|
|
|
|
|
last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 amanyer aku tak tulis apa˛ dalam blogs ni....rindulah pulak....lately sibuk yang teramat sangat. Sampai otak aku ni cam HANG sekejap. Nak menulis cam selalu pun takleh dah...Hope pasni semuanya kembali normal. Itu yang aku harapkan. RINDU...!!!!!!!!!!! RINDU aku mencikkk.... uhuk..aku rindu.... 
Bila sendiri camni semua perasaan ada tenggelam timbul......rindu, marah, benci dan macam˛ lagi....yeaaa aku rindu.....!!!!!!!!
Hey...! Mana Doreamon Tembam ...?? Mana perginya org yang salu BuZZ aku ni......arrrhhhh medey˛ Buzz me plzzzzzzz........!!!!!!!!!! bagilah aku ideaaaa weeeeyyyy.....Boss takde kat office lepas perlancaran hari jumaat hari tu aku terus balik umah. Penat nya sendiri mau ingat. Bosan betul tengok karenah orang˛ yang giler kuase ni...heheh bukan kerja dia pun nak nyibuk. Dan aku pulak cam biasa. Tugas aku jadi usherette dan juru make-up. Pastu hari ni aku dapat rest sikit tapi takdelah kerja nak dibuat. Sebab boss takde dah terbang ke Fraunhofer, Germany. Berjalan je kerja dia, tapi takpe dapat sikit aku rileks kat office ni... Uwaaaaaaa.......balikkklahhhhh aku sorang ni.....kesian kat aku. Rindu giler.....giler pon tak rindu cam aku.....
Doreamon Temban : Tambah nembam lagi ke ko....hehe tak kisah lahhh nembam ke aper ko janji maintain...
Akira & Nana: Mana kowang ni? ape citer beb? Aku tgk ada org dah pandai main secret coding heheh lap biu˛...heheeh patutlah aku dipinggirkan....
Zaza & Sue: Bz nyer kita˛ sekarang ni kan.....
Acr: Migraine lagi???? dgr kata balik kampung berkhatan lagi hehe..kalau nak ubat..cari aku ok..heehee..
Bloggers: aku tgh bosan ni.....kekontangan IDEA..
agaknya muka aku camni sekarang ni kan errrmmmmmmmmm....
|
|
|
|
mmmmmmm mmmmmmmmmmmmm .......
Kau datang bagaikan mimpi Kau hadir tak ku sedari Sekian lama ku nanti kau di sini ...
Mungkin kehendak Illahi Segalanya ku jalani Biar lelap tidurmu di pelukku..
Cinta ini ku persembahkan Setulus hati kasih kepadamu .........
Seandainya , kau mengerti Hanya kau yang kumiliki dalam hidupku
Mungkin kehendak Illahi Segalanya ku jalani Biar lelap tidurmu di pelukku ......
Cinta ini ku persembahkan Setulus hati kasih kepadamu ....... Seandainya engkau mengerti Hanya kau yang kumiliki dalam hidupku
Kasih sayang ini semoga abadi Kan ku bawa sampai akhir nanti...
  
|
|
|
|
Pada diri telah kau catatkan segala Akuhanya hamba yang redha dengan ketentuanMU Sungguh kuakui adatika sukar untukku hadapi Ronak duri rintangan hidup ini Ada masa aku terleka san alpa sendiri Hakikat kewujudanMU mula bagi semua disini Kala suriaMU menyinari kedingan pagi Aku kau kejutkan dari mimpi semalam Hening senja berlabuh tanda noktah hari˛ku...
Abadi semua kisah semalam Kekal tak mungkinkan terulang Untuk diri sering kuingatkan "Tiada yang kekal melainkan DIRIMU"
maafkan segala laku...
|
|
|
|
enemuan yang agak menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, manusia tidak boleh hidup tanpa air dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa beliau berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang˛ bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi".
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. Begitu terserlah kecantikannya. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
"Subhanallah"..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Bagaimana agaknya molekul air yang beralkohol dan bagaimana pula air yang biasa dan sedap diminum.. 
|
|
|
|
OBE, March 18 With a reputation for her strong stamina despite arduous and hectic schedules, it was not surprising that someone had to ask the Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Rafidah Aziz, where her source of almost boundless energy camefrom. "In my job, you have to be cheerful because it's about wanting people to invest. Can you imagine if I come to Kobe with a sour face and no smile? You will not want to come to Malaysia," she said when asked by a Japanese businessman to reveal the secret of her staying power at the seminar on Business Opportunities in Malaysia here today. "You're great. You're so dynamic and cheerful. We don't see such a character in our Japanese ministers," said the businessman who was obviously an admirer of Rafidah's dynamic personality.
In reply, Rafidah said she was a naturally cheerful person. "I am not making it up (in being cheerful). I laugh a lot and so it's easy for me to be cheerful. It's not like I'm pretending to be cheerful. My nature is like that," she said in a matter-of-fact and yet lighthearted manner. The minister said her energy also came from the fact that she liked her job.
"I've been in this job (her present position) for 16 years and I have been in the government for 27 years," she said, acknowledging that she was no longer youngas she would be 60 years old this year and already has three grandchildren. "It makes me happy. You must always do what that makes you happy. If you're not happy, you don't do it. That's very simple... If you don't like the thing but you have to do it (anyway!), you'll get the sour face," she said.
Rafidah said she usually did not bring her work home with her. But if she really has some work to finish up, she would wake up at 5.00am to complete it. "If I go home late, my driver will have to wait for me, my security guard will have to wait for me and my other staff also has to wait for me. And they will curse me because they want to go home (early), '' she said. Rafidah said if she did not leave for home by 5.30 pm, there was a likelihood that there would be five or six people who could be angry with her. "Angry people are not productive," she said, admitting that she was also not productive in her work after 5.30pm. " After 5.30pm, I'm not productive. So five unhappy staff and one unhappy minister is not good(at all), " she said. Rafidah felt that working very late in office was a waste of time. "You would be better off at home, (or) go out for dinner or play golf. So (at least) you're happy and the next morning you're fresh," she said. "If you go home late at 11.00 pm or midnight and you don't look at your family and tomorrow you go into the train to go to office, in the end you're not happy and your family is not happy," she said. "The world will go on even if you go home at 5.30p.m. The world will not stop if you go home at 5.30 pm. "Why must you go home at 11.00 pm? What's the point and how much work can you do between 5.30pm and 11.00pm?" "Enjoy yourselves and be happy. I find that I work more when I'm happy," she said.
::BERNAMA::
Moral of the story....emmmm balik awal menjamin kesejahteraan kot... Dan satu lagi sbb dia ni senang ati, sbb saham byk & duit byk masuk...hehehe
|
|
|
|

|
|
|
|

|
|
|
|
70 Medan Info Desa ditubuh 2005 RAUB, Pahang. Kementerian Kemajuan Luar Bandar meletakkan sasaran mewujudkan 70 Program Medan Info Desa [MID] di seluruh negara menjelang tahun 2005.
Menterinya, Datuk Abdul Aziz Shamsudin berkata, program itu yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan [RMK-8] membabitkan peruntukan kira-kira RM21 juta.
Beliau memberitahu, setakat ini terdapat 17 program seumpama itu telah disediakan termasuk pelancaran MID di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, hari ini.
Sebahagian lagi MID, jelasnya, adalah di Kampung Bayangan di Keningau, Sabah dan Kampung Bujang di Kedah.
"Kerajaan akan mengeluarkan peruntukan bagi pelaksanaan Program MID di seluruh negara ini adalah mengikut peringkat dengan setiap satu membabitkan kos maksimum RM300,000,'' katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas melancarkan Program MID dan Titian Digital di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, kira-kira 20 kilometer dari sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan-Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Dr. Tiki Lafe dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Presiden merangkap Ketua Eksekutif Mimos Berhad, Datuk Tengku Dr. Mohd. Azzman Shariffaddeen Tengku Ibrahim.
Sebelum itu, Abdul Aziz dan Adnan turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan Mimos Bhd, sebagai tanda persetujuan bagi pelaksanaan portal Titian Digital di kampung itu.
Kementerian berkenaan diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Abdul Rashid manakala Dr. Tengku Azzman Shariffaddeen bagi pihak Mimos.
Abdul Aziz selanjutnya berkata, usaha mewujudkan program MID itu akan membolehkan masyarakat khususnya di luar bandar menikmati kemudahan di bidang teknologi maklumat (IT).
Sambil merujuk program MID di Kampung Pamah Kulat, beliau menjelaskan, ia dijangka dapat membantu mempromosi produk tempatan terutama produk berasaskan herba sehingga ke peringkat antarabangsa.
[Laporan, Utusan Malaysia]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Congrats..!!! untuk semua warga Raub. So tak ada sebab lagi orang boleh kata orang kampung zaman sekarang buta IT.
Jooommm Titian Digital
...Jemputan kenduri pon melalui INTERNET tau...hehehe kat KL pun tak camtu. 
|
|
|
|
Ingin rasa kusingkap ceria semalam.. Agar hilang gundah dihati.. Biar berbunga taman naluri... Segar mengharum bak kasturi mewangi..
Mengapa ceria semalam berlalu pergi.. Pergi dan hatiku terbiar menyepi.. Terkadang resah bertandang sendiri.. Terasa getar tubuh sembunyikan rindu hati...
Haruskah aku diperanak˛kan begini.. Bermain dengan hati direjam dengan kata.. Menangis sendiri memendam rasa.. Hingga hatiku tak berkesempatan mencintai
Rindu hati pada dendam semalam.. Dendam yang terkadang mengusik jiwa.. Dendam yang mengharap belaian manja.. Dendam hati yang sering membuat aku asyik terlena...
Apa lagi mampuku, apa lagi mahu hatiku... Nyata terusan aku terus begini... Tidak terserlah noktah laluan ini.. Laluan diri yang sebenarnya sepi..
Terukir jua senyuman membasi... Yang tiada siapa bakal mengerti..
...hati sering berkata sendiri, dimana arah sebenar diri...
|
|
|
|
Jam didinding menunjukkan 10.30malam..Arrrhhh, aku terlena lagi sedang asyik mengulatkan diri. Terlupa aku yang seseorang akan menelefon aku tika itu. Kabur hampir berpinar pandangan mata buatkan aku terasa berat sangat kepala ni. Bermalas pulak aku kali ini, handphone yang hanya sempat aku lihat 2x deringan mati serta-merta. Arrrhhh.....missed lagi. Apa kena dengan aku malam ni...
Kepala masih berbintang˛ dan aku masih tersadai sorang atas katil. 2 sms bertandang serentak. 1 meminta diri dilindungi(seperti biasa, dari rakan yang agak manja juga dengan aku dan suka ngadu hal itu dan ini) dan 1 lagi sms agak kurang senang untuk aku menerimanya. Sms yang berbaur penghinaan dan cacian. Apalah salah aku dengan si-pengirim agaknya hingga aku terpaksa dibanjiri sms yang begini darinya...Huhhh..
Aku terigatkan kata˛ seorang teman, yang meminta segala keburukan manusia tidak dilihat dimatanya. dan mudahan juga aku begitu, dijauhkan dari hasrat dengki dan dendam sesama insan. Aku ingin diberkati.
Kalau dulu aku tidak pernah menghargai kasih sayang yang diberi untuk diri, membiarkan kasih pergi dan akhirnya aku sepi...dan kasih tak mungkin akan kembali lagi. Ini mungkin hukuman darinya yang harus aku terima diatas sikap yang sering sambil lewa. Hukuman diatas keegoan sendiri hingga kini aku gagal punyai kasih sejati. Hadir sementara tiada yang sekukuh kasihnya dulu...dan kesalan ini tiada memulangkan apa˛ buat aku hari ini. Dia tetap pergi tinggalkan memori, memori yg tak berpaling kini. Cuma diri perlu kuatkan hati untuk menerima ketentuan Illahi...dia pergi mengadap penciptanya. Betul˛ aku teruja kali ini, setiap detik datang menduga walau aku sedar hanya seketika..
Begitu juga dengan dia. Arrrhhh.....kami sungguh berbeza baik dari segala benda. Tak mungkin menjadi realiti atau apa saja yang tersirat dihati.....akurlah diri.
Untukmu Teman, Aku silap menilai selama ini, sangkaku kematangan bisa mendewasakan kita namun meleset semuanya dengan tindak tanduk yang diluar jangkaan. Dengan cercaan dan hinaan yang kau lemparkan jelas dirimu begitu tidak dijamah kedewasaan dan kematangan. Maaf diatas salah dan silap. Moga kau diberkati dan dilindungi sentiasa olehNya. Jangan diulangi kisah yang sama cuma itu pintaku. Aku sedar betapa daifnya diri jika dibanding segala tapi jangan kau lupa dunia ini hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal melainkan Dia. Aku mungkin punya bahagian yang masih tak aku ketahui begitu juga dengan dirimu. Tapi tak sewajarnya kau menilai aku dengan kata melulu..dan terimalah aku bukan buatmu..
Ini takdir aku, walau pedih tetap aku akur semuanya. Begitu juga kau...harap sepasang matamu bisa berlabuh disini seketika dan aku merayu jangan ada dendam dihati antara kita. Biarkan aku dengan haluan ini tanpa gangguan lagi. Singgahlah seketika tanpa ada rasa benci hati. Hadirlah sebagai insan yang miliki peribadi yang disegani.
Mata aku melayu lagi, mata pena lemah menari. Tiada lagi kata masa ini...Sengaja kuikutkan rentak mata untuk merebahkannya. Apa lagi boleh aku lakukan lagi. Merindu....emmm untuk apa..? dan tentu tiada yang sama dengan aku ..Heheheikkk lawaknya hati, berminpikah aku tika ini...atau pun mimpi aku belum pun bermula lagi.....
Selamat malam 'BB'
...keasyikan dia membuahkan ilhamku...
|
|
|
|

|
|
|