Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Wednesday, September 1, 2004

"Selamat Hari Kebangsaan yang ke-47"

Rancak warga ibukota bermandikan percikan bunga api, berhibur dan macam-macam program lagi pada malam keMerdekaan. Bandaraya metropolitan, disimbahi dengan cahaya yang pelbagai warna menghiasi setiap sudut dan sepanjang jalan raya. Hinggakan Plaza Tol juga ditutup tepat jam 12malam untuk meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Dan aku masa tu, heheh sedang asyik menikmati keindahan mimpi malam Merdeka di rumah hingga aku dikejutkan oleh dentuman bunga api yang datang dari KLCC dan bukit bintang. Tapi saja aku biarkan berlalu begitu saja tanpa menjengok keluar. Selalunya dari anjung Menara Rajawali aku dapat melihat dengan jelas sekali percikan bunga api seperti malam² keramaian seperti Tahun Baru dan sebagainya. Malam keramaian yang secara tidak langsung memberi keuntungan bagi sesetengah pihak dan juga tak ketinggalan yang mengambil kesempatan atas peluang² sebegini. Tak kisahlah, yang penting masing² punya cara sendiri untuk menyambut Hari Kebangsaan. Halal haram kat Ibukota ni letak tepi dulu, tu dah resam. Merdeka aku hanya kat rumah, tak kemana². Banyak sebab dan tak perlulah disenaraikan disini. Yang nyata aku dah malas nak bersesak dan berhimpit seperti sebelumnya. Kes seriklah ni..! Pagi Merdeka, seperti biasa TV dah terpasang (semangat betul..!) bukan sebab apa cuma nak tengok perarakan Hari Kebangsaan yang cara kebetulan dibuat diluar Kuala Lumpur pada tahun ini. Sebanyak 66 Kontinjen dari pelbagai agensi menyertai perarakan tersebut, paling aku minat ialah badan beruniform. Segak giler. Nasib aku kurang baik sebab tahap ketinggian tidak melayakkan aku untuk menyertai badan beruniform, kalau tak mungkin aku diantaranya..
Aku bz tapi saja malas nak meRAJINkan diri hari ini, rasa macam takde mood pagi ni. entahlah kenapa tah. Tadi search kat internet saje nak tengok² dan cari apa² yang menarik pasal Merdeka ni. Soo aku jumpa ni..

TEMA HARI KEBANGSAAAN
1970 - Muhibah dan Perpaduan
1971 - Masyarakat Progresif
1972 - Masyarakat Adil
1973 - Masyarakat Berkebudayaan Malllaysia
1974 - Sains dan Teknologi Alat Perrrpaduan
1975 - Masyarakat Berdikari
1976 - Ketahanan Rakyat
1977 - 20 Tahun Bersatu Maju
1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin
1980 - Berdisiplin Berbakti
1981 - Berdisiplin Berharmoni
1982 - Berdisiplin Giat Maju
1983 - Bersama ke Arah Kemajuan
1984 - Amanah Asas Kejayaan
1985 - Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 - Bersatu
1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan Asas Kemajuan
1993 - Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 - Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 - Bersatu Ke Alaf Baru
2000 - Keranamu Malaysia
2001 - Keranamu Malaysia
2002 - Keranamu Malaysia
2003 - Keranamu Malaysia
2004 - Keranamu Malaysia - Pertanian Asas Penting Ekonomi Negara

With the spirit of patriotism, let us raise our flag, Jalur Gemilang...ehh² jap kat kate aku takde Jalur Gemilang pun tapi kat dalam bonet kete ada bendera BN..hehe takpe kan.

::Gambar Mohd Radzi Bujang, Berita Harian::


119169 | posted by zz at 11:57am | 3 comments

Friday, August 27, 2004

IVth EXPO S&T 2004

Date: 26 - 29 August 2004
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur

MALAYSIA's Largest Exposition on Science and Technology
The continuous effort of Ministry of Science, Technology and Innovation of Malaysia (MOSTI) to host Expo S&T 2004 for the fourth consecutive year that aims to promote the significance of science and technology. The event is positioned as an arena equipped with the latest updates on new sciences and technological discoveries that served as an ideal platform to expand trade relations, pursue business opportunities and seek strategic partnerships.

Expo ST&I 2004, perfect for scientists, technologists, industry players, venture capitalists and investors, is co-organised by the Malaysia Institute for Nuclear Technology Research (MINT), Malaysia Association of Research Scientists (MARS) and SIRIM and managed by Protemp Exhibitions Sdn. Bhd.

The Eighth Malaysia Plan (2001 – 2005) spells out a sum of RM1.6 billion that will be allocated for R&D and commercialisation of technology compared with RM1 billion during the Seventh Plan; while RM2.8 billion will be provided for related infrastructure facilities and services and RM14.7 million allocated for the promotion of S&T awareness.

Considering that S&T-based development is expected to contribute more than one-third of the economic growth target, greater emphasis will be placed on optimising the application of new and improved technology. One of the event highlights is the Invention & Innovation Competition that only awards the best inventions among the competitive talents.

Below is the highlighted Industry will be in.

*Telecommunication
*IT & Multimedia
*Innovative Technologies
*New Products, Nes Inventions & Innovations
*Electrical & Electronics
*Robotics
*Universities & Institutions
*Biotechnology
*Pharmaceutical

Courtesy of Exposcitech.com/partners

The organiser has agreed to extend the event until 29 August 2004 (Sunday). So guys...see you there!


118613 | posted by zz at 5:08pm | 0 comments

...hari jumaat hari ini


Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau banyak dan seluas laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terungkap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

###########################################################################

"Kulinnasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahhirabbila'lamin"
Maksudnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam (Surah Al-an'aam- ayat 162)

"Kesempurnaan insan adalah lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. Hiasi diri dengan permata keimanan dan digilap dengan mutiara ketaqwaan...."

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, himpunkan peritmu di genggaman DOA, tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."

Amin...

Thks Ali (Mtsm)


118574 | posted by zz at 11:42am | 1 comments

Wednesday, August 25, 2004

aku x faham..

Sememangnyaaku kah yang tak faham atau sengaja tak mau faham. Kehidupan manusia yang tak ubah seperti roda. Tiba masa diatas, sering kali dihujani pujian meninggi. Tika kala dibawah, asyik disimbahi caci dan cerca. Memang hakikat dunia, tiada yang ingin kecewa, dikecewa mahupun mengecewakan. Tapi dalam masa yang sama ramai yang tidak sedar diri sering diperhamba dan hati sering terbiar disakiti. Rela memerhati kebahagiaan diri dijamah insan lain. Sedang hati hancur remuk sendiri dan saban malam bertemankan airmata sepi...Huuuh

Bila aku fikirkan kembali, ingin rasa diri pulang ke hari sebelumnya. Aku ingin putarkan kembali hari sebelum tibanya hari ini. Biar kekal semua kisah lalu...biar abadi bersama kebahagiaan lalu. Aku tak mahu ada sedetik pun dalam diari hidupku yang mengecewakan. Tak akan aku biarkan ada kisah sedih menumpang dalam perjalanan hidup ini. Tapi aku masih sedar, itu tak mungkin akan berlaku...pasti.

Kisah Teman,
Sememangnya aku kurang berkenan dengan sikap angguh dia ni, memang banyak sebabnya. Mengharap pasangan yang cukup sempurna untuk dijadikan teman hidup. Memiliki kesempurnaan dari semua segi, kecantikan, berbudi bahasa dan segalanya. Bagi aku agak keterlaluan dan aku punya sebab sendiri. Sebab mungkin juga dalam kesibukan mencari pasangan yang sempurna, DIA terlupa. Terlupa untuk meneliti soal dirinya sendiri.

Diantaranya..
Layakkah dia untuk memiliki insan sebegini? Cukup sempurnakah dirinya untuk dicintai? Sesuaikah dia untuk semua ini? Layakkah dia untuk dihargai? Layakkah untuk dimiliki?

Sedihnya.
Secara tidak sengaja menanam impian yang mengunung tinggi. Melangit tinggi tapi jelas hanya bermimpi...yang pasti...eemmm.

"Berimpian memiliki sang puteri, memilih bagaikan putera diraja..
Tak sedar dia tak ubah sekelumit kuman, sekadar insan punya kelemahan segala..
Berbangga dengan bicara kekosongan, yang tatkala memalukan diri sendiri..
Meruah diperaga sehalus lidi dan akhirnya masih belum pasti
Jangan nanti melopong sendiri......"

Kembali dengan aku...
Fikiran aku adakala kosong, tak bersebab aku bertukar menjadi tak menentu. Rindu? tak mungkin aku sedang rindu. Tapi aku mungkin sedang menyesali apa yang telah berlalu. Namun untuk kembalikan kebahagiaan lalu tak mungkin akan terjadi. Bila tiba malam, aku menjadi kaku. Aku seolah bisu, miskin dengan kata. Keadaan jadi sunyi tanpa suara. Tika itu sunyi datang lagi. Mungkin aku keterlaluan, ingin bahagia yang tak punya rintangan. Tapi aku bosan, kasih sering setengah jalan dan tak sampai ke akhir tujuan. Entah kemana perginya fikiran aku tika ini. Asal malam menjelang hati aku jadi kacau. Bertanya dalam diri tapi aku masih tak pasti. Apa yang aku cari untuk diri. Mengapa aku harus termanggu sendiri. Masih adakah lagi sisa buatku disini. Bila tiba masa catatan ini bakal sepi. Mungkin sementara dan mungkin selamanya. Cuma tika dan masa belum tiba lagi. Aku jadi takut, disana nanti aku pasti akan rindu, rindu semua disini. Segala yang aku lalui kini dan hari ini. Segala yang aku catatkan disini. Bakal sepi..

Makin lama aku dengar lagu 'Berhenti Mengharap" makin jauh hati aku sepi tersentap. Walau tiada airmata untuk mengiringi lagi tapi aku pasti ia tetap akan terjadi...


118234 | posted by zz at 2:10pm | 7 comments

Monday, August 23, 2004

Peeeeeeeiiiiiungg...!!

ari bosan sedunia...sebabnya..

1. Bos seharian kat office.
2. Bos takde appointment langsung.
3. Bos dok lepak dalam bilik tak gi memana.
4. Bos start kemas² table dia yang berselerak tu.
5. Bos dok mundar-mandir cam MAK ANDIR dalam bilik ..
6. Bos mula jadi sector clerk buat filing dalam bilik.
7. Bos mula minta aku buatkan label filing dia.
8. Bos tak buat call pon.
9. Bos seharian dok ngadap email yang berlambak.
10. Bos aku ada kat office......!!!!!

Kesimpulannya:

::::Aku kena always on standby takleh nak ngular gi memana....
salunya waktu camni memang sah tengah melepak kat Cafe Mukaramah tu. Walaupun masakan kat cafe tu kureng sedap atau pon lebih tepat lagi yang tekak we all ni dah muak giler tetap gak kesana. Bosan betul hari ni, takde apa yang menarik pon. Tersandar menunggu jam kul 5.30pm. Sesekali terpancul Boss aku depan meja aku mintak tu ini. Jappp lagi kul 5.30pm, aku dah leh balik.Yeaaahhhhhhhhhhhhhh...!

Teringat dulu aku salu merungut banyak kerja....sekarang aku merungut lagi..sebab tak banyak kerja..heheh ni lah ragam manusia.."macam-macam ada...!"


117977 | posted by zz at 4:17pm | 2 comments

Friday, August 20, 2004

"Bye Haxa..!"

You leaving us
Dear Haxa, with a moment of zen....thank you for being my friend dude! Sending you positive memories & harmony! I'm sure that you will gonna miss all YOURs here especially zahid AF2 ..."Warna Kehidupan & Teratai" hehehe....wish you all the best and good luck. Psst, I really wish that her new 'baby' will like you heheh..(u know why I mean that rite)..

Last but not least...
Open your arms to change, but please don’t lose yourself
You are what makes you who you are in sickness and in health
A friendly atmosphere has made you who you are to be
Your character is in charge and will control your destiny...

You’ll go someplace you’ve never gone, you’ll make your mark again,
You will reset your standards, and sure will make new friends
As soon as today is yesterday your heart will always give
I hope you won’t regret today, cause your future longs to live...

If our paths don’t cross again, I won’t forget this day
Cause I’m afraid of change, I’m scared to shift my ways
My eyes will see things they’ve never seen, but I’ve always been here
The time that counts your moments gone will teach me not to fear...

You’ll look upon your life and see familiar grounds
You’ll hear the call of memories and recognize the sound
All the lives you change will make stars disappear
And as you’re settled down, you’ll realize you’ve never left here...

This is not goodbye It's just till we meet again....


117697 | posted by zz at 1:40pm | 0 comments

Wednesday, August 18, 2004

"I'm bored...my voice is breaking.."

I've nothin to say here, since last 2 days I'm facing with this bullshit error and my pc also sick too (hanging). I was depressed today, felt uncomfortable with this changes. Make me soooooooo damn sleepy and lazy waiting for all the email downloading and hanging.... Is weird and sucks. Since morning I didn't go to anyway. Just stay at my place and try to explore as I can on this new email server. Now I've to learn more..and more...I have to be more patience this time. Usually there was 1 guy from Sysadmin will attend all my report. Today, suddenly he came to my place and starting asked me this and that, he was shocked when he didn't get any calls or complain from ME for last 2 days on this implementation. Not because of I don't have probs but I just wanna try my best to use this.

Huuuuhhhh....
I'm currently on my pc, nothing much I can do. I'm finish my lunchtime with surfing on the net and listening my MP3 collection. Be honest I'm not do that usually during office hours. What else then! Yesterday I really earned for nothing to being here accept playing my Mario Bros (toink²) games. Heheeh I'll be naughty now day. Came to work and playing games...sshhhhyyyy..

Psttttt I heard that..! There is one of the VP requested for the MS Office CDs.....heheheh haaaaaaaaaa "kantoi". What the hell of policylah. Asked all the staff to remove MS Office and starting using the Open Office and now "terbalik" already. He use it for their owned man! Huhhhh soo jahat one..! Must 'tembak' this kind of ppls lahh. I was thinking of something hehe, I'm not gonna remove my MS Office. Eventhough all the high mgmt minute still use the MS doc. Soo why should I remove the MS Office from my pc. It make me terrible ..

I'm gonna "Sick" again today.....I better go and c my Doc.

>chiow 'n' peace<
Plsss tell the VP that I want 2 borrow the CDs tooooo


117444 | posted by zz at 4:39pm | 1 comments

Monday, August 16, 2004

I hate WebMail....!!!!!!

<This what I received once I get connected to the New Server>
From: ChinnnNaPexxxxx <koongkeng @ xxxxxxxx.my>
Date: 11 Aug, 2004 06:21 PM
To: xxXxuser @ xxxxxxx.my
CC: sysnet @ xxxxxxxx.my
Organisation: Ah Looooooook research group
Subject: New Email Server

Dear all,

Starting from next Monday 16/8/04, all your new incoming mail will no longer goes to EW server. It will reside in your xxxxxxxXx account (SuxX) and can be accessible at https://xxxxxSUXXXxxx.my <------(stupid WEBMAIL) Please bear that this is an iVested pages, so your Virtual Environment for Secure Transactions card is necessary.

Below are FAQ for your reference;

Q1: What about my old email?
A: You can still access your old email as usual but NO new email in there.

Q2: Can i migrate my old email in EW to XxxSuxxxxx?
A: Yes. Please arrange with sysnet @ suxxxxxxxxxx.my

Thank You.
Buduzzzzzz

I hate this really !!!!!
I hate Web Mail/Web base email since Im involve with this industry. Believe it or not, Im not using any web mail services all this while even though hotmail or others email service. It was suck and damn slow..! Even though NOW there (mgmt) given us quota up to 200,000.00KB. It still sucks! NO MATTER what. Im sure my 'CIK.PUAN' will get mad on this. She's on leave today I can't wait for her and see what will happen tomorrow with the Sysadmin group. Not even me, some of the staff didn’t alert that all their email has been forwarded to the new email server. No wonder my mailbox was empty today. Last Friday, our email server was unexpectedly down due to hardware failure until end of the day. What do you aspect? between that time there is no one in the office and no one alert on it. And today we verbally notice that we have to use the Web Mail. Without any guideline given. It's funny because the notification email on this only appear on the new mailbox. Huuhh, by using this stupid Web mail, I didn’t see any benefit at all. But is become worse......!
Im so surprised why there implement this so fast. You know what, till 12noon today Im only received less than 10 emails in my outlook inbox, all of them is came from outside not internal. I didn't see any internal email came in compared than usual. Usually, Im using Outlook Express to access to all my email but starting today onward I've no choice to using this Web mail...

ohhh God, my Outlook doesn’t work at all ... I've to shift now. and 'bubbye' to my Outlook..! Im start using the new email server. Trying and trying..getting error and error, Damn IT..! Hey Dude! you should welcome me with bigger party then because Im forcing myself to using that! I knew if I won't I can’t be able to access to my email at all...

pity me... uhuk-uhuksss


117202 | posted by zz at 4:59pm | 2 comments

Friday, August 13, 2004

"tapi..nak buat mcm mana kalau DALAM HATI ADA CINTA..!"

Dibaca dengan versi Elie Suryati sambil gedik² badan..heheh

"Dalam hati ada cinta" is a sad ending love story..oh my! I really hate this..wasting time waiting to watched so ever tapi ending camtu arrrhhhhh....! betul² "tak kuase" si Rashid Sibir tu....at least buatlah happy ending ke taklah sia² aku tengok citer tu. Actually the story dah ditayangkan kat Astro dulu, and now tayangkan pulak kat TV3 pastu banyak part yang potong....huhh....nasiblah labu..

Finally, Wan(Ako) tak kawin pon dengan sesape. Baik dengan Alia(Umi) ataupun Tina(Elie)..Alia tetiba hilang dari rumah entah kemana...maybe bina hidup baru dengan hati yang remuk(apalah nasib, dalam Sephia Ako mati, dalam DHAC tak jadik kawin plaks). Tapi boleh ke..? kalau aku tak leh kot, korbankan perasaan sendiri demi orang lain...Yang peliknya bapak Ako tu diam jerk...Huhhh tetiba lak dia jadi lelaki bisu bila peminangan tersalah sasar. Ada gak tak logiknya..hmmm Naperlah kejam sangat Director² sekarang ni kat dia ekk. Pada sesape yang tengah dok follow citer tu kat TV3, harap dapat tabahkan hati dengan ending citer yang cukup menyakitkan tu...sakit pada jalan cerita yang tah apa²...tapi realitinya that's story soooooooo dam sweet...suka 'bangat' love story diorg tu. Alia ngan Wan heheh....tapi diorg diorg tu match kan....heheh

Tapikan....betul² cam siut lah ending dia.....masa aku tengok kat Astro dulu punyalah bersemangat tapi bila kena tang ending camtu terasa bangat aku mempersia²kan masa terluang aku dengan citer camtu. Tapikan dalam diam ulangan kat TV3 pon aku tetap tengok gak hehehe sebabnyer hmmm sebabnya.......hmmmm hmmmm apsal ekk..........."huhhhh nak buat camne kan kalau dalam hati ada chenta" ala² Elie Suryati gitu hahahahahahahah. Hati ada dalam mimpi² hehe.. Aarrrhhhhhhhh busaaaannnn vs ngantuksssssnyerrr mata di hari jemahat nie....apalah yang aku nak buat....pas makan lepak........pastu kalau rajin kang petang nanti beli roti bakar......roti bakar lagik...Cik. Puan aku coooti sampai hari senin ni. Heheheheh balik kang nak testlah ngeliat camnie....heheh

116839 | posted by zz at 12:24pm | 6 comments

Thursday, August 12, 2004

PCK Pte. Ltd.


Phua Chu Kang was asked to make a sentence using 1-2-3-4-5-6-7-8-9-10.
Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1.
Happy reading !!

1 day I go 2 climb up a 3 outside a house to peep. The couple saw me so I panic and 4 down. The man rush out and wanted to 5 with me so I run until I fall 6 and throw out. I go into 7 eleven and grab some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab him. 10 God he run away.

I then but the 9 back and pay for the 8 and left 7 eleven. Next day, I call my boss and say I am 6. He said 5 and tomorrow also no need to come back 4 work. He also ask me to climb a 3 and jump down. I don't understand. I so nice 2 him but I don't know what he 1.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>How is it? heheh don't play² aaa Im the best in Singapore and JB...of couse I can do it


116693 | posted by zz at 1:53pm | 2 comments

Wednesday, August 11, 2004


116547 | posted by zz at 11:58am | 4 comments

Friday, August 6, 2004

Karya zz @ Karangkraf Online

From: webmaster @ karangkraf.com.my Add to Address Book
To: xxxxxxxxx @ yahoo.com
Subject: Paparan Nukilan di www.karangkraf.com.my
Date: Fri, 23 Jul 2004 17:31:57 +0800


zz,

Terima kasih kerana menghantar nukilan anda kepada kami.
Hasil karya anda kini telah kami paparkan di dalam ruangan 'Nukilan Kretif' (Saluran Karya Online).
Untuk melihatnya, sila layari :
http://www.karangkraf.com.my/Saluran/Karya/Nukilan/ <-----Link yang corrupt...!aper tahh..

Sekian.

Webmaster
www.karangkraf.com.my

ntah bila tah aku hantar benda ni, punyalah lama diorg jadikan pekasam. Tup² dapat alert kat email..tu pon sebab aku terpaksa gunakan email yahoo aku tadi. Kalau tak sampai bila pon aku tak aper pasal ni. Kira tak sia²lah ek...hehehe dah lak tu link yang dia bagi error lak tu so kena lah aku cari sendiri kat website Karangkraf....siap ada bunga² lagi tu hehehe

<klik sini ekk>


116083 | posted by zz at 6:46pm | 4 comments

Thursday, August 5, 2004

...biarkan dia mengerti..


Sayang.....ini buatmu..
Persetankan semua igauan malammu
Kerana aku tetap satu disini untukmu
Mungkin tidak untuk selamanya
Tapi cukup sekadar dimaya ini
Ku sedar, terlalu lama diri terleka
Hingga kau sering berduka
Terlupa untuk mengungkapkan kata cinta
Meluahkan rindu yang mendendami dada
Hingga kau rasa dipersia...

Ku tahu hatimu merintih sepi...
Menangis dan meraung sendiri
Menanti belaian kasih pelukan rindu
Yang dulunya bersemarak selalu
Yang kini terpinggir lesu
Hingga dirimu sering termanggu..

Moga kasihku ditetapkan hanya untukmu...
Dikaburkan hati hendaknya untuk insan selain darimu
Disini kucatitkan biar terlerai rasa rindu
Ketahuilah sayang rinduku tetap abadi bersamamu..

Sayang, I ♥ U...!


115968 | posted by zz at 2:35pm | 3 comments

Wednesday, August 4, 2004

olongg...!!!

Nak mintak tolong dari kawan² ni....aku ada masalah besar sangat²...kulit gatal²(kowang jangan ingat lain plak, tak baik)

Sejak gi klinik 2hari sudah baru aku teringat balik pertanyaan Dr.tu.. memang aku ada pergi kawasan perdalaman/kampung dan mungkin dari situ mulanya. Sebab tu last sekali aku 'outstation' dalam awal bulan Julai. Dr. kata benda camni salu dari kampung-kampung. Aku gi Terangganu dengan Kuantan, Pahang bukan aku nak kata sane tu banyak sangat penyakit tapi....... Masalah mungkin berpunca dari situ. Since balik dari outstation kaki aku gatal² lately ni badan pun sama. Yang menjadi masalahnya bila gatal² tu hilang meninggalkan kesan yang palinggggggg aku tak suka. Sedikit sebanyak menyusahkan kepala otak aku ni....jadi kowang kalau² ada petua ke...ilmu ke aper je lah soo tolonglahhhh advice aku sikit.
Ni diantara usaha² yang dah aku buat tapi tak nampak lagi hasilnya..

1: Kayu Manis - Kononnya boleh menghilangkan kesan atau tanda parut so aku gunakan serbuk dia bubuh kat parut/bekas gigitan tu.

2: Serbuk Kayu Manis - Aku beli kat Giant(byk giler dan macam orang nak buat kenduri lah pulak)

3: Mederma Cream - Emmmm sama jerk...!

4: Kentang Kukus - Aku dan kukus then lenyek kan kemudian tempelkan pada parut...uhuksss rimassssss..!

Yang aku lom buat...

1: Asam Jawa - Digoreng tanpa minyak dalam masa 5min. Ambil dan goreskan pada permukaan batu titiskan air kemudian sapu pada parut.(Kebekesanannyer aku was² lagi)

2: Lendir Lidah Buaya (Mane aku nak dapat kat Kolumpo ni weyyy)

3: Mopiko - Boleh ke???

masalah aku yang paling besar untuk tahun 2004 nak kena highlight dalam post cabinet meeting ni....huhhh


115772 | posted by zz at 10:45am | 10 comments

Monday, August 2, 2004

Alert last day credit aku....!

lert yang aku dapat sejak seminggu lalu dari credit aku RM 15.30 sampailah ke credit terakhir RM 0.10 semalam. Gambar ni blur sketlahh tapi masih leh tengok hehe..sebelah handphone tu ada bear, cute kan cam 'boboy' tak pon cam 'amancuk'.. Ni bukti kukuh ni, dalam court leh guna tau..
Sebenarnya, aku malas dah rasanya nak pakai handphone ni, rasa cam takde privacy langsung dalam hidup tu sebabnya aku tak topup² dan aku biar kan aje terbiar. Leceh betul kalau ada yang keep calling then tanya kat mane, buat aper eeeiii..blablaaa.....aku bukan cam orang lain dok berlagak dengan handphone tak tentu arah cam orang lain takde handphone. Dan salunya fungsi handphone pada aku taklah banyak sangat dan taklah begitu penting. Diantara yang sering aku gunakan...

Divert: Divert call office ke handphone kalau aku takde kat tempat so that Cik.Puan aku tak tercari² aku kat mane...heheh nie kes penyakit kat office aku ni..nak jadi kan cerita ada satu hari tu aku kat dalam toilet alih² ada lah terdengar bunyik hp...pastu dgrlah ada pompuan bercakap...

Pompuan: "Hello, En.xxxxx office..."

heheh bila aku dengar je dia kata camtu aku bantai gelak giler, ada ke dalam toilet dia kata boss dia nyer office biar benar minah ni...heheh nasib aku kenal dia haaaaa jam tu dia kena kutuk ngan aku eheheheh.....kot yea pon tgk² ler tempat hheheh

Alarm: untuk kejutkan aku bangun pagi tapi salunya aku ada 'Alarm' yang lagi besar untuk gerakkan aku ni..hehe sebab alart handphone tak dengar kerana hp tu bawah bantal..

Organiser: Sebab aku suka menulis dan kalau boleh semua benda aku nak tulis, tapi salunya schedule harian aku lah..cuma lately ni schedule tu semua kelihatan KOSONG..... aku jadi hilang mood nak update sebab salu sangat disalah anggap...huhh

Games: Jarang aku main tapi salu gak buang masa dengan 'menatang' tu hehe..aku suka main bowling tapi hanya ada kat samsung je...

Radio: Aku guna masa kat office so that aku tak ganggu 'telinga' orang lain kalau aku pasang kuat²...

Sms: Emmmm....sms ni yang salu buat aku sakit kepala...paling aku takut kalau sms yang datang dari orang yang aku tak kenali atau pon yang aku kenali tapi tak reti bahasa atau masih nak mencuba nasib.....alaaahhhai..nie semua punca masalah hiduplah ni...

Kesimpulannya aku bosan ngan handphone....tapi kalau takde handphone payah gak kan buatnya nak cal sesape pada masa terdesak ke, sape tahu. Makannya kalau ada sesiapa yang cal aku tapi tak berangkat tu harap maklum je lah, kalau pagi maybe handphone tu kat dalam drawer aku tak pon dalam handbag, memang surelah tak dengar. Kalau waktu kerja, maybe terbiar atas table aku dan aku silent kan.....kalau tak memekak je nanti...

Ada benda yang aku nak share sebenarnya, berlaku sejak akhir² ni. Yang paling aku tak suka lately nie, waktu bukan pejabat adalah someone dari office cal aku, tanya itu dan ini... Arrrhh tu paling aku tak suka. Baru² ni 'dia' ada peel baru, peel yang aku PALING tak berkenan. Duduk atau 'hanging' tersidai kat tempat aku bila aku takde..mulalah tangan merayap amik itu dan ini.. Teruk betul perempuan camni....Nak ajer aku ketuk tangan dia. Yang peliknya bila aku dok tercanggak kat tempat aku haram dia tak sebok nak mintak tu dan ini. aper lah punya manusia agaknya. Dia baru blah dari tempat aku sebaik saje aku balik dari amik paper kat lobby, bila je nampak aku dia kata nak amik paper clip lah aper lahh emmm... Dahlah, aku taknak cerita pasal dia lagi kang tak pasal² bertimbun lagi dosa aku ni. Yang sedia ada pon tak tertanggung²...huhhh

Pasni sorrylah aku nak biar pc aku on..!nak tu nak ni...procurement ada, gi amik sendiri...huhh


115488 | posted by zz at 5:39pm | 3 comments