Forget me not... Forgive but never forget.. Love and never regret. The one is the one.. You will never forget, and will make you never..want to regret.....
:: luv me if u can.. :: home | login::signup | we::blog

:::..Peace

last modified Sep 14, 2004 at 10:04pm

Thursday, March 10, 2005

bukan merajuk....

aku tak merajuk bukan jugak nak angkat kaki tapi....kadang˛ tu kesabaran kita manusia ni pon ada batasan nyer...

Kalau tak jumpa aku kat sini, cari plak aku kat Port baru aku ni.

Tapi barang lama tak mungkin kan aku buang. Still remain....


138636 | posted by zz at 3:14pm | 2 comments

Tuesday, March 8, 2005

teratai sepi..


Jika sedarinya dari dahulu lagi, ini tak mungkin terjadi. Tak mungkin ada rasa yang wujud dihati tika ini. Tak harus ada rindu yang berputik dengan sendiri tanpa disirami...tak mungkin ada hati yang bergolak sepi. Tak mahu ada jiwa yang sayu sendiri. Memang tiada jawapan diantaranya, ini yang dirasa. Wujud aku dikalanganmu, siapa tak terduga. Aku disambut mesra, pergi melangkah bersama rindu yang seakan membunuh hati, yang bukan aku pinta. Lantas aku jadi rindu begini, rindu semuanya. Rindu semalamnya. RIndu pada kenangan lalu. Rindu saat kita bersama yang tak pasti kan berulang kembali..

Bagaimana harus kutahan hati
Sekejap bersamamu
Cukup untuk melerai segala
Rasa yang terpendam
Rasa yang tak pernah padam
Rasa yang tak pernah kunjung datang
Yang hanya kau dan aku pendam

Dalam terpaksa langkah kuteruskan
Makin kian hampir langkah ini
Diteping perpisahan yang tak dingini
Kucupan mesra tanda abadi
Hinggap didahi dan tak berpaling lagi
Untuk teman, kau tetap disayangi

Bukan kerana benci
Aku melangkah pergi
Hati sememangnya tak kuat lagi
Teruskan langkah sepi
Seakan bermandikan airmata sendiri
Mengiringi tiap tapak kaki
Tak sanggup berpaling melihatmu lagi

Ku sedar adanya rasa dihati
Rasa yang seakan dibawa pergi
Rasa yang ada cebisannya disini
Tinggal bersama rindu semalam
Memori segala kenangan

Hilang semua kata, hati seakan bisu
Rasa yang membaca segala
Hanya kau dan aku yang tahu
Antara kita mula ada 'rindu'


138484 | posted by zz at 2:15pm | 5 comments

Thursday, March 3, 2005

hati yang merajuk.....

huhhh.................penat aku ngan blogs nie.. asyik meragam jer.. cam aku gak.

Dah berhari˛ aku tak membloggingkan diri, sampaikan rasa gian plak nak menulis, so hari ni aku kuatkan semangat upkan semula blogs ni. Hopefully ok. Hati aku yang rindu mudahan terubat. Yang membengkak kembali surut. Masuk kali ni dah dua kali blogs aku hancur, memula ngan Skali.com semua pic aku lesap bila Skali down. Pastu slowly aku upkan balik. Alih˛ fotopages plak buat hal, kononnya policy takleh link ke blogs lain. Kononnyerlah. Macam˛ hal lah. Banyak tu aku nak kena upload balik. Bebetul cam siot. Sudahnyer, hati aku tawar nak blogs. Untuk pertama kalinya dalam dunia blogging, sku shutdown jer blogs aku. Tapi sedeh betul. Penat aku menulis, gone camtu jer.....

Dan ada juga didorong oleh sebab˛ lain nape aku shutdown kejap blogs aku. Tapi sebab˛ tu biar aku simpan sendirilah ..
Dunia internet biasalahkan. Sabar zz....sabar. Sabar nyer pasal lah aku upkan semula blogs. Kalau tak sabar nyer hal, lama dah aku tinggalkan blogging ni. Tapi minat aku tetap ada. Tak buat gianlah pulak...gian nak menulis, kian nak lepaskan aper yang terbuku dihati. Apa jer lahhh..

Dari pagi aku ngandap cecacing(coding templete) yang buat mata aku jadi blur. Dah upload tetiba office plak blackout. Dah bergelap aku, upload setengah jalan ...huhhhh. Puas lah aku nak mula balik dari awal. Pagi ni awal giler aku sampai office, 5minlagi kul 7am aku dah terpacak kat office, walhal office hour kul 8.30 tuh. Tapi ape kan daya, pagi aku aku blur takleh nak buat apa˛. So petang ni percubaan aku berjaya.

sekarang ni aku sorang je kat office, dah macam subuh tadi. Sampai office aku sorang˛ jer. Takde orang pon kat office. Nak balik lah...esok leh blogging lagi.


138164 | posted by zz at 7:18pm | 4 comments