Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Wednesday, January 19, 2005

Tulahhh lain x kalau nak buat pk 10000x huhhh.....

Insident 10 January 2005.

Berlaku kat office ni, entah apa punca. Angin tadak ribut pon tadak. Alih² secretary boss aku tetiba keluar dari bilik boss hempas file yang dia pegang lalu meraung² cam orang mati laki. Semua orang kat floor ni pandang aku. Yealah salu yang rajin buat bising kat sini aku jer..Tapi bukan aku yang meraung tu..! Masa tu aku tengah leka buat kerja kena plak baru balik dari Kuala Muda. Sendiri mau ingatlah bz aku camner. Sampai tak sempat nak buat aper walaupun aku sempat update blog heheh

Memandangkan aku orang yang paling dekat dengan bilik boss dan juga secretary baru dia so aku pon selambakan diri tanya dia what happen. Yealahh bukan aku sorang semua orang kat sini terkezut beruks heheh...Dia cakap ngan aku dia nak benti sambil nangis² dengan penuh perasaan gitu. Then aku cuma boleh suruh dia bertenang lebih² aku tak reti. Pas jumpa dia aku terus masuk dalam bilik boss, terus aku tanya dia apa yang dah jadi.

Then boss aku jawap:

"She changed my scheduled without asking me...! I got board meeting at the same time. That meeting is compulsary for all the VPs. Then now she changed the schedule and arranged another meeting with outsides..!"

Suara boss aku macam biasa jer, tak marah². Tu yang aku pelik apsal secretary dia leh kuar then nangis². Hmmm dah aku dengar camtu aku terus ambik diary dia then aku cakap biar aku yang uruskan. Then dia ok balik senyum kat aku...

jap jappp....nak toilet ...sambung sat lagik

9.16am
Cam siot aaaaa Akira....heheheh tadi pas gi toilet aku gi cafe. Lapor tapi nasi goreng yang aku makan tu memang tak sedap langsung. Boduslah org cafe tu.Bute napsu makan agaknya.

Ok nak sambung citer ni....
Lepas aku ambik diary boss aku tu terus aku kuar, dalam masa yang sama secretary tu dah siap packing nak blah. Dengan muka masam dia angkat barang² dia terus blah tinggalkan office. Bengang nyer pasal sampai blazer, ada barang² lain ngan kunci kereta dia pon dia tertinggal...

Aku masuk balik dalam bilik boss aku, aku cakap kat dia yang secretary dia dah pergi. Boss aku reply " let it be" hmmmmmmmmmm
tak terkata aper aku bila dia kata camtu. Kesimpulannya aku ler yang kena jaga schedule dia balik jadi secretary dia hmm.....

Cuba korang teka,
aper jadi keesokkan harinya......jeng jeng jenggg............

134936 | posted by zz at 7:37am | 4 comments

Friday, January 14, 2005

aku yang bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

B
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z


134608 | posted by zz at 5:50pm | 7 comments

Thursday, January 13, 2005

Kontrak aku di KKM tamat hari ini..

Cont..08/01/05

Kontrak aku disini sampai hari ini saja, dijangkakan aku akan berangkat pulang ke KL hari ni. Cuma tak tahu pukul berapa next batch nyer team tiba di KKM.Pagi lepas sarapan, ronda bilik² gerakan aku terus update dalam portal. Hari ni nampak agak kelam-kabut sikit we all kat sini sebabnya CEO syarikat nak datang. Cuma kami diminta supaya tidak memberitahu sesiapa akan kehadiran beliau. Low profile gitu.

10am Perkarangan Sek. Keb. KKM
CEO syarikat kami tiba dengan driver dia, tapi kali ni bukan naik Mercedes-Benz. Dia naik kereta syarikat yang paling buruk sekali. Punyalah taknak orang tahu sampai sanggup dia naik kereta buruk tu. Heheheh

Beliau dijadual bermesyuarat dengan pegawai² daerah di KKM. Is more to Bumiputra nyer issue.Pastu dijadualkan melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa. LUNCH TIME. Memang salah satu dari agenda beliau kesini untuk lunch bersama² sukarelawan syarikat. Heheheh yang best nyer beliau terpaksa join we all makan nasik bungkus tapi best lauk dia. Yealah kan masakan pure orang kampung mana sama dengan masakan kat KL nunnn..semuanya dah tak asli. Yang paling best tengok CEO kita org terpaksa makan dalam Lab. kat sekolah heheh...okay lah kan kena lah berkorban sket. Tu kira okay lah tu dari kena makan kat tepi longkang..
Pas makan dia gi melawat tapak bencana dan menemu-bual dengan mangsa.Pastu menyampai sumbangan dari syarikat dan juga sumbangan peribadi beliau kepa mangsa.

Rutin we all reporter² yang ada cam biasa. Lab memang we all punya. Takleh nak cakap apa lahh. Aku dijadualkan balik petang ni tapi dah kul 5ptg batang hidung sorang batch aku pon tak nampak. Huhhhh giler punya kerja. Aku tak kisah nak extend lagi tapi kalau leh tu biarlah balik kan. Aku dah rindu kat tilam bantal aku kat umah. Dan aku tambah rindulah pada orang² yang berkenaan...paham² jerlahhhhh

Jam 5.30pm
Batch ke3 sampai, semuanya staff² dari anak syarikat. Aku tak berapa kenal sangat. Ada pon sorang dua je yang yang kenal. Tugas aku diambil alih oleh Mael. Dan seterusnya aku tak pasti. Process penyerahan tugas antara aku ngan Mael memang dah settled semalam lagi since we all buat sesama. Jadi dia pon paham ape tugas dia seterusnya.

6pm KKM
Aku masih tersadai kat sini, kakak² yang satu batch ngan aku tah ghaib kemana. Konunnya nak ambik langkah bijak lah tu just stay bersama mangsa² lain TAPI lain plak jadiknya. Aku nyaris² ditinggalkan, bukan apa yang aku risaukan kalau nak aku extend pon tak kisah cuma bag pakaian aku dalam kereta yang diorg naik. Huhhhh aku nak bengang lahhh. Bila aku cal diorg, barulah diorang cakap yang diorang on the way back. Huhhhh sekali lagi aku angin satu badan. Nak taknak diorg kena pusing balik amik aku. Whatever IS..!!!!! I dont care. Tinggalkan aku tapi barang aku angkat balik. Aper cerita ...

Jam 12am
We all dah ada disekitar Kuala Lumpur. Yeaaa KL "Im back"....


134370 | posted by zz at 8:00am | 0 comments

Wednesday, January 12, 2005

Jadi runner mmg nampak senang tapi memenatkan sebenarnya..

Oleh kerana aku diletakkan di Kumpulan 2, jadi tugas aku salah satu darinya ialah runner. Dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan lain untuk dapatkan maklumat terkini. Bawak balik maklumat yang dikumpul ke bilik gerakan sendiri (Lab. Sekolah) then draft semula untuk dihantar ke hq @ upload terus ke dalam portal.

Actually day 1st beroperasi aku takde authority untuk upload terus ke portal, jadi nak jadikan citer pagi² lagi VP aku dah suruh secretary dia cal aku. Alahaiiii........sampai sini carik aku. So aku citer kat dia dari A - Z. Esoknya....

08/01/05 Sabtu
Rutin hari pagi breakfast dulu apa-apa hal pon. Mael member aku satu office sampai malam tadi. Jadi dia lah yang membawa utusan diraja dari hq membenarkan aku meng'upload' dari KKM. Heheheh sukanya....tak yah email-email lagi. Terus jer upload dari sini. Huhhh lega.. Tapi banyak gak step yang perlu dipelajari dari si-cikgu Mael ni.

Mael si-cikgu segera..!
Sampai jer pagi tu, dia mulakan dengan breakfast kat dalam bilik gerakan jer...Heheheh biasalah mamat tu.Breakfast kami hari ini Roti canai yang boleh dimakan seberapa banyak yang kami nak. Hehehe...menembam lagi lah camnie.

Mael mula mengajar aku camner nak kendalikan portal tu. Punyalahh laju nganjor orang, hiss tak leh dicontohi langsung kalau ditakdirkan dia jadi cikgu. Hehehe nasib baik lah boleh tangkap apa yang dia ajor. Kalau nak ikut dalam buku panduan yang dia bawak, alamatnya sampai hujung tahunlah baru aku khatam.

Cikgu segera aku ni, memang nampak rock sket tapi rock alim lah hehe. Since Mael ada, aku tak payahlah gegiler nak jadi runner. Cuma aku sempat menemu-ramah dan membantu mangsa² takat mana yang termampu.....Mendengar mereka berkongsi cerita. Sedih pon ada. Rileks zz, jangan terlalu emosional.


134322 | posted by zz at 4:02pm | 0 comments

Tuesday, January 11, 2005

Catatan KKM..

07/01/05 Cont..

Dari awal lagi kami sukarelawan dibekalkan dengan sleeping bag masing². Kesimpulan yang kami perolehi tentunya tiada tempat tidur yang sempurna bakal disediakan untuk kami. Ye lah nama pun sukarelawan kan. Itu memang dah dijangka dan kami semua memang tidak mengharapkan apa².Tidak juga mematahkan semangat kami untuk terus membantu sebaik mungkin.

Sebelum malam menjelang, kami diberitahu kami akan bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Satu lagi pantai yang berhadapan dengan laut yang dilanda Tsunami pada 26 Dis lalu. 1 chalet yang diminta untuk dikongsikan seramai 5 org sukarelawan lain. Alhamdullilahh....tidak seperti yang aku gambarkan sebelum semasa aku dalam perjalanan kemari. Aku gambarkan yang aku akan tidur kat mana² jer dengan sleeping bag tu..

Seawal 4.30pagi. Aku orang yang pertama bangun dari tidur. Banyak sebab-musababnya. Aku tahu bahawa aku sering mengambil masa yang lama untuk menyiapkan diri. Jadi untuk tidak mengganggu yang lain aku mengambil langkah untuk bersiap awal. Kalau dah siap nanti senang sikit walaupun aku tahu aku bakal terlelap sementara menunggu 'kakak²' tu semua bersiap.

7.30am
Kami semua dah berapa disebuah warung dipinggir pekan berhampiran untuk menikmati sarapan pagi. Nasi lemak beraneka lauk, sedap tapi yang buat tak sedap bila makanan dah habis minuman aku dan Faz Dragon tak sampai². Sabor jer lah. Kalau ikutkan hati memang aku dah hilang mood untuk minum tapi aku ni masih berfikiran waras lagi. Tak mahu dikatakan keanakan dan kurang sopan ditempat orang.

Disana aku secara tidak langsung bertukar wajah. Hehehe bukan tukar jadi alien tapi penampilan. Dari seorang yang suka akan kecantikan kepada seorang yang berpewatakkan ala² jantan. Dengan Khakis dan baju 3 lapis lagi, membaluti tubuh aku. Pagi di KKM memang terasa dinginnya. Kena pula kawasan tu dengan pantai.

Selesai sarapan, kami terus bergegas ke Sek. Keb. KKM. Aku ditugaskan untuk membuat rondaan keseluruh bilik² gerakan untuk mendapatkan maklumat statistik terkini disemua penempatan mangsa. Dan mengumpulkan seberapa banyak maklumat untuk dimasukkan kedalam portal yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Seramai 22orang sukarelawan dari syarikat kami dan dipecahkan kepada 3 kumpulan.

Kumpulan 1
Menjalankan aktiviti gotong-royong membantu mangsa-mangsa bencana membersihkan kawasan kejadian dan perumahan persendirian. Sukarelawan terpaksa bermandi lumpur dan selut semasa proses pembersihan dijalankan. Bau busuk dan amat menjijikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Namun semua itu bukan penghalang bagi sukarelawan ini untuk meneruskan misi mereka bagi membantu mangsa-mangsa Tsunami.

Kumpulan 2
Ditugaskan untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan dengan bencana yang berlaku. Menemu ramah mangsa-mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara seperti sekolah, dewan, masjid dan sebagainya. Disamping itu, sukarelawan juga turut menemu ramah sukarelawan dari agensi-agensi lain untuk mendapatkan maklumat seperti bantuan dan sebagainya untuk dilaporkan di bilik gerakan. Sukarelawan juga merakamkan gambar-gambar tempat kejadian untuk dikongsikan di Portal.

Kumpulan 3
Kumpulan ke 3 sukarelawan ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar asas pengunaan internet didalam Unit Internet Bergerak. Bas ini diletakkan berhadapan bangunan Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Perkhidmatan internet ini diberi percuma kepada kanak-kanak mangsa Tsunami di kawasan Kuala Kota Muda. Ini mengalakkan pengunaan internet dikalangan pelajar-pelajar. Sambutan yang diterima amat mengalakkan sehingga kumpulan sukarelawan ini terpaksa membuat jadual KHAS untuk memastikan keadaan terkawal. Unit Internet Bergerak ini dibuka setiap hari sehingga Jam 10malam.

Jangan kata aku tak buat kerja kat sana tau...heheh


134211 | posted by zz at 6:13pm | 3 comments

Monday, January 10, 2005

Kawasan bencana seperti tapak PESTA

07/01/05 (Jumaat)

Jika disini Jumaat dan Sabtu adalah seperti hari Sabtu dan Ahad jika di Kuala Lumpur. Sukar untuk ditafsirkan. Mengapa sesetengah pihak mempuyai sifat yang agak kurang menyenangkan penduduk setempat. Seolah tak punyai fikiran yang waras. Secara tidak langsung KKM kini menjadi satu lagi tempat perlancungan baru dinegara ini. Tapak bencana yang dibanjiri oleh ratusan kereta dan pengunjung yang rata² hanya datang untuk bercuti dan mengambil gambar. Lebih menyedihkan lagi mereka beramai-ramai hanya datang bersiar-siar daripada datang untuk membantu para sukarelawan yang sedang bersungguh-sungguh membantu mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Kehadiran mereka ini cukup memilukan hati mangsa-mangsa disini. Dengan berpakaian cantik, bagaimana harus untuk menjebakkan diri dengan selut dan lumpur...? Bergelumang dengan bau yang cukup meloyakan..?

Berduyun-duyun bas rombongan datang ke tapak bencana. Sehingga pihak Polis, Tentera dan Rela terpaksa menahan kenderaan yang terus-terusan membanjiri tapak bencana. Sekatan jalan terpaksa dilakukan di pintu masuk Kg. Tepi Sungai dan Kg. Pulau Sayak. Pengunjung yang kelihatan bangga berada disana sedikit pun tidak menunjukkan sikap-sikap simpati malah bergembira seoleh sedang berpesta bersuka-ria. Gerai-gerai makanan entah dari mana datangnya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Demi memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkunjung di KKM.

Kini tapak bencana jadi tapak pesta, kesedihan mangsa ombak besar Tsunami langsung tidak dirasai pengunjung yang tiba. Mana hilang rasa simpati. Mana pergi keinsafan diri...


134032 | posted by zz at 12:05pm | 4 comments

1st nite @ Kota Kuala Muda

06/01/05 (Khamis)

Malam dikawasan perkarangan Sek. Keb. Kota Kuala Muda(SKKKM). Seumpama ada pesta keramaian. Terlalu ramai kanak² berkeliaran seumpama siang dan malam tiada perbezaan. Mangsa² Tsunami di KKM ditempatkan di 8 buah penempatan sementara seperti dibawah.

1. Sek. Keb. Kota Kuala Muda (2,652 org)
2. Surau Kg. Sg. Yu (50 org)
3. Dewan Kg. Sg. Yu (220 org)
4. Surau/ Dewan Kg. Paya (350 org)
5. Dewan Kg. Telok Amboi (180 org)
6. Dewan Pulau Sayak (80 org)
7. Sek. Keb. Hj. Kundung/Hj. Sulaiman (735 org)
8. Bangunan Warga Mas (11 org)

Jumlah mangsa yang masih ditempatkan di penempatan sementara setakat 07/01/05 ialah 4,278 orang dan sebanyak 1,048 buah rumah yang terlibat.

Hanya 11 org mangsa yang didapati meninggal dunia akibat bencana Tsunami pada 26 Dis 2004.

12 Kampung dari Daerah Kuala Kota Muda terlibat ialah :

1. Kampung Paya
2. Kampung Masjid Kuala
3. Kampung Hj.Kudong
4. Kampung Telok Nipah
5. Kampung KEDA Kuala
6. Kampung Sg. Muda
7. Kampung Kepala Jalan
8. Kampung Hujung Matang
9. Kampung Padang Salim
10. Kampung Sg. Yu
11. Kampung Pulau Sayak
12. Kampung Sg. Meriam.

Statistik² mangsa di penempatan sementara akan berubah dari masa ke semasa. Bagi mangsa yang rumah mereka masih boleh digunakan, mereka dibenarkan pulang kediaman masing² jika didapati rumah mereka selamat untuk diduduki. Dan mangsa juga masih boleh terus mendapatkan bantuan bekalan keperluan dari bilik² gerakan dimana nama mereka didaftarkan.

Rawatan kesihatan percuma dari Jab.Kesihatan disediakan untuk semua mangsa². Bekalan ubat-ubatan juga disediakan oleh pihak Jab.Kesihatan.

Mangsa² terpaksa mengunakan tandas sekolah, pili² air yang terdapat dikawasan penempatan, tandas surau/masjid berhampiran untuk mandi dan sebagainya. Pihak DBKL juga menyediakan 'Tandas Bergerak' untuk membantu mangsa².

Banyak syarikat² swasta dan badan kerajaan menghantar petugas/ sukarelawan bagi membantu mangsa² yang terlibat. Senari seperti berikut.

1. Tentera
2. Rela
3. Polis
4. JPA
5. Bomba
6. Jab. Kesihatan
7. Majlis Perbandaran Sungai Petani
8. Persatuan Bulan Sabit Merah
9. JKR Air
10. Jab. Kebajikan Masyarakat
11. Pendidikan (Kaunseling)
12. Medical Army
13. Bomba Sukarela
14. JPA (3) Perak
15. MIMOS Berhad


134014 | posted by zz at 10:25am | 0 comments

Saturday, January 8, 2005

Salam dari Kota Kuala Muda

06/01/05 (Khamis)
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kuala Muda, Kedah bermula jam 10 pagi. 2 buah Perdana dan 1 GTi meluncur keluar dari perkarangan pejabat. Perjalanan yang memakan masa yang terlalu lama membuatkan aku rasa 'kematu' dalam kereta. Nasib baik ada Faz Dragon kalau tidak sure aku mati kutu dalam kereta sepanjang jalan. Dahlah "tokdalang' agak pendiam. Kalaulah pergi dengan bas tentulah lagi haru. Tiba di perkarangan Sek.Kebangsaan Kota Kuala Muda hampir jam 4ptg. Dan aku masih lagi tak lunch walaupun dalam perjalanan kesini kami semua berhenti makan di perhentian Tapah. Emmm...masa tu aku tak lapar lagi. Tapi now memang aku tengah lapar...!!!! arrrgghhh nak makan..

Lepas lunch dikawasan berhampiran dengan sekolah dimana we all bakal ditempatkan, misi we all bermula...

Lawatan ke kawasan Projek Pembinaan Penempatan Baru (RUMAH SEGERA) & Kawasan Pembuangan Sisa Bencana.



Sila click pada image untuk image yang lebih terang dan besarrr..
Lihat saja pada gambar diatas. Ibarat rumah kotak @ pon lebih tepat lagi rumah segera. Hanya mengunakan papan 'plywood' nipis sebagai dinding rumah cukup menyedihkan. Rumah penempatan ini kini baru 25peratus siap dibina.

Satu lagi gambar iaitu di Kg.Tepi Sungai. Tempat pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa bencana. Luar dari apa yang dijangkakan. Terlalu kotor, penuh dengan lalat dan bau yang cukup menjijikan. Yang tinggal hanya kawasan perumahan yang telah musnah...

Oklah aku dah penat...to be cont later sementara tu leh visit FOTO ALBUM
penat siott......nak balikkkkk


133893 | posted by zz at 3:12pm | 0 comments

Tuesday, January 4, 2005

Boss released me to go to Kuala Muda...

Apatah memula kata takleh gi...

Pagi tadi before aku dapat tahu yang quata dah penuh, aku fwd email tu kat Boss untuk dapatkan approval dia untuk benarkan aku pergi.

[Email aku pada Boss]
To: MY Boss
Time: 8.07AM
Subject: For Your Approval
*********************************************************************************************************************
Nak proper punya pasal so aku raise email for approval nak join company nyer committee untuk buat kerja² kebajikan. Walapun aku tak tahu camne aku kat sana kalau dibenarkan pergi. Tapi tak kisah, hati aku tetap nak pergi gak.

*********************************************************************************************************************
[Reply yang aku dapat]
To: zz
Time: 8.54AM
Subject: Re: For Your Approval
*********************************************************************************************************************
zz,
I appreciate your sincere and great intention to contribute. However, as we are pouring with applications for RA placements
I can't afford to release you for the time being.

If this could be any concolation, pls bear in mind that though we may not be physically there to help, there are many other
ways for us to contribute.... the least being berdoa for them in our everday prayers....

Thanks.

ada ke patut

*********************************************************************************************************************
[KESIMPULAN MASA TU]
Dalam hati aku takde chenta lagi tapi aku sedang berduka hati sebab tak dapat nak pergi then quata dah penuh pulak....huhhhh hilang mood aku nak buat kerja hari ni. Kena pulak pagi lagi ada plak email yang kurang menyenangkan hati aku. Sampai aku tak go thru that email..(sorry). Aku merajuk sendiri, then mogok tunjuk muka 1cent sambil buat kerja. Sampailah ke tengahati. Lunch hour. Aku kuar then lambat balik office. Majuk punya pasal sebab tak dapat pergi.

*********************************************************************************************************************
[Email yang tak disangka²]
To: zz
Time: 3.30PM
Subject: Voluntary work
*********************************************************************************************************************
zz,

Based on further discussion with VP, you are released from your official duty at the office starting from tomorrow until Friday so that you can go to Kuala Muda for the above purpose.

Pls 'return' to me the outstanding tasks that you have been requested to complete.

Thanks

*********************************************************************************************************************
Tercapai gak niat aku nak buat kerja kebajikan untuk Tsunami ni..Quota yang penuh pagi tadi ada 1 khas buat aku. So tounching...huhh alhamdullilahhh mudahan apa yang aku nak buat ni berkat hendaknya. Yang penting niat aku baik.

dahlah ada orang kata yang ni 'jahat'....baguslahhh aperpon aku syukur...


133384 | posted by zz at 6:13pm | 6 comments

hmm....boss tak release

Arrrrrhhhggggggggggg....!!!!!! kalaulah aku kuat nak ajer aku gegarkan building office ni. Biar sekali lagi gempabumi berlaku tapi gempabumi yang kat TPM. Sakitnya ati akuuu....!!!!!

Semalam satu email dari manager Public Communication team sampai kat mailbox aku. Dia send to all employee. They looking for volunteer for Tsunami Disaster Victims kat Kuala Muda. Aku nak pergi. Masalahnya sekarang email tu sampai pukul 6.01pm semalam then masa tu aku dah balik...Apsallah aku balik awal, salunya lewat. Then this morning bila aku email kat diorang untuk pendaftaran. Diorg kata quata dah penuh....bebetul cam siot

Hhhmmmmmmmmmmm....apsallah aku boleh terlepas peluang camni. Sedih betul..


133296 | posted by zz at 9:39am | 0 comments

Monday, January 3, 2005

hati aku tak se'lancar' jalan raya hari ni...

Sesiapa yang ada simpan BOMMMM leh campak kat bomm tu kat aku. Biar hancur tinggal jari jer....


133207 | posted by zz at 11:47am | 4 comments