mungkin menipu diri..


108053 | posted by zz at 1:47pm | 4 comments

Wednesday, May 26, 2004

....kalaulah benar cinta itu buta....

Comot: Met², Met nak tak kalau Mot ajak tinggal kat sini...sure privacy giler kan.

Comet: Takmolah Met, nanti kalau duduk situ kalau gaduh nanti mane cukup tempat nak lari..takkan nak terjun laut kot..! Dah tu batu tu genting sgt eeeiii gerunlah...

Comot: Kita janganlah gaduh²...boleh kan...

Comet: Mana boleh, Comotkan banyak *outlet* mana Mot nak campakkan semua outlet² tu...ke Mot nak bawak semua kat sini..

Comot: Eemmmm....mana ada, diorg tu semua moonlight jer...Met lak Sunshine, mana sama..hehhe
Comet: Memain lagi yea, tarek idung tu kang...! x naklah sebab nanti takleh nak cuci mata pastu lak rasa cam takde life jer kat situ...

Comot: Alaaaahhh boleh lahhhh..Met x sayang kat Mot lagi ekk...

Comet: Sayang tu sayang, tapi x molahhh....agrement kita tak stamping lagi.....term & condition pon tak dipersetujui lagi...baru je review belum finalize lagi.

Comot: Emmmmm banyaknya procedure dia....bila nak stamping..?

Comet: Tak performance, camner nak stamping..sia-sia je nanti. Kot yea pon biarlah berbaloi.. Satu lagi sebab graft dia tu kadang² turun naik lah, tak consistence....eiiii camner tu..eeii gegarlahhh nanti....

Comot: Waaaaa lama betul ....probation x ni.....eeemmmm.... takpelah...

Comet: Lama tapi boleh dikirakan berbaloi kalau stamping nanti....lebih dari segalanya....tu yang nak kena hati².... Met nak stamping kali nie biar sampai *makan tak habis punya* heheheheh

Biar betul Comot tu melayan karenah si-Comet tu...eeeiii sabar je laaaaaahhh nak buat camne kan...dah dia dilahirkan memang ngada²...jgn TTtterrroVer dah lerr

107741 | posted by zz at 4:42pm | 4 comments

emmmmm...pagi semua..

Sesuatu yang menarik perhatian aku sepanjang perjalanan aku ke office pagi ni. Kata² dari seorang pendengar di Radio..

"Diantara tindakan paling kejam didunia sama ada sedar atau pun tidak ialah...dengan memaksa hati insan lain untuk mencintai diri kita"

Aku takut terjebak diantara Kasih dan Kasihan....issshhhh zalim betulkan.Bila hati mula terjebak makanya jadi camni lah...
Kalau terjebak dengan kasih tentu membahagiakan...tapiiiiiiii
Kalau terjebak dengan kasihan tentu menYEKSAkan kan..

Emmm aku suka dengan kata² tu tapi takut lak kot kalau² terjebak sama....korang²lak camne..


107636 | posted by zz at 8:28am | 3 comments

Monday, May 24, 2004

"Personal Description" ♥♣

:::AKU SUKA:::

♥Ada yang amik berat pasal aku. (Tapi taklah sampai aku rasa jadi rimas)
♥Ada yang sayang. (Dalam ertikata tak cuba nak menggongkong diriaku)
♥Yang boleh manjakan aku. (sebab aku ni kadang² mengada² gak)
♥Buang masa dengan melepak atas katil. (betul kata seorg kawan, katillah yang paling rapat dgn kita sebenarnya hehe)
♥Tulis ikut suka kat buku nota peribadi aku. (tak kira masa baik jam 4pagi sekali pun, aku suka)
♥Baca Novel. (Habiskan bacaan dalam masa yang paling pantas aku boleh)
♥Menyendiri. (Ikut mood akulah, aku ni kadang² moody)
♥Mengelamun & berfantasi sendiri. (Leh cetuskan idea dalam pala aku ni)
♥Update organiser aku. (Aku guna mobile organiser, tu yg salu disalah anggap tu..)
♥Bloggings. (sebab aku suka baca blogs org dan aku suka menulis)
♥Suka ngadap pc berjam². (Cuma aku je yg kadang² ego tak mau pakai spek dan aku ni sebenarnya rabun )
♥Long Friendship. (x kisahlah walau pun aku tak kenal rupa dia camne)
♥Berdebat jika aku rasa aku benar. (Sendiri mau ingatlah)
♥Suka dengan graphic² yang menarik @ nampak misteri.
♥Aku suka tgk benda² yang menarik. Tak kiralah benda ke, org ke ada ke as long as menarik.
♥Lain² akan ditambah kemudian hari mengikut citarasa aku nanti...sebab aku tahu banyak benda yang aku suka kat dunia ni heheh..

:::AKU x SUKA:::

♣Org yang suka bangga diri. (terutama dgn kedudukan dan harta benda)
Org yang berlagak. (Bagus sgt dengan lagak bodoh tu)
♣Org yang cakap tak serupa bikin. (Bla...bla...bla)
♣Mengata kawan sendiri. (Depan sikit punya baik manusia camnie)
♣Manusia yang bermuka². (Nie jenis talam basi 35 jenis muka ni)
♣Tengok Movie. (Sebab akhirnya movie tu akan tgk aku balik hehe)
♣Tengok Bola. (Paling aku tak suka tengok orang tendang bola, Busannnn)
♣X kenang budi orang bila dah senang. (Wujud manusia jenis nie)
♣Bzbody tak tentu pasal, menjaja cerita org kehulu-kehilir.(Hrmm alahai)
♣Bersesak. (Sebab macam² bau ADA..!)
♣Org yang reti nak bagi pendapat. (Rasa macam Tin Kosong betul..)
♣Keadaan bising. (Bingit....boleh buat aku jadi benggong)
♣Org yang suka buat tuduhan melulu. ( Benci betul spesis camnie)
♣Org yang tak tahu nak guna Otak untuk fikir. (Mungkin dia guna lutut kot)
♣Org yang suka paksa aku. (Bentak dalam diam...arrhh)
♣Tak suka byk makan. (Nanti aku jadi tembun)
♣Tak suka org terhegeh² (Kadang tu rimas gak org camnie)
♣Tak suka org yang suka tunjuk diri tu perfect. (Bagusssnyaaa alahai)
♣Tak suka berpeluh. (Eiiiyurkk...baunyerrr emmm)
♣Hhhrrmm, aku rasa ada lagi tapi entahlah nanti aku fikirkan. Nanti²lah aku add lagi..

Biar aku teliti betul² ni bab ni kalau tak nanti ada yg makan
DIRI...sebab kadang² aku tak tahu apa aku suka ke idak ke..janganlah sampai ada yang kata aku ni GILER heheh


107324 | posted by zz at 1:01pm | 8 comments

Friday, May 21, 2004

..serpihan rindu semalam AKHIR

:: Edition: Kiran's Assoc.
:: End Date: 21 May 2004
:: Location: Kuala Lumpur
:: Time: 10:55p.m

Ilzan tidak lagi wujud dibenaknya seperti hari² semalam. Namun sepi jelas tercermin diwajah Kiran. Dia lebih banyak menghabiskan masanya sejak kebelakangan ini dengan membatu didepan komputer dan sesekali dilihat bercakap² ditalifon. Seharusnya pagi ini Kiran perlu berada di UM, untuk menemui seseorang diatas urusan rasmi. Namun tetap juga dia tidak beredar dari tempatnya. Sehinggalah keakhir waktu pejabat, sebelum pulang sempat Kiran kirimkan sms pada Ilzan. Namun tetap hambar tanpa balasan. Dia bosan kini, tidak mahu mengalah lagi dan kali ini Kiran bertekad untuk tidak mengulangi semula tindakan bodoh tadi. Kiran mahu menghentikan segala rayuan kini dan ingin singkirkan rasa rindu hatinya. Dalam tenang Kiran memohon pada yang Esa.

"Ya'Allah..andai dia ditakdirkan buatku maka satukanlah rindu kami. Andainya dia bukan untukku maka luputkanlah dia terus diingatanku. Dan peliharalah hati kami dari kekecewaan"

Ungkapan yang terlintas secara² dihatinya dan benar² mengharap agar semuanya akan kembali tenang. Kiran memujuk hati agar tidak mendendami Ilzan. Tiba masanya Ilzan perlu digugurkan dikotak fikirannya walau bagaimana sukar sekalipun Kiran harus tegas untuk melaksanakan naiwaitunya. Tiada lagi kata yang boleh Kiran ungkapkan, dikamarnya dicatit sesuatu didada buku nota peribadinya.

"Andai kau jelmaan rindu, bahagiakanlah hati dan diriku. Jika benar jelmaan kasihmu, bisikan padaku hanya aku dihatimu.
Andai hadirmu mengorak luka, pergilah jauh sebelum hatiku berduka. Jangan dipaling lagi, jauhilah aku agar terpelihara hatiku dari kecewa"


Segalanya telah ditetapkan dihatinya kini. Kiran tersenyum walau senyuman itu berbaur hambar. Mungkin dalam hati masih punya sisa yang terbukam. Kiran kembali kealam realiti cuma untuk masa ini dia lebih suka menyendiri. Bukan kesali denganapa yang terjadi, tapi cuba untuk mendidik hati agar jangan mengharap lagi.

"Aku insan hina tapi aku tetap makhluknya, syukurku padamu Ya'Allah segala ujian yang kauturunkan buatku kini mengorak pergi. Pintaku padamu peliharalah hatiku ini Ya'Allah". Lindungilah aku dari terusan leka dengan segala godaan yang mengheret petaka
Rintih hati kiran sendiri.

Telah dibuang jauh² nama Ilzan dibuku hatinya. Dengan rasa penuh rela agar tiada kecewa lagi dihatinya. Tiada lagi yang harus diulangi. Biarkan kisah ini menjadi yang pertama dan terakhirnya dalam diri. Tidak mahu diulanginya lagi. hatinya kembali tenang pagi ini, tenang dengan keputusan ini. Kiran mampu tersenyum kini. Kelihatan kini dia sendiri di Kafeteria menjamu diri. Kiran memang disenangi oleh rakan sekerja, apatah lagi sapaan rakan² yang melintasinya. Selesai bersarapan, beredar Kiran dari situ berjalan sambil membaca sesuatu ditangannya. Tiba² satu sapaan menyapa hingga terhenti tumpuan Kiran.

"Assalamualaikum" Sopan menyapa Kiran dengan tidak semena².
"Waalaikumsalam" Menyabut salam walau sedikit kebinggungan.
"EHH..,orang UK dah balik rupanya. Apa cerita tinggalkan aku tiba² heheh..?" Usik Kiran sambil tersenyum.

Seorang teman yang pergi meninggalkan segala disini tanpa sebarang sebab-musabab. Hilang tanpa berita, 5 tahun lamanya tapi hari ini tiba² terpancul didepan matanya. Tersadai mereka berdua ditirai laluan Kafeteria, sama² menukar cerita. Tampak tenang diwajah Kiran kali ini. Dalam kehampaan dia sebenarnya telah berjaya, berjaya menawan hatinya dari terus kecewa...

...dalam hampa dia berjaya. Mungkinkah itu rahsianya.


106980 | posted by zz at 10:03am | 5 comments

Thursday, May 20, 2004

...serpihan rindu semalam PART 6

Hari² Kiran berlalu dengan pastas sekali. Berita Ilzan makin kusam kini, walau dihatinya masih terpahat rindu yang menebal pada lelaki itu. Kini Kiran perlu terus tabah mengharungi sekarang. Ditepisnya ingatan yang kian mula melayang kembali ke seberang laut, mungkin juga Kiran berkecil hati kini.

Petang itu, Kiran berlalu di hadapan lobby pejabatnya. Tidak semena² pandangan terpaling pada lelaki yang sering mencuri pandangannya sejak akhir² ini. Namun kali ini agak berbeza, mereka berdua sempat mencuri masa saling berpandangan. Kiran yang tadi rancak berbual dengan Intan iaitu penyambut tetamu pejabatnya tiba² diam membatu. Membiarkan Intan berceloteh sendiri tanpa diamati. Sebaik saja lelaki tadi hilang dari pandangan Intan terus mencelah selamba.

"Hensemkan that guy"
Kiran cuma tersenyum sinis tanda menyetujui kata² Intan tadi. Kini giliran Intan pula menjawap persoalan darinya.

"From which Dept"
Dengan berbekalkan sedikit harapan ingin mengetahui. Namun Intan hanya mengangkat bahu menandakan ketidak pastiannya.

"hhhrrrmmm, biarlah"
Balas ringkas Kiran lagi lalu beredar dari situ.Dalam perjalanan kembali ketempatnya sesuatu bemain difikirannya kini.

"Mungkinkah itu Fred "
Raut wajah lelaki tapi saling tak tumpah dengan seorang temannya semasa menuntut di Kolej swasta di Damansara satu ketika dulu.

"Apa pula dibuatnya disini, arrhhh tak mungkinlah" Bisik hati Kiran sendiri.

Fred Iskandar Shah. Berasal dari Brunei dan tergolong dalam golongan insan Elite dan pada masa itu tinggal bersama bapanya yang terdiri diantara golongan ahli² perniagaan yang berjaya dikota metropolitan ini. Tika itu Kiran dan Fred sama² masih menuntut di Kolej yang sama. Mereka sering kelihatan berduaan hingga ada mata yang kurang senang dengan tingkah laku mereka. Hingga ada kala mengundang pandangan yang kurang enak dikalangan pelajar² lain. Namun kisah itu telah lama berlalu. Dan kini Kiran telah punyai kerjaya sendiri begitu juga dengan Fred yang entah kemana hala tujunya kini. Perhubungan mereka terputus bila tamat pengajian dan Fred terpaksa mengikut bapanya kembali ke Brunei. Dan kisah mereka lenyap begitu saja.

Bagaimana harus dia mendapatkan maklumat tentang lelaki yang dilihatnya tadi. Yang meyerupai Fred Iskandar, Kiran sedar bukan ada jalan yang mudah untuk itu. Dalam kesibukan tugas harian Kiran hampir terlupa tentang Fred malah ingatannya terhadap Ilzan makin bertambah² hingga adakala dia kelihatan membatu sendiri. Memang diluar jangkaannya sendiri.

Kemana hilangnya Ilzan? Sejak kejadian malam dimana Kiran tertido dan panggilan Ilzan tidak berjawap, Ilzan terus menyepi tanpa sebarang berita. Hinggalah kehari ini, walaupun pelbagai sms dikirimkan namun satu pun tidak berbalas. Entah apa alasan untuk semua ini agaknya. Berbicara diri dan hatinya sendiri. Fikiran Kiran memang tidak menentu mana mungkin Kiran sendirian merindui Ilzan. Sedangkan Ilzan langsung tidak membalas semua panggilan dan smsnya. Sedih berbaur kecewa, hakihat yang perlu Kiran terima.

Mula memujuk hati dan cuba bersikap rasional. Mungkin itulah jalan yang terbaik buatnya dan mungkin juga buat Ilzan masa ini. Jika benar itu pilihan Ilzan seterusnya, Kiran sedia menerima sebarang kemungkinan berlaku. Kiran mula membuat kesimpulan sendiri namun jauh disudut hati Kiran adanya rasa terkilan. Terkilan dengan kesudahan perhubungannya dengan Ilzan, yang banyak meninggalkan kenangan. Ilzan jugalah yang sering membakar semangatnya namun Kiran sedar dia tidak bisa menghalang takdir. Mungkin itulah yang terbaik untuk dirinya. Tenang dengan keputusan sendiri walaupun hatinya mula merasai kehancuran dengan keputusan sendiri. Biar pun perit kali ini dia terpaksa akur dengan semua ketentuannya.

Tiada lagi yang menarik hari² yang Kiran lalui kebelakangan ini. Mungkin kerana kekecewa sedikit sebanyak meragut cerianya. Pantas jarum jam berlari berpusingan namun Kiran tetap juga mematikan diri ditempatnya. Sehari dua lagi dia bakal kehilangan seorang lagi teman yang boleh dianggap kakak. Seorang kakak yang bakal pergi meninggalkannya atas masalah peribadi dan terpaksa melepaskan kerjayaanya. Satu lagi hakikat yang perlu Kiran terima dan tidak diketahui untuk berapa lama kali ini.

tak mungkin kan ku temui insan yg selembutnya lagi..


106857 | posted by zz at 10:22am | 0 comments

Wednesday, May 19, 2004

...cont..serpihan rindu semalam PART 5

Seperti biasa perbincangan berkenaan cadangan tempat makan akan mula hangat bila tiba jam 12 -12:30tghari. Diantara ahli parlimen ialah Kiran, Qasha dan juga Nahar. Seperti perbentangan di dewan parlimen. Satay jadi pilihan tengahari berikutnya memang nampak janggal tapi tidak juga mematahkan selera mereka. Selesai saja satay dikerjakan, mereka bertiga pun beredar menuju ke kereta untuk pulang ke pejabat.Sekali lagi pandangan Kiran dicuri.

"Siapakah dia..? kerap benar aku melihatnya kebelakangan ini"Bisik kecik hati Kiran.

Raut wajah lelaki yang dilihatnya memang tidak asing lagi dimata Kiran. Membuatkan Kiran teringat akan sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Tersedar yang 2 orang kawannya sedang menunggu lantas itu juga Kiran beredar perlahan, dilihatnya Qasha dan Nahar yang sedang elok dibasahi peluh menunggunya. Langkah kira yang seakan sang pengantin yang menuju ke pelaminan. Nasib Kiran dikira baik kerana pandangannya pada lelaki tadi tidak dilihat oleh kedua rakannya.

"Wei makchik!! cepatlahhh terhegeh²" Jerit Nahar yang tidak tahan kepanasan merah padam muka seakan udang kena panggang..

Tanpa bertoleh lagi Kiran terus menuju ke arah rakannya terus menaiki kereta.

....Kiran punya penyakit baru....penyakit hati yang mula membingung..


106747 | posted by zz at 6:11pm | 2 comments

...serpihan rindu semalam PART 5

Entah berlandaskan sebab apa Kiran sendiri tidak mengerti. Sebenarnya gambar yang pernah dulu dikirimkan oleh Ilzan melalui emailnya masih dalam simpanannya. Selagi lagi untuk hari ini Kiran berbisik sendiri.

"Arrrhhh...lelaki inilah yang membuat hati aku resah.."

Hampir luruh jiwa raganya dengan tamparan hebat kali ini. Dalam perkhabaran sebelum meletusnya persengketaan ini, Ilzan dijangka akan kembali ke Semenanjung untuk mengikuti Kursus dan seterusnya bercuti. Tika itu masih belum jelas pada Kiran, mungkinkah semuanya akan berkekalan membatu sebegini atau janji yang ditepati dahulu bakal dimungkiri...Kiran masih belum bisa untuk memastikannya.

Hanya mainan kata pengubat rindu, barisan bahasa menawan rajuk hati. Pelik benar kisahnya Kiran dan hati...

Nama Ilzan bertandang lagi, rindu benar hatinya pada Ilzan. Memang tidak terbendung lagi perasaan ini. Walaupun rindu yang tidak berkesudahan namun rela Kiran kerana itu sudah cukup untuk membahagiakan hatinya. Sms Kiran sekali lagi tidak berbalas petang itu. Bosan sendiri bercampur kehangatan hati. Keseorangan dikamar mematikan diri...hingga ke pagi.

Bersemangat Kiran untuk kepejabat tanpa sebab. Tengaharinya bersama 2 org rakan yang tidak asing lagi Qasha & Nahar pergi makan tengahari di Foodcourt yang tidak jauh dari pejabatnya. Mereka sering kelihatan bertiga, sering kelihatan bersama ketika makan tengahari. Cuma kadangkala ada juga kelihatan muka² asing menuruti mereka. Dan Kiran memang tak mungkin akan keluar sendiri apatah dia sendiri. Kiran terasa seperti diperhati setiap gerak-geri di tempat awan itu. Malas malayan perasaan lalu Kiran melabuhkan punggungnya dihadapan Nahar yang kelihatan begitu berselera dengan Ayam Kampung Goreng sambil menjamu hidangannya. Mmg benar kini Kiran sedang diperhati, dia seolah dapat merasainya dan sesekali Kiran memberanikan diri mengerling mata asyik mencuri pandang. Kiran kembali menjamu hidangnya tanpa pedulikan sekitarnya lagi. Selesai menjamu selera, kini kereta Kiran seakan diekori dari cermin belakang kereta sememangnya Kiran tidak mengenali "makhluk" didalamya.

"Arrrhhh..lantaklah, buang masa aku aje" herdik hati Kiran.

Sejak kebelakangan ini berita dari Ilzan jarang² diterimanya. Sedih bercampur-aduk perasaan Kiran .

jangan hadir dengan kata..


106692 | posted by zz at 12:20pm | 2 comments

Tuesday, May 18, 2004

...serpihan rindu semalam PART 4

Tiba² lampu diruang pejabatnya hilang sinarnya. Cahaya yang terang tadi bertukar menjadi gelap gelita. Biasanya tika itu tiada lagi staff yang berada dipejabat waktu² begitu. Pantas jemarinya mendail no pusat kawalan pejabat. Dimaklumkan bahawa dia masih lagi dipejabat dan beberapa minit kemudian ruang pejabat tadi kembali terang dibaluti cahaya. Tanpa berlengah Kiran mematikan komputernya dan beredar dari tempatnya. Hampir Kiran terlupa semasa bersama En. Syafiq tadi ada kedengaran bunyi sms dari telefon bimbitnya namun dibiarkan sahaja. Terbiar sms hingga Kiran sampai kerumah. Seperti biasa rutin harian Kiran setiap malam, dia akan memastikan telefon bimbitnya mengejutkan dia setiap hari seawal 5.30 pagi. Tika itu baru Kiran tersedar akan sms yang dari tadi menantinya.

"Huhhh, berita dari seberang laut" bisik hati Kiran.
"Hari meeting sedunia" ringkas sms diterimanya dan cukup menyakitkan hatinya tika itu. Dilihat dan terus saja di deletenya.

"Tit..Tit" sekali lagi sms malah kali ini berturutan 3-4 kali. Berita dari seberang laut juga. Berat sungguh hari Kiran untuk membalasnya bila mengenangkan pedih hati yang menanggung rindu sejak dari semalam. Cuba menahan diri kali ini dan akhirnya Kiran terlena. Sms terakhir yang berbaur kehangatan yang agak mengasyikkan. Dan itulah perlunya Kiran disini. Tidak sedar panggilan yang amat dinantikan itu terbiar begitu saja. Sememangnya kehadiran Ilzan kali ini mengganggu jiwanya. Tidak lama Kiran terlena, seperti selalunya seakan ada sesuatu yang mengejutkannya dari lena. Kiran terjaga dalam kegelapan suram malam. Dilihatnya jam hampir menepati jam 4 pagi. Tika itu pastinya semua insan sedang asyik diulit mimpi indah...tidak seperti Kiran. Dicapainya telefon bimbitnya dan dilihatnya 'missed call' yang terpampang diskrin telefon...

"aarrrhhh, missed...!" rungut Kiran sendiri.

Dilabuhkan punggungnya dimeja tulis lalu dicapai buku nota peribadinya. Bertemankan cahaya lampu kecil hadiah dari teman seKolej dahulu lalu tangannya mula mencoretkan sesuatu..

Mundar-mandir aku sendiri tercari²
Oleh kerana resah yang menghantui diri
Hati jadi tidak menentu lagi
Debaran yang menjadi teman hati

Nantikan dirimu yang tidak kunjung pasti
Aku dan hati tetap dengan 1 rasa
Zahirmu yang tidak pernah kusapa
Lantas berlari bermain dalam benak dan hatiku
Inilah rindu yang kau tinggalkan buatku

apa lagi mahumu....


106558 | posted by zz at 2:17pm | 0 comments

Monday, May 17, 2004

esanan terakhir....

hhhrrrrmm.....
Kau bahagiakan aku dengan semua rindu yang ditinggalkan pergi
Kau ukir kembali senyumku yang kian lama menyepi
Kau hadir ibarat dalam sebuah mimpi yang ghaib disiang hari
Kau kejut hati yang kian lama lena sendiri

Tapi mengapa begini...

Tidak pernah sekali hadirmu diundang
Langkahmu tidak sekali pernah kuhalang
Dimana hatimu, dimana kasihmu
Biarpun ia hanya sekadar sandaran
Apa silapku, dimana puncanya
Hati girang kau biar membukam
Kasih rindu kembali terjunam

Sampai dan tergamaknya dirimu...

Walau kasih berlandas kata
Rindu ini cukup beri bahagia
Sungguhpun rindu tiada pastinya
Cukup membuat aku ketawa
Harapan kosong yang tiada makna
Bisa mencorak ceria
Namun tidak kusangka begini berakhirnya
Rindu kau tinggalkan tanpa kata....

....arrhhhmmmmm tersembuyi dalam kata


106441 | posted by zz at 6:57pm | 2 comments

...serpihan rindu semalam PART 3

Hari terakhir dalam minggu ini, Kiran nampak tenang walaupun dia kelihatan mundar-mandir menyempurnakan tugasannya. Keaadan dipejabat hari ini tidak seperti hari kebiasaan Kiran, agak terlalu sibuk sedikit memandangkan banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum penyelianya berangkat ke Tokyo. Sesekali kelihatan Kiran tergelak kecil bersama rakan setugas, yang tidak jemu menyakatnya. Jam didinding menunjukkan hampir 6.30 petang. Ruang pejabat yang tadinya penuh dengan pelbagai bunyi dan manusia kini lengang lagi suram. Kiran yang kelihatan keletihan tersandar sambil memerhatikan nota² yang ditinggalkan untuknya. Perlahan² tangan Kiran mengemas malas meja yang dari tadi nampak bersepah, sesekali sempat Kiran mengerlingkan anak matanya ke skrin komputer yang mempamerkan inbox emailnya. masih tiada perubahan. Bisik kecil hati Kiran. Sugul seketika, dia sedar kini hatinya kembali menanti walau diri cuba menafikankannya. Ringan rasa jemarinya untuk menbuat panggilan ke seberang laut. Hatinya kembali membuak memaksa diri. Rasa ingin meraung sendiri kali ini menahan hati.

"Apa benarkah tindakan aku ini" bisik kecil hati Kiran..

Sambil tangannyamengemas dan mengutip serpihan kelopak bunga ros yang mula gugur dimejanya. Beberapa kuntum bunga ros memang sentiasa menghiasi meja Kiran dan pandangan itu tidak lagi asing disitu. Kiran memang sukakan bunga dan kecantikkan, tidak hairanlah jika dia terlalu menitik beratkan penampilannya juga.

"Kiran..! follow I kejap, something to discuss b4 I leave tomorrow" entah dari mana datangnya suara itu membuatkan lamunan Kiran terhenti dengan tiba². Huuhhh....merungut Kiran sendiri kini.

"Tak penatkah orang tua ni, dah hampir pukul 7.30 malam dah ni" bisiknya sendiri. Kiran akur walaupun dalam hatinya berbakul marah pada En. Syafiq. Dicapainya pen dan buku nota peribadinya lalu terus menuju ke bilik penyelianya yang kelihatan sedang asyik mengadap email yang berderet² depan skrin komputer.

"Tuk-tuk" daun pintu diketuk dan Kiran tersenyum lalu masuk ke bilik yang tidak lagi asing baginya. Malam esok En.Syafiq akan terbang ke Tokyo selama 2 minggu atas urusan rasmi. Semua tiket dan dokumen² yang berkenaan telah siap tersedia dimejanya.
"U jangan lupa tengokkan bebudak kat office ni sepanjang I tak ada. Tengok attendance diorang betul ke tidak"
tergelak kecik Kiran sendiri. Mimpi apakah yang membuatkan En. Syafiq hingga berkata demikian, masakan Kiran lupa rutin hariannya..dipandangnya En. Syafiq yang terkumat-kamit mulutnya sambil mengadap email yang berderet dari tadi. Langsung Kiran tidak menumpukan perhatiannya, entah apa yang dibebelkan oleh En. Syafiq langsung tidak diendahkan. Fikiran Kiran seakan melayang semula ke seberang laut. Tiba² dia disergah lagi..

"Kenapa Kiran, ada yang tak kena ke.?? I tgk you diam je dari tadi" Kiran hanya mengelengkan kepala sambil berkata..

"Tu saja ke En. Syafiq..? kalau ada apa² lagi yang you nak I follow-up just fwd the email to me" ringkas Kiran lagi.
En. Syafiq hanya mengganggukkan kepala macam burung belatuk.
"Jangan ikut semua arahan kecuali dengan arahan I dan I rasa you tahu nilaikan mana yang relevant atau tidak" terkejut Kiran dengan kata² penyelianya tadi.
"Apa maksud you" tanya Kiran selamba.
" I tahu you faham maksud I, so anything just alert I ok" En. Syafiq menyudahkan kata²nya lagi.

"siapa pulak yang punya angkara ni" bisik Kiran lagi...
"Itu saja ke En. Shafiq..?" tanya Kiran.
"Yeap" ringkas penyelianya.
Kiran terus keluar tanpa menoleh lagi. Sejurus kemudian menyusul En. Syafiq dengan beg yang tersandang untuk pulang.
"I balik dulu, you tak balik lagi Kiran?" tanya En. Syafiq lagi.
"aaa..belum, ada something I nak buat lepas tu I baliklah" ringkas Kiran. En. Syafiq yang melintasi Kiran sempat lagi meninggalkan sepatah dua kata sambil berlalu.
"Email me if any needs, sms pon ok TAPI jangan call. I taknak bayar charges roaming! Mahal..!"
Kali ini En. Syafiq benar² membuat Kiran tergelak sinis.
"See you Kiran, Bye" En. Syafiq ghaib disebalik pintu pejabat. Kini hanya Kiran yang tinggal. Jam di skrin komputer hampir pukul 8.30 malam. Kiran masih belum berganjak lagi. Dilenggahkan pergerakkan tangan mencapai tas tangannya. Sesekali melirik mata ke telefon yang sedia ada dimejanya. Tanpa berlengah didail no seberang laut dengan hati yang berdebar². Tidak pun sempat talian berkenaan menyapakan balasan diletakkan semula genggang telefon ke asalnya. Perasaan Kiran yang bercampur aduk kini mula berbaur kerinduan lagi..

2 b cont..


106407 | posted by zz at 2:56pm | 2 comments

Friday, May 14, 2004

Kepala naik Jammed.., nak lepak jap..

aaaalahhhhaiiii


106025 | posted by zz at 2:08pm | 5 comments

Thursday, May 13, 2004

...serpihan rindu semalam PART 2

Kiran masih melayari kasih yang sememangnya disedari tanpa perlu untuk bertemu...mungkinkah ditepati semua janji semalam..? Mampukah Kiran menempuhi semuanya. Kiran kalah sendiri. Kalah dengan janji yang mereka pernah setujui. Dan mungkinkah kini janji hanya tinggal janji.

Tiada yang membuat harinya ceria hari ini, hilang semua derai tawa yang sering kedengaran di pusat penyelidikan ini. Begitu keadaan Kiran hingga ke akhir harinya. Lemah sendiri mengatur langkah pulang, dalam perjalanan sempat lagi dikirimkan pesanan dari telefon bimbitnya. Tiada lagi tekaan yang harus dibuat tika ini, Kiran harus pasrah kini. Dicuba memujuk hati agar jangan mengharap lagi. Diperhati telefon bimbitnya yang langsung tidak memberi isyarat yang pesanannya tadi berbalas. Dicampaknya ketempat duduk bersebelahannya tanpa berpaling lagi....

Kekecewaan menyelubungi hatinya tika ini. Mungkin tika ini rayu rindu Kiran tidak diperlukan lagi. Atau mungkin juga harapan Kiran yang terlalu mengunung tinggi. mengharap kasih yang tidak pasti. Kiran terpaksa akur, hadir sinar semalam ibarat siang yang menyinggah pergi. Pantas berlalu tidak kelihatan lagi....dan hati terus dirundung sirna. Tenang memandu sendiri. Tidak dipaling anak matanya kemana² lagi. Kini hatinya meraung sendiri. Terasa kejam menyiksa hati yang dikira baru saja ingin kembali berseri. Apa lagi untuk Kiran kini..

"mungkinkah Ulat Gemok(hanya samaran) hanya mimpi ngeri, sengaja datang menduga hati......aarrrhh"

Sambil menarik panjang nafasnya...tenang tapi suram terus memandu pulang dengan hati yang kusam...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MIMPI JGN KAU HADIR LAGI
JIKA HANYA UTK MENGUSIK HATI
SEKADAR MENGUNDANG RINDU DIRI
BILA ASYIK, KAU BERLALU PERGI

JGN, JGN DITOLEH LAGI DISINI
PERGILAH JAUH, HIDARI KECEWA INI
BIARKAN HIBA LENYAP SENDIRI
MEMUJUK HATI YG KECEWA LAGI

KINI JANJI TIADA TINGGAL ERTI
YG PASTI MEMAKAN DIRI SENDIRI
PUAS DILINDUNGI HATI & DIRI
NAMUN TETAP TERKECEWA LAGI

TUHAN, KUSEDAR INI SEMUA DUGAAN
YG KAU TURUNKAN UTK PENGAJARAN
UTK AKU YG BERGELAR INSAN
POHON DARIMU, PELIHARA HATIKU DARI TERUS DIHAMPAKAN...

Hasil dari imiginasi sendiri, jgn dikaitkan dengan yg hidup maupun yang sudah mati. Cerita aku, aku punya suka. Hak milik tetap terpelihara.....


105829 | posted by zz at 2:37pm | 3 comments

...serpihan rindu semalam PART 1

:: Edition: Kiran's Assoc.
:: Start Date: 12 May 2004
:: Location: Kuala Lumpur
:: Time: 12.35am cont 4:40am

Kiran tampak sugul sendiri. Bertemankan rindu yang sejak akhir ini sengaja dibeku dalam kelopak hati, khayal memandu menuju ke tempat kerjanya. Berbeza keadaannya dengan hari² lalu dimana ceria tak serik menghiasi wajah. Jauh dihatinya tersimpan satu harapan, harapan agar rindu yang membeku bisa kembali menyemarakkan kembali hatinya yang agak sekian lama membisu. Kiran masih mengharap kata² rindu yang hadir mengusik hati dan perasaannya muncul semula menyinari harinya.

Sungguh pun Kiran sedar akan hakikat sebenar bahawa dia kini mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Rindu yang tiada arah tujuan atau dia hanya bertepuk sebelah tangan. Segalanya mungkin terjadi. Hati Kiran berbisik sendiri, mengapa tiada khabar dari seberang pagi ini. Sibukkah dia..?? atau lupakah dia pada Kiran yang sedang merinduinya..?Pelbagai persoalan yang bermain dibenak Kiran pagi ini.

Arrrhhhh berdengus Kiran sendiri..
Apakah yang terjadi pada hatiku..??
Mengapa terasa ketara sepi saat ini..??
Apa sebenar yang aku sedang nantikan..??


Tika mulut hilang segala kata², hati Kiran mula berbisik seketika. Kiran sebenarnya sedang bergaduh dengan perasaannya sendiri. Mungkinkah Kiran sedang bermain dengan bara.? merindu pada insan yang tidak pernah sekali dikenalinya..jauh sekali bertentangan mata. Saban hari saban malam, rindu tak jemu² menusuk hatinya seakan merindu pada kekasih hati yang kian lama tidak ditemuinya. Arrhhh...pelik betul hati ini...dengus Kiran lagi sambil berlalu meninggalkan kereta di tempat letak kereta pejabatnya.

Kesugulan Kiran tidak terbendung lagi, nyata email yang dinantinya berbalas ringkas. Seolah tiada kesungguhan dari seberang laut. Insan yang merindu enggan mengharap lagi pada sesuatu yang tiada pastinya. Terpaku Kiran tanpa sebarang kata. Dari susunan kata ringkas itu dapat dirasakan kedinginan dalam perbicaraan ini. Apakah aku bermimpi atau tersilap mengatur langkah lagi..? bisik kecik hati Kiran. Semalam Kiran dipuja dipujuk manja. Dirinya dirindu seakan hampir gila, begitu juga yang dirasa oleh Kiran. Aneh sungguh hati kali ini, hanya dengan kata bisa longlai seluruh jiwanya. Dipaksanya hati terus menanti lagi, menanti email yang turut membawa pergi rindunya pergi. Sekali kali hati Kiran disentak, berenangan takungan air dimatanya bagai gugur butiran kaca itu. Sedih benar hatinya, rindu semalam seakan terpadam semaraknya. Email yang diterima tiada lagi berbaur kerinduan malah kelat tanpa ada rasa kasih seperti hari² sebelumnya. Tertunduk sendiri dihadapan komputer dimeja pejabatnya. Hebat sungguh tamparan buatnya kali ini.

Kini Kiran menyandarkan diri dikerusi empuknya, direnung email yang sedia terbuka bagaikan tidak percaya yang hatinya kini benar² merindu insan ini. Insan yang hanya dikenali melalui email electronicnya, insan yang hanya dikenali melalui nama. Tidak pernah sekali ditatapinya. Ditutupnya muka dengan kedua belah tapak tangan lalu mata dipejamkan seketika lantas berjurai jatuh helaian rambut kepipi mengikut rentak tubuhnya...hati Kiran mengeluh panjang..

"Ya, Allah. benarkah rasa rindu ini benar² kembali kini..?"

Hampir gugur airmata Kiran kali ini bila kembali mengenangkan balasan email yang diterimanya tadi. Seakan tertipu dengan hati sendiri. Entahlah....Kiran berdengus lagi. Sesekali jemarinya asyik bermain dengan telefon bimbit miliknya, tidak tahu apa langkah seterusnya. Mungkin juga Kiran yang sengaja membutakan mata dan membiarkan hatinya alpa. Perhubungan yang berlandaskan perjanjian bersama. Dimeterai berdua. Perjanjian yang mungkin tidak pernah difikir oleh sesiapa. Perjanjian gila. Perhubungan tanpa perlu bersua muka dan akhirnya memakan diri semata. Hati Kiran tanpa jemu terus berkata². Apakah aku harus memegang pada janji ini..?? Kiran sedar kini dia dimakan oleh kata² sendiri...hmm arrhh..SAMPAI BILA bisa Kiran bertahan lagi..

2 be continue ...


105771 | posted by zz at 8:59am | 0 comments

Monday, May 10, 2004

Is my day...

Huh......akhirnya, berkesempatan juga aku mengulangi tarikh keramat ini. Pada siapa lagi yang harus ku panjatkan kesyukuran ini melainnya DIA yang satu. Kalau diikutkan masa yang tercatat disijil kelahiran aku, aku bakal keluar dari rahim Ibu tepat jam 5.30 petang. Sure masa tu aku menjerit² cam baby yang lain. Yealah seakan tak sedar diri dapat lihat dunia realiti. Tapi janji aku sebelum lahirnya.... mungkin masa tu gak aku dah terlupa.

Hari ini, genap usia aku 26 tahun, hmmmm nak menangis..???ketawa gembira..??? aku sendiri pun tak tahu....Kalau menangis, mungkin juga aku ada sebab aku sendiri. Merintih pada suratan diri yang telah diaturkan sebelum aku lahir kedunia ini. Dan aku sedar, dalam diam terkadang manusia alpa dengan janji diri pada Tuhan tatkala kita bakal dilahirkan. Aku juga tidak terkecuali...Tiap² awal tahun, bila tiba aku dapat Diari, 1st yang akan aku selak ialah pada tarikh 10 May ni. Dengan hanya mencatatkan peringatan bagi tarikh lahir sendiri, aku suka menambanh satu lagi ayat dibelakangnya...."Let c what will happen on your day"

Bayangkan jika aku ketawa gembira, tapi untuk apa..??? adakah untuk apa yang telah aku lalui atau berbangga diri dengan apa yang telah aku miliki....tak mungkin itu akan berlaku. Sebabnya tiap detik sepanjang hayat aku tak semuanya seperti yang aku impikan jauh sekali seperti yang aku inginkan. Tak mungkin aku akan ketawa riang hari ini. Walaupun aku sedar itulah hakikat sebenar kehidupan.

Aku tak perlukan apa² lagi, jauh sekali mengharap sesuatu yang tak pasti. Untuk menagih sendiri, tak mungkin. Aku jadi serik. Serik dengan hati yang makin hancur... Tapi aku masih berharap ketenangan diri masih boleh aku perolehi. Sejak dari tengah malam semalam, ramai juga 'sms' wish birthday kat aku tak kurang juga dengan email. Terima kasih kawan² Terima Kasih kerana masih menjadikan aku sebahagian dari rutin tahunan korang ...

Dah petang ni, jam hampir pukul 6.30pm. Office dah lenggang, boss takdelah katakan. Biasalahkan, aku je masih kat sini....

Hey...Thks 4 the roses, cards, lunch and also many thks for......the kayu-kayan yang tersorok bawah selimut aku semalam..... sooo sweet..


105228 | posted by zz at 6:20pm | 10 comments

Friday, May 7, 2004

Happy "Mum" Day....4 all mum in the world.. May 9, 2004

"Happy Mother's Day Mak..."
"Happy Mother's Day Mama.."

It's means more
Than have a happy day
Within those words lie lots of things
We never get to say
It means I love you first of all
Then thanks for all you did & done
It means you mean a lot to me
And that I honor you

But most of all, I guess it means
That I am thinking of
Your happiness on this, your day
With pleasure and with love

Thank you for loving me,
Having me in...all you have given
You made your own or else I had been
Unborn and unknown.

***Or, "Unloved and alone"

I want u to know that everything good and strong inside me comes from the place where my journey began...


104739 | posted by zz at 6:32pm | 2 comments


sepi...sepi...sendiri aku benci


104682 | posted by zz at 1:12pm | 3 comments

Thursday, May 6, 2004


104432 | posted by zz at 1:20pm | 6 comments

Wednesday, May 5, 2004

...malam

Kembali menyelubungi..
Menemani pusingan roda hidupku..
Seperti sebelumnya..
Adakala hadirmu kunantikan..
Adatika wujudmu tidak ku undang..
Namun malam..tetap setia untukku...

Surammu, kembalikan tenang dihati..
Dinginmu, mengubati rindu sepi..
Kelammu, kadang buat aku tenggelam..
Dengan hadirnya mimpi² indah...
Malammu membuat aku asyik terleka..
Bercinta dengan suasana kelilingnya..

Mimpi semalam, tak mungkin kan terulang..
Rindu dendam, buat hatiku kadang meragam..
Hadir kasih, entah bila kan bertandang..
Cinta pergi, seakan tak kunjung pulang..
Pergi rindu, bersama dinginnya saljumu..
Sampaikan padanya, yang aku kan setia menunggu..
Tiuplah angin, bawalah rinduku..
Tinggalkan aku hanyut dan tenggelam dengan mimpiku...

Hadirmu malam temanilah aku..
Disini sendiri mengait bibit rindu..
Bawalah malam bersama impianku..
Bertemu dengan insan yang sering kurindu..
Pada cinta yang tak mungkin kan kutemu..

Lakaran malamku kembali berbicara, dalam samar pantas minda menyusun kata..Tiap barisan luahan rasa,
dalam diam tersenyum ia.... tersenyum untukku selamanya..
Dalam diam aku menyimpan rasa, rasa rindu yang teramat padanya..

....apalah aku merepek ni...


104235 | posted by zz at 6:45pm | 2 comments

Interesting LO's on medical conditions and diseases.

Something to share..Check out..!

Click on


104207 | posted by zz at 1:47pm | 0 comments

...Eyyaaaaaaaa....Good morning everyone...!!

Bangun² wey.....dah habis cuti dah, is time to work....hehhe Pagi ni, tak ada apa² yang menarik utk aku kongsi kan disini cuma saja nak lepak sembang²....Apa pun aku nak ucapkan :-

SELAMAT HARI LAHIR khas buat Baba, maaf diatas pemberian yang tidak seberapa nilainya. Maaf juga diatas segala keterlanjuran kata dan laku. Moga dilanjutkan umur dan dimurahkan rezeki.

SELAMAT HARI PEKERJA (bagi semua yang rasa diorg berkerja dan pekerja cam AKU)
Diam tak diam, dah hampir 8 tahun aku kat sini. Sabar pulak hati ni. Salunya akulah diantara insan yang paling mudah bosan...selama tu aku bertahan disini, mcm² pe'el manusia yang aku lihat dan jumpa..Tak kurang juga dgn aku, dari mula hingga ke hari ini. Banyak perubahan pada diri. Dan sama ada aku sedar atau pun tidak makin hari makin meningkat lagi umur aku...keh keh kehh...

Juga x dilupa SELAMAT HARI LAHIR (buat MAK dan MAMA juga)
Untuk kedua² nya, Maaf diatas segala salah laku, terlalu banyak dosa yang pernah anakmu lakukan hingga terasa terhukum sendiri. Dan sesungguhnya tiada yang lebih bernilai lagi melainkan kasih-sayang dan pengorbananmu selama ini....Untuk Mak, Terima Kasih diatas layanan yang diberi setiap kali anakmu pulang...
Untuk MAMA, Terima Kasih diatas masa, tenaga dan pengorbananmu selama ini..

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1425H
Dengan bertemakan 'Negara Maju Matlamat Kita' InsyAllahh moga tuhan makbulkan apa yang kita impikan. -Amin-

SELAMAT HARI WESAK (bagi semua rakyat Malaysia)
Kita kan serumpun, jadi selamat juga untuk semuanya...
~wel-wel~

SELAMAT KEMBALI KE PEJABAT ANDA..!!!
Dah habis pun cuti panjang so masa untuk kita meneruskan tanggungjawap kita. Seperti biasa, rutin harian GI KOJE. Pada sesape yang tersenarai dalam mangsa² kesesakan highway baru² ni, jadikan ikhtibar next time kalau nak gi bercuti keluarlah awal atau pun buat perancangan yang teratur...Biasalah orang kat KL ni bukan buleh ada cuti panjang sikit mulalah pakat ramai² banjiri highway. Kesian kat budak² tol hehe. Jadi segar²kan minda, ingat jap lagi kena ngadap bos² korang pulak....ada member kena buat keje pepagi ni, sebelum bos masuk....cool..

BULAN MAY
Banyak ertinya dalam hidup aku...banyak benda yang pernah berlaku dalam bulan ni..diantaranya kewujudan aku sendiri.. <- cam alien lah pulak hehe
Selebihnya biar aku simpan sendiri dalam kotak hati. Yang pasti bulan ini amat dekat dengan aku..Hari Ibu juga tersenai dalam bulan ini tapi aku tak nak ucapkan disini hari ini, aku ada peracangan sendiri...InsyAllah, tunggu...

Byknya selamat aku hari ni...emmm ada yang tak setuju ngan aku, sebab aku nak kurus...Nak makan ati takut nanti mati soo stay camni je lahh..
Actually aku tak gemuk tapi sikit chubby...eemm chehhwaah tunggulah yang pastinya aku tak buncet cam korang heheeh..tak caya cuba tgk hehe

104170 | posted by zz at 9:07am | 0 comments